Bandai Namco Entertainment Asia dengan kerjasama Square Enix telah mengumumkan Edisi-edisi istimewa dalam pembelian permainan video Marvel Avengers! Tiga edisi yang termasuk Earth’s Mightiest, Deluxe dan Standard yang akan didapati bersama pelancaran rasmi permainan ini iaitu 4 September 2020! Selain itu, pemain yang pre-order permainan ini dalam versi digital akan dijamin mendapat akses Beta, pek Marvel Legacy Outfit dan plate nama eksklusif!
Edisi Deluxe Marvel Avengers akan disertakan pek eksklusif Obsidian Outfit (6 pakaian hero), 6 plate nama eksklusif Obsidian dan akses awal 72 jam awal!
Manakala untuk edisi Marvel’s Avengers: Earth’s Mightiest akan tersedia patung 12″ warna penuh Captain America! Direka oleh artisan di Gentle Giant, patung PVC berkualiti tinggi ini mempunyai setiap ciri tekstur dan butiran pakaian Captain America. Edisi Marvel’s Avengers: Earth’s Mightiest turut mempunyai salinan lain seperti Edisi Deluxe dan termasuk Steelbook case eksklusif, Hulk Bobblehead, Mjolnir Keychain, Black Widow’s Belt Buckle, Iron Man’s Prototype Amor Blueprints, Kamala Khan’s Honorary Avenger Pin, foto kumpulan Avengers dan akses awal 72-jam sebelum tarikh pelepasan 4 September 2020.
Pihak Marvel Avengers turut memperkenalkan pogram pre-order mereka yang termasuk akses terjamin untuk Beta, plate nama eksklusif dan pek Marvel Legacy Outfit. Marvel Legacy Outfit ini diinspirasikan dari moment didalam komik yang menampilkan setiap awal pertama kali Super Hero menerima kuasa sebelum menjadi apa yang mereka jadi sekarang ini.
Sebagai tambahan, pemain juga pre-order salinan Marvel Avengers dari PlayStation Store dan akan mendapat bonus tambahan pre-order termasuk emote Ms. Marvel “Talk to the Hand” dan tema dinamik “Marvel’s Avengers: Hex Pattern Logo”. Edisi Digital eksklusif di PlayStation Store termasuk plate nama Ms. Marvel dan 1,000 credits yang boleh digunakan pada kustom Super Hero. Edisi ini turut akan menerima akses awal 72 jam sebelum pelancaran permainan. Pemain PS4 juga boleh menikmati permainan ini dalam versi Beta selepas pre-order mana-mana edisi.
Jadi jangan lupa untuk pre-order Marvel Avengers yang akan tersedia untuk platform PlayStation 4, Xbox One, Stadia dan PC 4 September 2020 ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post