Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bluepoint Games Pernah Cadang Remake Bloodborne, Tetapi Ditolak Oleh FromSoftware!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 2, 2026
in Artikel, Berita, Khabar angin, Remake
0 0
0
Bluepoint Games Pernah Cadang Remake Bloodborne, Tetapi Ditolak Oleh FromSoftware!
Share on FacebookShare on Twitter

Bluepoint Games pernah mencadangkan sebuah remake untuk action-RPG kegemaran ramai Bloodborne (2015) pada awal 2025, tetapi cadangan itu ditolak… bukan atas sebab kewangan, sebaliknya kerana FromSoftware (pembangun asal game itu) tidak mahu ia berlaku. Ini menurut laporan terbaru daripada Jason Schreier dari Bloomberg.

Hal ini muncul sebagai sebahagian daripada siasatan di sebalik penutupan Bluepoint Games oleh Sony Interactive Entertainment pada minggu lalu, sekali gus menamatkan perjalanan studio itu selama hampir dua dekad dalam menghasilkan remaster dan remake berkualiti tinggi bagi game-game klasik PlayStation.

Ini sejajar dengan teori yang dikemukakan oleh Shuhei Yoshida, bekas ketua game indie dan bekas presiden Worldwide Studios di Sony Interactive Entertainment, semasa temu bual dengan Kinda Funny pada tahun 2025.

Yoshida mencadangkan bahawa ketiadaan sebarang remaster atau remake Bloodborne adalah kerana rasa hormat terhadap ikatan peribadi presiden FromSoftware dan pengarah Bloodborne, Hidetaka Miyazaki, dengan game tersebut.

“Saya sudah meninggalkan bahagian first-party, jadi saya tidak tahu apa yang sedang berlaku,” jelas Yoshida ketika itu.

“Tapi teori saya ialah, kerana saya ingat Miyazaki-san memang sangat-sangat menyayangi Bloodborne, apa yang dia cipta—saya rasa dia berminat [untuk membuat semula game itu], tapi dia terlalu berjaya dan terlalu sibuk sehingga tidak mampu melakukannya sendiri. Tapi dia juga tidak mahu sesiapa lain menyentuhnya. Itulah teori saya. Dan pasukan PlayStation akan menghormati hasratnya.”

Bloodborne, yang dilancarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4 pada Mac 2015, dianggap sebagai salah satu game soulsborne paling penting pada generasi konsol tersebut.

Berlatar belakangkan bandar gothic berinspirasi era Victorian, game ini mencabar pemain untuk menentang makhluk mengerikan dan kengerian kosmik sambil merungkai misteri gelap bandar itu.

Meskipun mendapat pujian yang tinggi dan peminat yang sangat setia, Bloodborne tidak pernah menerima sebarang remaster, remake, atau pun patch untuk PlayStation 5, di mana ia hanya boleh dimainkan melalui backward compatibility pada 30 fps dan resolusi 1080p.

Ini sangat berbeza berbanding tajuk-tajuk FromSoftware yang lain: Dark Souls menerima remaster pada 2018, manakala Demon’s Souls (yang juga dibangunkan oleh FromSoftware pada asalnya) telah dibuat semula sepenuhnya oleh Bluepoint Games sebagai tajuk pelancaran PlayStation 5 pada November 2020.

Tags: BloodborneRemake
ShareTweetSend
Previous Post

Xiaomi 17, Xiaomi 17 Ultra & Leica Leitzphone Rasmi Di Malaysia – Harga dari RM3,499!

Next Post

Arknights: Endfield – Update Version 1.1 Bawa Operator Baharu, Sistem AIC Air & Banyak Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Arknights: Endfield – Update Version 1.1 Bawa Operator Baharu, Sistem AIC Air & Banyak Lagi!

Arknights: Endfield - Update Version 1.1 Bawa Operator Baharu, Sistem AIC Air & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd