Pernah terfikir tak, betapa bestnya kalau dapat main semua games XBOX One dekat PC? Haaa! Benda ni mungkin akan jadi realiti sebab menurut Thurrott, Microsoft tengah dalam proses pembikinan untuk bawa original support games XBOX One ke Windows 10.
Awal bulan Februari hari itu, Microsoft telah menjalankan satu eksperimen di mana pemain boleh download dan main game State of Decay dekat preview builds Windows 10. Dalam eksperimen tersebut, semua files telah di-download dari Xbox Live server dan bukannya dari Microsoft Store. Ini menunjukkan *hint* pertama yang berkemungkinan games XBOX One akan hadir ke Windows PC.
Microsoft.GamingServices app installs 2 drivers:
xvdd.sys = XVD Disk Driver (Microsoft Gaming Filesystem Driver)
gameflt.sys = Gaming Filter (Microsoft Gaming Install Filter Driver)— WalkingCat (@h0x0d) February 25, 2019
Malah, pengguna Twitter WalkingCat juga mengatakan bahawa Microsoft.GamingServices app telah install dua drivers yang mengandungi references “Durango“, iaitu codename untuk Xbox One. Dari sini kita dapat lihat yang Microsoft cuba hadirkan mekanisma yang membolehkan installation game-game Xbox One ke PC!
Selain itu, pengguna yang download game State of Decay waktu itu, telah dapat mengenalpasti yang game installer untuk game tersebut hadir dalam XVC format, iaitu format yang sering digunakan oleh syarikat tersebut untuk menghasilkan titles Xbox One.
Nampaknya, kita boleh expect untuk bermain game Xbox One dekat PC apabila update untuk Windows ni akan datang pada bulan April tahun ni! Microsoft masih belum keluarkan sebarang pengumuman official tentang hal ini tapi, kalau korang nak try main game State of Decay tu, free je! Sign up dorang punya BETA kalau korang ada Xbox Live.
Sign up BETA: State of Decay
@gamersantaimy
Discussion about this post