Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto: Abiliti Mangekyo Sharingan Milik Uchiha Sarada Akhirnya Terungkai

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 19, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Spoiler
0 0
0
Boruto: Abiliti Mangekyo Sharingan Milik Uchiha Sarada Akhirnya Terungkai

Kredit: TendouYu

Share on FacebookShare on Twitter

Bab terbaru Boruto: Two Blue Vortex membawa banyak perkembangan menarik, dan salah satu sorotan utamanya ialah kemunculan Mangekyo Sharingan milik Sarada Uchiha.

Pertama kali dibangkitkan dalam Boruto: Naruto Next Generations Bab 80, dojutsu luar biasa ini akhirnya digunakan dalam pertempuran. Malah berdasarkan apa yang didedahkan setakat ini, Mangekyo Sharingan milik Sarada berpotensi menjadi salah satu versi paling kuat yang pernah muncul dalam dunia Naruto.

New Chapter UP!
(For English Series)

Boruto: Two Blue Vortex Chap 018https://t.co/TirtXXgNLf pic.twitter.com/3cPbaNePyf

— MANGA Plus by SHUEISHA (@mangaplus_o) January 20, 2025

SPOILER

Dalam Boruto: Two Blue Vortex Bab 20, Sarada akhirnya menggunakan Mangekyo Sharingan miliknya dalam pertarungan. Ini merupakan kali pertama dia benar-benar menggunakannya sejak ia dibangkitkan. Ketika bertarung dengan Ryu, entiti daripada Divine Tree, Sarada akhirnya membuka potensi sebenar dojutsu misterinya.

Apabila Yodo kelihatan dibunuh dalam pertempuran, gelombang emosi yang meluap mengaktifkan kuasa uniknya—iaitu kemampuan untuk memanipulasi ruang itu sendiri.

Kredit: Masashi Kishimoto, Mikio Ikemoto/SHUEISHA Inc.

Dengan Mangekyo Sharingan, Sarada mencipta satu vorteks di tanah, menghalang serangan Ryu sambil menunjukkan teknik distorsi ruang seakan-akan Kamui milik Uchiha Obito.

Namun, berbeza dengan Kamui yang membolehkan seseorang menembusi dimensi lain, kuasa Sarada nampaknya lebih tertumpu pada penciptaan lubang hitam atau portal, kemungkinan berkaitan dengan kawalan graviti atau teleportasi.

Walaupun skop sebenar abiliti ini masih belum diketahui, bab terbaru mengesahkan bahawa Mangekyo Sharingan Sarada bukan sahaja unik tetapi juga sangat berkuasa.

Kredit: Masashi Kishimoto, Mikio Ikemoto/SHUEISHA Inc.

Asal Usul Mangekyo Sharingan Sarada

Seperti saya kata tadi, Sarada membangkitkan Mangekyo Sharingan dalam Boruto: Naruto Next Generations Bab 80, yang diterbitkan pada tahun 2022.

Seperti semua kebangkitan Mangekyo, ia berlaku selepas mengalami tekanan emosi yang hebat. Pada usia 12 tahun, Sarada membangkitkan Mangekyō Sharingan akibat kesedihan dan kebimbangannya terhadap keselamatan Boruto selepas Ada menukar memori semua orang tentangnya dengan Kawaki.

Kredit: Masashi Kishimoto, Mikio Ikemoto/SHUEISHA Inc.

Kesedihan dan keputusasaan melampau ini mencetuskan evolusi seterusnya dalam dojutsunya, memberikan akses kepada teknik yang jauh lebih hebat berbanding Sharingan biasa. Dari segi rupa, Mangekyo Sharingan miliknya mempunyai corak unik berbentuk matahari.

Kredit: Masashi Kishimoto, Mikio Ikemoto/SHUEISHA Inc.

Dengan Boruto dan rakan-rakannya bakal menghadapi perang yang lebih serius, kuasa baru Sarada pasti akan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju peristiwa akan datang. Peminat hanya boleh menantikan sejauh mana dia akan menguasai kebolehan luar biasa ini.

Tags: BorutoSarada
ShareTweetSend
Previous Post

Silent Hill f – Berat atau Tidak di PC? Rumusan PC Spec!

Next Post

Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land – Panduan & Tips untuk Beginner!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land – Panduan & Tips untuk Beginner!

Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land - Panduan & Tips untuk Beginner!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd