Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Borderlands 4 – Direka untuk Pemain Baru, Padat Dengan Kandungan Untuk Pemain Veteran

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2025
in Action, Artikel, Berita, BL4, Epic Store, PC, PS5, Shooter, Steam, Tajaan, Xbox Series X|S
0 0
0
Borderlands 4 – Direka untuk Pemain Baru, Padat Dengan Kandungan Untuk Pemain Veteran
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu persoalan terbesar mengenai Borderlands 4 ialah sama ada pemain baru perlu mengikuti game-game dahulu.

Berita baiknya? Anda tidak perlu. Borderlands 4 berdiri dengan sendirinya sebagai sebuah pengembaraan yang lengkap, memudahkan sesiapa sahaja untuk terus bermain tanpa rasa keliru. Jalan cerita, barisan watak, konflik, dan juga sistem gameplay adalah serba baharu.

Pada masa yang sama, ia masih padat dengan kandungan luas untuk peminat lama. Kemunculan semula watak-watak sedia ada, mekanik yang dinaik taraf, dan penambahbaikan quality-of-life memastikan kedua-dua pemain baru dan veteran mendapat pengalaman ‘Vault Hunting’ yang memuaskan.

Kredit: 2K Games

Jalan Cerita yang Mengalu-alukan Semua

Game ini menampilkan plot serba baharu dengan pengenalan watak-watak baharu yang tidak akan mengelirukan pemain baru. Kebanyakan barisan watak adalah watak yang belum pernah dilihat, jadi tidak perlu risau tentang terlepas rujukan atau flashback. Walaupun watak-watak yang dikenali seperti Claptrap, Moxxi, atau Zane muncul, mereka dipersembahkan dengan cara yang mudah difahami oleh pemain kali pertama.

Apa yang menjadikan ceritanya lebih menarik ialah watak Vault Hunter anda kini memainkan peranan yang lebih besar dalam cutscene. Mereka mempunyai suara penuh dan watak-watak lain memanggil mereka dengan nama, mewujudkan pengalaman naratif yang lebih terhubung. Bagi pemain lama, masih terdapat banyak Easter egg, lore yang diperluas, dan watak-watak kesayangan yang kembali dengan kelainan baru.

Kredit: 2K Games

Game ini dibina di atas alam semesta Borderlands yang dikongsi bersama, sambil menjelaskan perkara seperti mengapa watak-watak tertentu berada di lokasi baharu bernama Kairos. Bagi pemain yang hanya mementingkan aksi, anda boleh melangkau babak penceritaan dan juga skrin pengenalan yang menjadi trademark siri ini, walaupun ia masih berbaloi untuk ditonton.

Sistem Berskala Mengikut Pengalaman Anda

Borderlands 4 mengekalkan sistem yang ringkas untuk pemain baru sambil menawarkan kerumitan yang mencukupi untuk veteran. Pemain baru akan mendapat manfaat daripada tutorial yang jelas dan sistem kemajuan awal yang mudah difahami. Sistem penyembuhan kini menggunakan Repkit yang berfungsi berdasarkan tempoh cooldown dan bukannya bergantung pada jatuhan item secara rawak, menjadikan pengurusan nyawa lebih mudah dijangka.

Skil, senjata, dan peralatan direka agar mudah difahami, dan jika anda ingin mencuba build yang berbeza, anda boleh respec skil watak anda pada peringkat awal permainan dengan bayaran yang kecil. ‘Level scaling’ memastikan anda tidak akan tersekat atau ketinggalan semasa anda maju dalam cerita.

Kredit: 2K Games

Bagi pemain berpengalaman, sistem ‘buildcrafting’ kini lebih mendalam. Sistem ‘Licensed Part’ yang baharu membolehkan anda mencampur dan memadankan ciri-ciri daripada ‘manufacturer’ senjata yang berbeza seperti Maliwan, Jakobs, Vladof, atau Torgue ke dalam satu senjata. Senjata berat dan bom tangan kini diletakkan dalam slot khas ‘Ordnance’, yang memberi ruang tambahan dalam senarai senjata utama anda.

‘Enhancement Equipment’ memberikan ‘buff’ yang terikat kepada manufacturer senjata tertentu, menggalakkan pemain untuk bereksperimen dengan kombinasi yang berbeza. Apabila digabungkan dengan bonus daripada Repkit, sistem-sistem ini menambah pelbagai lapisan customization kepada build watak. Sistem dalam Borderlands 4 adalah yang paling fleksibel setakat ini, memberi ganjaran kepada gaya permainan kasual dan hardcore.

Kredit: 2K Games

Mod Co-op yang Benar-benar Berfungsi

Bermain dengan rakan-rakan telah menerima beberapa penambahbaikan penting. Ciri ‘Moxxi’s Big Encore’ membolehkan anda melawan semula bos pada bila-bila masa tanpa perlu memuat semula save file, yang sesuai untuk sesi farming solo dan grinding berkumpulan. Anda juga boleh memainkan semula misi cerita, jadi tiada siapa yang akan terlepas butiran plot penting semasa sesi multiplayer.

Kredit: 2K Games

Sistem matchmaking menawarkan pilihan berbeza berdasarkan apa yang anda ingin lakukan – sama ada gameplay yang fokus pada cerita, cabaran endgame, atau sesi farming. Sokongan crossplay penuh bermakna anda boleh bekerjasama dengan rakan-rakan tanpa mengira platform yang mereka gunakan, dan sokongan split-screen pada konsol mengekalkan pengalaman couch co-op yang tradisional. Sama ada anda bermain dengan skuad kasual atau pasukan veteran, mod co-op kini lebih lancar berbanding sebelumnya.

Sistem Kemajuan yang Masuk Akal

Game ini menguruskan perbezaan tahap dalam mod k=co-op dengan lebih baik sekarang. Loot yang jatuh sentiasa sepadan dengan level semasa anda, walaupun ketika anda bermain dengan rakan-rakan yang bertahap lebih tinggi. Musuh di kawasan awal juga akan diskalakan ke tahap lebih tinggi, jadi game ini kekal mencabar dan menyeronokkan dan tidak menjadi terlalu mudah.

Kredit: 2K Games

Misi Mingguan ‘Wildcard’ dan bos Mingguan ‘Big Encore’ memberikan cabaran kepada semua pemain bersama dengan jatuhan item legendary yang dijamin serta strategi yang didorong oleh komuniti. Tidak kira apa level anda atau matlamat anda, sentiasa ada sesuatu yang bermakna untuk diusahakan.

Penambahbaikan Teknikal Secara Menyeluruh

Borderlands 4 telah dioptimumkan untuk berjalan lancar di semua platform, daripada Nintendo Switch 2 sehinggalah ke PC berprestasi tinggi. Visualnya telah dinaik taraf dengan grafik next-gen, pencahayaan yang lebih baik dan maklum balas senjata yang lebih mantap, menjadikan combat terasa lebih memuaskan. Masa loading yang lebih pantas, UI yang lebih kemas, dan pilihan aksesibiliti yang luas mengurangkan halangan untuk pemain baru sambil menjadikan pengalaman lebih lancar untuk veteran. Borderlands 4 bukan sahaja lebih besar, ia terasa lebih baik untuk dimainkan dan kelihatan lebih tajam berbanding sebelum ini.

Kredit: 2K Games

Borderlands 4 mengimbangi aksesibiliti dan tahap keluasan dalam cara yang belum pernah dilihat. Sama ada ini Vault Hunting pertama atau keempat anda, pasti ada sesuatu dalam game ini untuk anda.

Borderlands 4 akan dilancarkan pada 12 September untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, dan PC. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Borderlands.

Tags: Borderlands 4
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Borderlands 4 – Raja Looter-Shooter Kembali Lagi Gila, Lagi Padu!

Next Post

Borderlands 4 Pecah Rekod Francais Di Steam, Menjadi Entri Paling Popular

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Borderlands 4 Pecah Rekod Francais Di Steam, Menjadi Entri Paling Popular

Borderlands 4 Pecah Rekod Francais Di Steam, Menjadi Entri Paling Popular

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd