Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BoBoiBoy Galaxy 2 Bakal Ditayangkan pada Disember 2023! Kembalinya Wira Galaksi!

Maira by Maira
August 21, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
BoBoiBoy Galaxy 2 Bakal Ditayangkan pada Disember 2023! Kembalinya Wira Galaksi!

Sumber: Monsta

Share on FacebookShare on Twitter

Sudah banyak kali akaun media sosial BoBoiBoy mengacah comeback untuk animasi sekuel BoBoiBoy Galaxy sejak beberapa bulan ini. Nampaknya peminat akhirnya mendapat tarikh kembalinya wira kegemaran mereka! Melalui akaun rasmi Twitter, BoBoiBoy Galaxy 2 akan ditayangkan pada bulan Disember 2023! Bersama-sama pengumuman tersebut, visual pertama siri animasi tersebut telah pun didedahkan. Anda boleh lihat visual tersebut melalui tweet di bawah.

⚡ Your Boy is officially BACK! ⚡#BoBoiBoy #BG2 #TheAnimatedSeries

⚊On screen, on air, on ground, in stores, and everywhere you could ever imagine!⚊ pic.twitter.com/JJz0A8mLxE

— BoBoiBoy GENTAR (@BoBoiBoy) August 21, 2023

Untuk pengetahuan anda, Boboiboy Galaxy 2 adalah siri yang diadaptasikan daripada komik yang telah dilancarkan pada tahun 2020 dan telah tamat dengan isu ke-27 yang diterbitkan pada April 2023. Seperti dalam komik, Boboiboy Galaxy musim 2 akan mengandungi 6 arc utama seperti Boboiboy Galaxy Windara, Boboiboy Galaxy Qually, Boboiboy Galaxy Sori, Boboiboy Galaxy Gentar dan banyak lagi.

Sumber: Monsta

Berikut adalah sinopsis Boboiboy Galaxy 2 berdasarkan komik:

Pengembaraan baru bermula! BoBoiBoy dan rakan-rakan telah berpindah ke pangkalan TAPOPS baharu di Planet Bumi, di mana mereka telah ditugaskan untuk mengekalkan keamanan di galaksi. BoBoiBoy berazam untuk membongkar rahsia Kuasa Elemen Tahap Ketiga dengan mengikut jejak langkah Master Elemental purba. Pencarian ini akan membawa wira-wira kita dari Bumi dalam pengembaraan yang menarik sambil mereka meneroka planet asing yang hebat dan menghadapi musuh baharu yang kuat.

Sumber: Monsta

Kami pasti ramai antara anda yang tidak sabar menontonnya sejak pengumuman daripada acara Monsta Con. Buat masa ini, masih tiada berita mengenai platform serta tarikh tayangan rasmi yang didedahkan. Jadi kita tunggu sahaja pengumuman lanjut mengenainya pada masa akan datang.

Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita terkini mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!

Tags: AniMYBoboiboyBoBoiBoy GalaxyBoboiboy Galaxy 2
ShareTweetSend
Previous Post

Infinity Strash: DRAGON QUEST The Adventure of Dai – Apa di dalam “Story Mode?”

Next Post

Interview Daymare 1994: Sandcastle – “Membuat game yang bagus perlukan pengorbanan”

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Interview Daymare 1994: Sandcastle – “Membuat game yang bagus perlukan pengorbanan”

Interview Daymare 1994: Sandcastle - "Membuat game yang bagus perlukan pengorbanan"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd