Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Borderlands 4 Diumumkan Untuk Nintendo Switch 2, Pra-Tempahan Kini Dibuka untuk Pelancaran Oktober 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 1, 2025 - Updated on September 9, 2025
in Artikel, Berita, BL4, Nintendo Switch 2, Shooter
0 0
0
Borderlands 4 Diumumkan Untuk Nintendo Switch 2, Pra-Tempahan Kini Dibuka untuk Pelancaran Oktober 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Malam tadi, 2K dan Gearbox Software secara rasminya mengumumkan bahawa Borderlands 4, ansuran seterusnya dalam francais looter-shooter popular tersebut, akan datang ke sistem Nintendo Switch 2. Game ini dilancarkan pada 3 Oktober 2025, dengan pra-tempahan untuk semua edisi boleh didapati mulai hari ini.

Borderlands 4 menjanjikan gabungan unik aksi huru-hara dan loot tanpa henti yang menjadi identiti siri ini, dioptimumkan sepenuhnya untuk memanfaatkan keupayaan konsol baharu ini.

Pemain akan dapat merasai keseluruhan pengembaraan di mana-mana sahaja, tanpa sebarang kompromi. Game ini akan memanfaatkan beberapa ciri baharu sistem Nintendo Switch 2, termasuk:

  • Multiplayer yang Dipertingkat: Co-op multiplayer dalam talian penuh, local play, dan GameChat bersepadu untuk berhubung dengan rakan-rakan dengan hanya menekan satu butang.
  • Sosial: Pemain boleh berkongsi skrin permainan mereka serta-merta untuk menunjuk-nunjuk senjata baharu yang hebat atau mendapatkan nasihat tentang pertarungan bos yang sukar. Dengan menyambungkan kamera USB-C yang serasi, wajah rakan-rakan boleh muncul di skrin semasa anda bermain bersama.
  • Kawalan Tepat: Ciri tetikus Joy-Con 2 yang baharu membolehkan pergerakan dinamik dan bidikan yang sangat tepat, membantu pemain mengendalikan berbilion-bilion senjata yang ditawarkan dalam game.
  • Fleksibiliti Digital: “Virtual game card” akan membolehkan pengguna memuatkan salinan digital Borderlands 4 mereka pada sistem berbeza yang dipautkan ke Nintendo Account yang sama, malah meminjamkannya kepada ahli kumpulan keluarga Nintendo Account mereka.

Borderlands 4 direka dari asas untuk gameplay co-op. Sistem parti baharu membolehkan pemain membentuk kumpulan dalam talian dan beralih antara mod permainan bersama-sama dengan lancar.

Game ini juga akan menampilkan loot tersendiri untuk setiap pemain, penyelarasan tahap dinamik, dan tetapan kesukaran individu untuk memastikan semua ahli parti, tanpa mengira tahap, dapat menikmati pengalaman yang seimbang dan menyeronokkan sepanjang kempen.

Jalan ceritanya membawa pemain ke dunia Kairos yang luas tanpa sempadan, sebuah planet serba baharu untuk diterokai dengan mekanik pergerakan baharu.

Pemain akan memegang peranan sebagai salah seorang daripada empat Vault Hunter baharu—Vex, Rafa, Harlowe, dan Amon—masing-masing dengan kebolehan unik untuk menghancurkan, membelasah, dan memusnahkan musuh mereka. Bersama-sama, mereka akan menentang Timekeeper yang zalim dan Order-nya yang kejam.

Borderlands 4 akan tersedia dalam tiga edisi untuk sistem Nintendo Switch 2:

  • Edisi Standard
  • Edisi Deluxe
  • Edisi Super Deluxe

Ketiga-tiga edisi ini boleh dipra-tempah mulai hari ini dan akan dikeluarkan pada 3 Oktober 2025.

Tags: Borderlands 4Nintendo Switch 2
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Digimon Beatbreak Akan Tayang Oktober 2025, Butiran Pelakon & Jalan Cerita Didedahkan

Next Post

Previu Silent Hill f – Kengerian Baru Lagi Maut Berputik Dari Jepun Era Showa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Previu Silent Hill f – Kengerian Baru Lagi Maut Berputik Dari Jepun Era Showa!

Previu Silent Hill f - Kengerian Baru Lagi Maut Berputik Dari Jepun Era Showa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd