Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boleh pandu & bertukar, orang awam boleh beli Robot sebenar berharga RM12 juta!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 24, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Teknologi
0 0
0
Boleh pandu & bertukar, orang awam boleh beli Robot sebenar berharga RM12 juta!
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mereka yang berduit dan teringin untuk memandu robot, inilah peluang anda untuk merealisasikan impian kerana syarikat Tsubame Industries dari Jepun kini membuka peluang kepada orang ramai untuk membeli “robot sebenar boleh dipandu dan bertukar” pada nilai harga 400 juta yen (kira-kira RM12,782,314) sejak 19 Ogos.

Tempahan dibuka dan sesiapa yang berminat, boleh membeli ARCHAX sekiranya berminat dan mampu.

Secara lebih khusus, robot ini diberi nama ARCHAX (berdasarkan Arkeopteriks, genus burung awal yang beralih daripada dinosaur berbulu pelepah kepada burung moden) dan sebanyak lima unit telah dibuat dengan ukuran setinggi 4.5 meter.

ARCHAX mempunyai dua mode: “robot mode” dan “vehicle mode” di mana 26 sendi membolehkan ARCHAX berpusing dan bergerak dengan besar. Dalam robot mode, ia mempunyai tangan dan jari yang boleh digerakkan manakala dalam vehicle mode, ia boleh bergerak pada kelajuan 10km sejam dan berat kira-kira 3.5 tan.

Dikuasakan oleh bateri elektrik, kokpit robot terletak di bahagian dada. Di dalam kokpit, terdapat empat skin yang membolehkan pilot melihat persekitaran mereka melalui 9 kamera yang dipasang di sekeliling mesin. Kokpit juga berhawa dingin untuk memastikan pilot sentiasa sejuk. ARCHAX dikawal melalui dua joystick dan dua pedal, manakala skrin sentuh membolehkan pemandu menukar antara mode.

Warna standard ARCHAX adalah biru tua dan kuning, tetapi pembeli boleh mengubah warna apabila memesan robot sendiri. ARCHAX dibuat mengikut pesanan, dan Tsubame Industries merancang untuk menghantar robot itu kira-kira satu hingga satu tahun setengah selepas pesanan dibuat.

Kredit: Tsubame Industries
Kredit: Tsubame Industries

Tatsuo Yoshida selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tsubame Industries menjelaskan bahawa syarikat membangunkan ARCHAX untuk “mengubah dunia fiksyen sains kepada realiti” dan “ia merupakan produk yang menumpukan pada kekuatan Jepun dalam budaya anime dan robot.”

Dia turut menambah bahawa ARCHAX boleh digunakan dalam usaha pemulihan bencana, pembangunan ruang angkasa, dan senario lain.


Jika kaya, adakah anda sanggup membeli satu unit ARCHAX yang boleh dipandu dan bertukar? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk membaca segala liputan kami tentang game, anime, dan teknologi, sila tekan pautan ini.

Tags: mechaRobotTeknologi
ShareTweetSend
Previous Post

5 Waifu Anime Terbaik daripada Siri Musim Panas 2023! (Menurut Peminat Jepun)

Next Post

Unboxing Armored Core VI Fires of Rubicon – Collector’s Edition!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Unboxing Armored Core VI Fires of Rubicon – Collector’s Edition!

Unboxing Armored Core VI Fires of Rubicon - Collector's Edition!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd