GPTRACK50 Inc., sebuah studio yang diasaskan oleh developer yang pernah mengerjakan francais terkenal seperti Devil May Cry, Dragon’s Dogma, dan Resident Evil, telah mengeluarkan gameplay trailer pertama untuk “Stupid Never Dies” sempena Future Game Show.
Inilah action RPG baharu daripada sekumpulan developer berpengalaman sedang mencuri perhatian ramai dengan premis uniknya: kita bermain watak seekor zombie yang sedang dimabuk cinta, cuba menghidupkan semula gadis pujaannya dengan mencuri kuasa raksasa dan mengubah suai anggota badannya sendiri.
Lebih Kurang Sebuah Kisah Cinta

Davy ialah seekor zombie penakut yang hidup di tangga terbawah masyarakat raksasa dalam sebuah pusat membeli-belah terbiar. Suatu hari, dia terjumpa Julia… seorang pelajar kolej manusia yang mati membeku di dalam peti sejuk semasa perang besar antara manusia dan raksasa. Walaupun dirinya sendiri sudah mati, Davy jatuh cinta pandang pertama dengan gadis itu dan bertekad untuk menghidupkannya semula.

Dibantu oleh Dr. Frank (seorang penyelidik yang bercita-cita memulihkan tamadun manusia) Davy meneroka dungeon yang dipenuhi raksasa, di mana miasma toksik memberikannya kebolehan luar biasa. Berbekalkan kuasa baharu, dia bertekad menyelamatkan gadis itu dan mungkin, hanya mungkin, mendapatkan teman wanita pertamanya.

Combat Memakan Musuh
Sistem combat “Funky Zombie Action” berfokus pada mekanik “Style Eat.” Dengan memakan musuh yang dikalahkan, Davy boleh mencuri kebolehan mereka dan bertukar menjadi pelbagai jenis raksasa.
Trailer ini mempamerkan 11 style berbeza yang boleh ditukar-tukar oleh pemain. Setiap transformasi bukan sahaja menukar moveset Davy, tetapi juga penampilannya.
- Zombie Style – Style asas untuk Davy.
- Werewolf Style – Style laju yang membolehkan serangan agresif.
- Harpy Style – Style terbang yang menyerang musuh dari jarak jauh dengan projektil.
- Golem Style – Style lasak yang menghempas sekumpulan musuh sekaligus.
- Vampire Style – Style yang membolehkan anda mengawal sekawanan kelawar.
- Will-o’-the-Wisp Style – Style yang bergerak antara alam fizikal dan alam astral.
- Cyclops Style – Style yang mengkhusus dalam serangan gergasi.
- Snow Fairy Style – Style yang membekukan musuh dan menjadikan kuasa mereka milik anda.
- Merfolk Style – Style yang menyelam ke dalam tanah seperti air untuk menyerang musuh.
- Lich Style – Style yang menggunakan kuasa kematian untuk mengarahkan tentera skeleton.
- Demon Style – Style yang menggunakan cemeti dan graviti untuk mengawal musuh.+
Pengubahsuaian Badan Ala Frankenstein
Selain mencuri kuasa, Davy juga boleh mengubah suai tubuh zombienya dengan senjata dan komponen berteknologi tinggi. Sistem “Body Hack” membolehkan pemain melengkapkan peralatan khusus pada setiap anggota badan dan kepala Davy.

Trailer ini mendedahkan beberapa pilihan awal: pedang gergasi dan pelancar peluru berpandu yang dipasang di bahu. GPTRACK50 menyatakan lebih banyak pengubahsuaian badan akan diumumkan kemudian.

Melengkapkan senjata ialah “Davy Burst,” serangan khas yang memenuhi skrin dan diaktifkan selepas melancarkan serangan berturut-turut dan memenuhi syarat tertentu. Apabila diaktifkkan, semua stat beliau meningkat secara mendadak.

“Stupid Never Dies” akan dilancarkan di PlayStation 5 dan PC melalui Steam pada tahun ini.




















Discussion about this post