2K dan pembangun Gearbox Software mendedahkan bahawa DLC expansion besar pertama untuk Borderlands 4 akan dilancarkan pada 26 Mac 2026.
Bertajuk”Story Pack 1: Mad Ellie and the Vault of the Damned,” DLC ini memperkenalkan watak baharu, kawasan baharu untuk diterokai, serta pertarungan boss unik di samping penambahbaikan besar terhadap kualiti game asas.
Tanah Beku yang Menyembunyikan Rahsia Gelap

Expansion ini membawa kita ke The Whispering Glacier, sebuah kawasan beku yang ganas di planet Kairos yang dipenuhi bangkai kapal. Apabila entiti kosmik mengancam planet tersebut, vault hunter bergabung tenaga dengan Elli (anak kepada Moxxi) dalam misi untuk memusnahkan monolit alien dan memasuki Vault of the Damned.
Peminat siri ini pasti akan mengenali beberapa watak lama yang kembali sepanjang jalan cerita, termasuk Mancubus Bloodtooth, Pickle, dan Crazy Earl. Namun begitu, Gearbox menegaskan bahawa pemain baharu tidak perlu belajar latar belakang Borderlands untuk menikmati pengembaraan ini.
Persekitaran The Whispering Glacier menawarkan story mission baharu, side quest, aktiviti, dan collectible yang bertaburan di sekitar. Semasa pemain maju, mereka akan menemui pertumbuhan daging yang boleh dimusnahkan untuk membuka kawasan baharu, loot, dan teka-teki.
Mekanik World Boss baharu membolehkan pemain berinteraksi dengan “pokok eldritch” yang menghantar mereka ke dimensi ngeri di mana boss rawak menanti.
Untuk mengakses kandungan baharu ini, pemain perlu menyelesaikan misi “A Lot to Process” di kawasan Fadefields dalam kempen utama. Gearbox mengesyorkan vault hunter mencapai sekurang-kurangnya level 13 sebelum mencuba expansion ini.
Tetapi pemain boleh juga mencipta watak baharu yang bermula terus dalam kandungan DLC pada level tersebut.

Perkenalkan C4SH: Robot yang Berjudi dengan Nasib

Penambahan terbesar dalam expansion ini ialah C4SH the Rogue, vault hunter baharu untuk Borderlands 4. C4SH ialah robot kasino yang diubah tujuan selepas memenangi dek kad ajaib. Bagi sebuah mesin yang dibina atas kebarangkalian dan kepastian statistik, sihir huru-hara dek tersebut memberikannya sesuatu yang tidak pernah dialaminya.
Transformasi inilah yang membentuk personaliti C4SH; dia kini seorang penjudi pengambil risiko yang mempertaruhkan segalanya pada nasib. Gaya permainannya yang unik berkisar tentang memanipulasi tuah untuk menghancurkan musuh.
Action skill istimewanya, “Sleight of Hand,” membolehkan dia mengambil kad rawak daripada deknya dan melemparkannya sebagai serangan kuat.
Seperti vault hunter lain dalam Borderlands 4, C4SH mempunyai tiga action skill berbeza untuk dipilih dan tiga skill tree bercabang yang dipenuhi passive ability dan augment. Gearbox merancang untuk mendedahkan mekanik gameplay penuh C4SH serta trailer sinematik watak pada minggu hadapan, sebelum pelancaran expansio pada 26 Mac.
Musuh Baharu, Boss, dan Legendary Loot

Pemain akan menghadapi dua pertarungan boss utama dan 16 miniboss sepanjang perjalanan mereka di The Whispering Glacier. Musuh termasuk DAHL Legion (tentera yang meninggalkan jawatan mereka di bulan Elpis untuk membawa kekacauan ke Kairos) serta jenis musuh yang sudah dikenali seperti Kraggon dan Scav.
Story Pack 1 menambah tiga senjata Pearlescent baharu dan 11 item Legendary ke dalam game, termasuk dua grenade, dua heavy weapon, dua shield, dan lima class mod.
Expansion ini juga merangkumi 28 item kosmetik baharu: dua vault hunter head dan empat skin yang boleh digunakan oleh semua watak, lapan head dan satu alternate body khusus untuk C4SH, empat weapon skin, empat vehicle skin, tiga ECHO-4 drone skin dengan attachment, dan satu ECHO-4 frame.
“Shared Progression“ Antara Watak

Seiring dengan pelancaran expansion ini, Borderlands 4 akan menerima kemaskini percuma yang menambah “shared progression” antara watak dalam akaun yang sama.
Ciri ini bermakna watak baharu akan secara automatik mewarisi map progression, SDU token, Hover Drive, ganjaran kosmetik, dan kemajuan aktiviti daripada watak lain. Sesetengah lokasi fast-travel masih memerlukan kemajuan kempen untuk dibuka.
Gearbox menyatakan bahawa sokongan cross-platform save masih dalam pembangunan dan akan tiba dalam kemaskini akan datang.
Apa Seterusnya untuk Borderlands 4

Menurut roadmap 2026 studio tersebut, Borderlands 4 akan menerima “raid boss” baharu pada bulan April, diikuti misi Takedown pada bulan Mei. Kedua-duanya merupakan tambahan percuma yang memfokuskan endgame.
Tiga lagi “Bounty Pack” akan dilancarkan sepanjang 2026, setiap satu menampilkan sistem Vault Card dengan kosmetik dan gear yang boleh dibuka melalui gameplay. Pek-pek ini juga termasuk misi naratif yang mendalami latar belakang watak-watak di Kairos.
Story Pack 2 akan keluar pada suku ketiga 2026, membawa seorang lagi vault hunter baharu, pelbagai misi di zon baharu, gear tambahan, dan lebih banyak kosmetik.
Borderlands 4 kini boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi Borderlands.









Discussion about this post