Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Blue Lock Mendominasi “Manga Paling Laris 2023” – Senarai Top 10 Manga Tahun Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 30, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Senarai
0 0
0
Blue Lock Mendominasi “Manga Paling Laris 2023” – Senarai Top 10 Manga Tahun Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Kami semakin hampir kepada penghujung 2023, dan sudah tentu, ini bermakna setiap industri sedang menilai “siapakah” atau “apakah” yang paling terlaris. Manga (buku komik Jepun) pun tidak terkecuali dan di sini, pasukan analisis di Oricon telah membuat kajian untuk menentukan manga apakah yang paling laris di Jepun pada tahun ini. Ternyata, anugerah manga paling popular pada tahun 2023 jatuh kepada Blue Lock!

Oricon's Yearly Comic Sales Ranking 2023 – Top 10 pic.twitter.com/2On5sejXp0

— Shonen Jump News (@WSJ_manga) November 29, 2023

Bukan Jujutsu Kaisen, bukan One Piece; sebaliknya Blue Lock mendapat tempat pertama menurut anggaran tahunan 2023 oleh Oricon. Siri manga terkenal itu berjaya menjual hampir 11 juta salinan antara November 2022 hingga November 2023. Manga bola sepak Blue Lock mendapat tempat pertama dengan margin yang luas dan ini mungkin berkaitan dengan Piala Dunia FIFA yang berlangsung tahun ini. Ramai yang menyamakan siri ini dengan manga-manga hebat seperti Haikyuu dan Slam Dunk, dan buat masa ini, ia memang tidak mengecewakan.

Kredit: Studio 8Bit

Bagi seluruh senarai Top 10, beberapa siri baru dan juga manga lama yang disenaraikan oleh Oricon. Berikut adalah senarai lengkap:

  1. Blue Lock – 10.52 juta
  2. Jujutsu Kaisen – 8.54 juta
  3. One Piece – 7.18 juta
  4. Oshi no Ko – 5.40 juta
  5. Chainsaw Man – 5.35 juta
  6. Slam Dunk – 5.00 juta
  7. Spy x Family – 4.32 juta
  8. My Hero Academia – 3.52 juta
  9. Tokyo Revengers – 3.21 juta
  10. Kingdom – 3.19 juta
Kredit: Takehiko Inoue

Dalam senarai Top 10, semuanya adalah manga-manga hebat yang sama ada baru melonjak dalam populariti atau berjaya mengekalkan daya tarikan walaupun sudah bertahun diterbitkan. Cuma kalau kita melihat senarai Top 20, ada beberapa karya yang anda sendiri pun mungkin baru tahu seperti Do Not Say Mystery dan juga The Apothecary Diaries. Jadi bagi mereka yang ingin tahu, berikut adalah senarai Top 20:

  • Frieren: Beyond Journey’s End
  • That Time I Got Reincarnated as a Slime
  • The Apothecary Diaries
  • Welcome to Demon School! Iruma-kun
  • Kaiju No. 8
  • Do Not Say Mystery
  • Sakamoto Days
  • Mashle: Magic and Muscles
  • Aoashi
  • Detective Conan
  • Toliet-Bound Hanako-kun
  • My Love Story with Yamada-kun at Lv999
  • Record of Ragnarok
  • Blue Box
  • Bocchi the Rock

Apa pendapat anda tentang senarai Manga Paling Popular 2023 di atas? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Dapatkan segala berita kami tentang manga di SINI!

Tags: 2023Blue Lockmanga
ShareTweetSend
Previous Post

Barisan Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang Disember 2023!

Next Post

Resident Evil 4 Remake VR Mode Akan Tersedia pada 8 Disember!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Resident Evil 4 Remake VR Mode Akan Tersedia pada 8 Disember!

Resident Evil 4 Remake VR Mode Akan Tersedia pada 8 Disember!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd