Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Pokémon Pokopia – Seronok Dalam Bentuk Tidak Disangka!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 13, 2026 - Updated on March 14, 2026
in Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch 2, Review, Sandbox, Simulator
0 0
0
Reviu Pokémon Pokopia – Seronok Dalam Bentuk Tidak Disangka!
Share on FacebookShare on Twitter

Bila sebut sahaja tentang francais Pokémon, kebanyakan orang pasti terus terbayang akan formula meneroka dunia, mengumpul Pokémon, dan bertarung. Akan tetapi, Pokémon Pokopia memilih untuk melangkah jauh daripada formula tersebut.

Ini bukan RPG Pokémon konvensional yang biasa kita kenali; sebaliknya, ia merupakan pengalaman yang diolah, dengan tumpuan utama kepada pembinaan, pengurusan ekosistem, dan interaksi bermakna.

Di dunia game ini, anda tidak lagi berperanan sebagai Trainer yang berlumba-lumba mengutip Gym Badge. Sebaliknya, anda memikul tanggungjawab sebagai seorang pembina yang diamanahkan untuk mengembalikan peradaban ke sebuah dunia yang sudah terbiar.

Melalui kerja-kerja membaik pulih bandar, merangka habitat, dan memerhatikan bagaimana Pokémon berhubung sesama sendiri secara semula jadi, pemain perlahan-lahan mengembalikan kehidupan ke tanah yang sudah lama ditinggalkan.

Ini adalah satu perubahan hala tuju yang berani, dan lebih mengejutkan, rasanya lebih menangkap intipati “Pokémon” berbanding kebanyakan game daripada siri utama.

Dunia Selepas Kepupusan Manusia

Cerita Pokémon Pokopia bertolak daripada satu premis: setelah sekian lama manusia lenyap secara misteri, dunia perlahan-lahan menjadi usang. Bangunan-bangunan terbengkalai, jalan raya pecah-pecah, dan ramai Pokémon sudah tiada tempat tinggal semula jadi.

Watak yang kita kawal ialah Ditto. Memandangkan Ditto ialah Pokémon yang berupaya mengubah bentuk, ia melambangkan tema penciptaan dan penyesuaian dengan sempurna, lantas menjadikan proses pembinaan dunia terjalin rapi dengan jalan cerita.

Matlamat kita bukan untuk menguasai dunia, tetapi untuk menyembuhkannya dengan mengubah pemandangan yang hancur menjadi tempat selamat untuk semua Pokémon.

Berubah dan Warisi Kebolehan Pokémon Sekeliling

Selaku Ditto, mekanik anda adalah memperoleh abiliti daripada Pokémon lain bagi membantu kerja-kerja pembinaan.

Sepanjang bermain, anda akan memperoleh pelbagai abiliti daripada Pokémon di sekeliling: Bulbasaur mengajarkan abiliti “Leafage” untuk menghijaukan semula alam, Squirtle berkongsi “Water Gun” bagi menyuburkan tanah yang gersang, sementara move seperti “Cut,” “Splash,” dan “Rock Smash” menjadi peralatan untuk meneroka dan mengumpul bahan mentah.

Kesemua abiliti ini disepadukan secara langsung ke dalam aspek pembinaan dan pengurusan sumber. Sebagai contoh, Pokémon jenis Fire membantu membakar dan memproses tanah liat serta bijih logam, manakala Pokémon berkemahiran “Cut” memudahkan kerja-kerja menebang dan memproses kayu balak.

Malah, beberapa binaan berat memerlukan tenaga fizikal Pokémon jenis Fighting untuk disiapkan. Pendekatan sebegini memastikan setiap Pokémon bukan hanya pemandangan latar; mereka adalah teman seperjuangan, pasukan pembinaan, dan rakan kongsi dalam misi mengembalikan kehidupan kepada dunia ini.

Belajar Membina Melalui Pemulihan

Sebagai sebuah game pembinaan, Pokémon Pokopia amat mesra kepada pemain baharu. Berbeza dengan kebanyakan game sandbox yang menghempap pemain dengan ruang kosong tanpa hala tuju, Pokopia memerlukan kita melalui proses “pemulihan” terlebih dahulu.

Hampir setiap bandar sudah mempunyai kerangka asas seperti tapak bangunan, laluan jalan, dan tiang penyokong jambatan. Dengan membaiki struktur-struktur ini, pemain belajar memahami logik sistem pembinaan secara organik, seolah-olah sedang menyusun semula dan bukannya bermain tanpa tujuan.

Namun begitu, bagi mereka yang menginginkan kebebasan sepenuhnya, game ini tidak mengecewakan. Anda boleh meruntuhkan binaan sedia ada dan merancang susun atur bandar mengikut citarasa sendiri dari mula.

Peta multiplayer “Cloud Island” menambah lagi dimensi ini, membenarkan anda dan rakan-rakan membina dunia yang besar dari asas bersama-sama.

Setiap Peta Membawa Mekanik Baharu

Meskipun kaya dengan macam-macam aktviti, kadar perkembangan game ini sangat terkawal. Sistem-sistem baharu diperkenalkan melalui jalan cerita berstruktur yang tersebar di pelbagai peta:

  • Withered Wastelands: Tempat kita mempelajari asas-asas logik habitat, pembinaan rumah, dan crafting permulaan.
  • Bleak Beach: Fokus beralih kepada pemulihan kawasan bandar, dengan pengenalan sistem elektrik, jaringan jalan raya, dan kerja pembaikan jambatan.
  • Rocky Ridges: Memperkenalkan logistik sumber seperti perlombongan bijih, sistem pengangkutan minecart, dan mekanik “Cooking” yang memberikan buff stat sementara.

Seiring perkembangan gameplay, Ditto turut memperoleh “Transmutation” baharu yang mengubah cara kita bermain secara drastik:

  • Lapras: Membuka abiliti bergerak atas permukaan air.
  • Dragonite: Menganugerahkan abiliti meluncur di udara untuk fast travel.
  • Graveler: Membolehkan pembersihan kawasan luas dengan pantas menerusi serangan bergulingnya.
  • Magnemite: Membuka “Aerial Construction,” yang membenarkan kita membina dalam lingkungan radius 9×9, sekali gus mempercepatkan projek-projek endgame.

Bina Mengikut Imaginasi Anda

Game ini sama sekali tidak mengekang pemain untuk menamatkan kempen terlebih dahulu sebelum boleh meluahkan kreativiti.

Pemain boleh menggunakan Blueprint sedia ada untuk memasang rumah yang berfungsi dengan mudah dan pantas, ataupun pemain yang lebih kreatif boleh melangkaui batasan untuk mencipta istana megah, rollercoaster yang merentasi lautan, malah daerah metropolitan yang terbentang luas.

Selain kempen utama, ada Sandbox Map khas yang menyediakan ruang tanpa sebarang had sumber, membolehkan pemain menguji tahap kreativiti mereka sebebas-bebasnya.

Tarik Pokémon ke Pulau Anda

Jika pembinaan itu ibarat tulang, maka Sistem Habitat adalah nadi yang menggerakkannya. Pemain mereka persekitaran tertentu menggunakan pelbagai elemen rupa bumi untuk memikat Pokémon datang ke pulau mereka.

Habitat asas agak ringkas (contohnya, “Tall Grass” atau “Tree-shaded tall grass”), dan mampu menarik 4 hingga 6 spesies yang lazim dijumpai.

Walau bagaimanapun, habitat peringkat lanjutan memerlukan perabot dan persekitaran yang spesifik (seperti “Exercise resting spot” atau “Picnic Set”) bagi memikat Pokémon yang jarang ditemui atau spesies tertentu.

Keindahan sistem ini terletak pada unsur “ketidakpastiannya”. Pokémon tidak muncul mengikut jadual tetap; ada yang tiba dalam sekelip mata, ada pula yang memerlukan anda bersabar menunggu. Anda boleh memasang kamera di pelbagai lokasi pada peta untuk menerima notifikasi apabila pengunjung baharu muncul.

Menyaksikan Pinsir dan Heracross bergaduh ringan atau melihat Pokémon berinteraksi dengan perabot yang anda letakkan (seperti berlatih dengan beg penumbuk atau berendam mandi) benar-benar membuatkan dunia ini terasa “bernyawa”.

Stesen Pemprosesan dan Perancangan

Abiliti Burn mampu menukar tanah liat menjadi bata, manakala abiliti Recycle membolehkan anda memproses sampah tidak boleh bakar menjadi bijih besi dan kertas terbuang menjadi kertas yang boleh digunakan semula. Ada rentak di sini: setiap Pokémon hanya mampu memproses 10 unit bahan pada satu-satu masa.

Walaupun had ini mungkin terasa agak memperlahankan terutama ketika kita sedang membina sebuah rumah besar, ia sebenarnya mendorong pemain untuk menguruskan beberapa “stesen pemprosesan” secara serentak dan merancang aliran sumber mereka dengan lebih teratur.

Pengurusan inventori pula menghadirkan cabaran klasik ala survival-craft. Walaupun kapasiti beg galas bertambah secara berperingkat, kotak simpanan bersifat setempat dan tidak boleh diakses dari mana-mana sahaja di peta secara ajaib.

Keadaan ini memaksa pemain supaya lebih strategik dalam mengatur logistik dan tataletak storan mereka, sekali gus menambahkan lapisan pengurusan dalam gameplay.

Cipta Identiti Ditto Sendiri

Bagi penggemar customization, Sistem Costume memberikan peluang untuk mendandani Ditto dengan aneka ragam pakaian yang ditemui sepanjang penerokaan. Game ini mempunyai pelbagai penampilan ikonik dari seluruh sejarah francais Pokémon, termasuk pakaian protagonis-protagonis lampau, Gym Leader, dan pelbagai kelas NPC Trainer.

Ditambah lagi dengan pilihan customization warna kulit, gaya rambut, dan warna rambut, pemain berpeluang membentuk avatar Ditto yang betul-betul unik dan tersendiri. Sistem ini sangat penting dalam mod multiplayer, kerana ia memastikan setiap ahli pasukan mudah dibezakan secara visual dan mempunyai identiti tersendiri.

Kanto yang Dikenali dalam Bentuk Baharu

Game ini bagaikan surat cinta yang ditulis khas untuk peminat tegar francais ini. Dengan latar di kawasan Kanto, pemain berpeluang menemui tinggalan berkarat S.S. Anne dan Pewter Museum of Science.

Penemuan nota-nota yang ditinggalkan oleh manusia dahulu turut membantu memberi konteks sejarah dunia ini, menimbulkan gelombang nostalgia yang kuat terutama bagi mereka yang pernah membesar di alam digital ini.

Dari aspek visual, gaya seni “chibi” dan rupa bumi berblok menyerupai set miniatur Dragon Quest Builders. Skor muziknya pula tidak kurang mempesonakan, mengetengahkan gubahan lo-fi yang santai, diolah semula daripada lagu-lagu tema klasik.

Malah, anda boleh mengumpul pelbagai CD di seluruh peta dan memainkan lagu kegemaran di bandar-bandar yang anda bina sendiri.

Kawalan Joy-Con Praktikal tetapi Ada Kelemahannya

Pokémon Pokopia turut menyokong Joy-Con Mouse Mode terbaharu yang hadir bersama Nintendo Switch 2. Ciri ini membenarkan pemain menggerakkan Joy-Con seperti tetikus PC bagi mengawal kursor.

Bagi sebuah game yang berpaksikan pembinaan, ciri ini amat berguna secara beramalan. Sama ada anda sedang meletakkan blok, menyusun atur perabot, atau membuat pelarasan halus pada kedudukan bangunan, Mouse Mode menyediakan ketepatan.

Ia juga memudahkan kerja-kerja pemusnahan, lantas mengelakkan kejadian memusnahkan binaan bersebelahan secara tidak sengaja (satu masalah yang sering timbul dalam genre sebegini).

Meskipun begitu, kaedah kawalan ini ada kelemahannya. Sesi bermain yang berpanjangan boleh terasa agak janggal kerana anda perlu kerap mengangkat dan meletakkan semula Joy-Con.

Selain itu, bentuk Joy-Con yang kecil mungkin kurang selesa untuk pemain yang bertangan besar, dan keperluan menavigasi butang ABXY sambil mengendalikan kayu analog pada masa yang sama memerlukan sedikit masa penyesuaian.

Walau bagaimanapun, isu-isu ini lebih kepada kekangan perkakasan Switch 2 itu sendiri, bukan kecacatan dalam reka bentuk gameplay. Dalam situasi yang memerlukan ketepatan kreatif tinggi, Mouse Mode masih menjadi alat yang sangat berharga.

Pendapat

Pokémon Pokopia adalah akibat daripada satu formula yang berjaya digabungkan dengan sempurna. Dengan menukar fokus daripada menawan dunia kepada membaikpulihnya, game ini menemukan cara segar untuk menonjolkan daya tarikan IP Pokémon.

Sama ada menerusi penggunaan Ditto sebagai watak utama, ekosistem habitat yang berkembang secara organik, mahupun khazanah nostalgia yang terpendam di sebalik reruntuhan, game ini benar-benar memberikan kelainan.

Sekalipun anda belum pernah menyentuh mana-mana game Pokémon sebelum ini, asalkan anda meminati pembinaan, pengumpulan, dan rentak gameplay yang santai, Pokémon Pokopia adalah sebuah karya yang mampu menelan ratusan jam masa kita tanpa sedari.

Game ini tersedia sekarang di Nintendo Switch 2. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

The Review

Pokémon Pokopia

10 Score

Pokémon Pokopia adalah game unik di mana anda berperanan sebagai Ditto untuk memulihkan dunia yang telah ditinggalkan manusia. Dengan mewarisi abiliti daripada Pokémon lain, anda membina semula bandar, mencipta habitat untuk menarik pelbagai Pokémon, dan menguruskan sumber secara strategik. Game ini menggabungkan elemen pembinaan, pengurusan ekologi, dan nostalgia Kanto, menjadikannya pengalaman yang segar dan berbeza daripada siri Pokémon tradisional.

PROS

  • Campuran antara elemen Pokémon dan gameplay pembinaan
  • Falsafah reka bentuk Low Floor, High Ceiling yang berjaya dilaksanakan
  • Sistem habitat yang kreatif dan sentiasa menarik perhatian
  • Keselarasan tema berpaksikan pemulihan dunia
  • Kandungan yang berlimpah serta gameplay longevity yang mengagumkan
  • Mod multiplayer yang memperkaya pengalaman sosial

CONS

  • Proses pemprosesan bahan bergerak pada kadar yang agak perlahan
  • Pengurusan inventori menuntut perancangan yang teliti dan berpandangan jauh

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Pokémon Pokopiareviu
ShareTweetSend
Previous Post

Borderlands 4 – DLC Pertama Lancar 26 Mac, Bawa Watak, Boss Fight & Loot Legendary Baru!

Next Post

Reviu Filem Labyrinth – Anime Relevan Untuk Zaman Kini Daripada Pencipta Macross

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Reviu Filem Labyrinth – Anime Relevan Untuk Zaman Kini Daripada Pencipta Macross

Reviu Filem Labyrinth - Anime Relevan Untuk Zaman Kini Daripada Pencipta Macross

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd