Ada satu hari tu… eh saya dapat buat review pulak untuk permainan VR terbaru iaitu Blood & Truth! Masa tu perasaan agak excited la, tapi simpan dalam hati sebab memang nak sangat cuba review permainan aksi VR ni. Jadi apa saya rasa bila dapat main game ni? Nanti saya bagitahu okay!
Jalan Cerita
Blood & Truth merupakan sebuah permainan penembak pertama (first-person shooter) hasil dari SIE London Studio dan dikeluarkan terus oleh Sony Interactive Entertainment. Ianya berkisahkan Ryan Marks seorang tentera Special Elite yang ingin menyelamatkan keluarganya. Permainan yang penuh dengan aksi menembak ini sebenarnya agak letih sebab korang kena lakukan pegerakan kan~
Sistem Permainan
Blood & Truth hanya boleh dimainkan dengan dua wireless controller penggerakan VR. Korang akan diberitahu secara eksplisit untuk diberitahu kedudukan seperti duduk dan korang akan dapat banyak mata (points) di sekeliling korang untuk berinteraksi. Contohnya jika korang letak tangan ke dada, korang boleh menambil peluru simpanan untuk dimuat semula dalam senjata, korang juga dapat mencari sarung pistol di kedua pinggang dan tali untuk senjata yang lebih besar di belakang bahu korang. Blood & Truth akan membuat korang bergerak untuk mencapai senjata yang diperlukan pada saat-saat genting.
Dah semestinya yang penting adalah perasaan menembak tu! Korang akan bermula dengan sebiji pistol kemudian disertakan dengan dual-weilding dan senjata yang lebih padu serta besar seperti senapang rifle dan sniper. Di dalam permainan turut ada safehouse yang akan dilawati diantara misi serta peluru turut akan diberikan di sekitar peringkat untuk dikumpul.
Blood & Truth juga mempunyai beberapa mainan sampingan yang korang boleh bermain yang agak menyeronokkan seperti pistol paintgun, jatuhkan barang dan banyak lagi. Pergerakan fizikal akan bertukar pada setiap tembakan, menyerang geng di seluruh kasino, aktiviti yang membuatkan korang berdebar, dan apa jua kejadian asalkan korang sentiasa jangan lupa reload dan tembak untuk terus hidup.
Selain menembak saja dari tadi, sebenarnya kita boleh guna tangan kita ni untuk memecahkan, mengunci, memanjat dan mencapai selain membunuh. Ya! Ada jugak masa yang saya boleh guna dron untuk mengumpul maklumat.
Ditambah juga dalam permainan ini ada satu bahagian tu korang akan terokai galeri seni dan korang akan amik feel perasaan memakai VR. Dengan lampunya, dengan bunyi yang mendayu nya kemudian ada patung-patung pameran yang tiba-tiba boleh buat korang jadi terkejut! Saya juga sempat menjadi DJ lah untuk mengelak dan mengalih perhatian musuh je~
Kesukaran
Jujur saya katakan, kesukaran tu sebenarnya diseluruh permainan, ye la aksi mendebarkan sepanjang masa kan~ Nak bergerak kadang-kadang terlanggar benda dan terpukul membe kerja~ hehe! Ada juga misi yang macam susah nak diumpal dan bila menembak kat tempat penduduk dalam kereta tu, alahai nak kawal motion VR tu macam kelaut !
Kesimpulan
Bagi keseluruhan permainan agak memenatkan, siapa rasa nak ada ‘musle’ kat tangan tu boleh lah cuba. Tapi untuk aksi permainan dan jalan cerita agak menarik. Sesetengah peringkat mempunyai pelbagai laluan untuk ulangan semula, bersama-sama dengan cabaran serangan masa. Tetapi memang Blood & Truth ini meninggalkan jalan pertama yang agak insentif. Bagi perincian, grafik memang pengalaman yang hebat untuk saya. Jadi siapa-siapa yang ada VR kat rumah tu bolehla korang beli game ini dan rasai sendiri pengalaman menembak ala-ala real gitue!
Jadi korang belilah game ni di PlayStation Store berharga RM169.00. Nantikan review AAA game pulak akan datang ok!
@gamersantaimy
The Review
Blood & Truth
Jalan cerita ok boleh terima, seronok tapi agak memenatkan lah!
PROS
- Seronok dengan misi
- Dapat buat benda pelik-pelik yang seronok
- Ketuk la kepala kawan korang alang-alang dalam situasi VR tu
CONS
- Agak memenatkan
- Sukar sikit untuk mengawal
Discussion about this post