Antara isu terbesar yang mengganggu World of Warcraft: Battle of Azeroth sejak pelancarannya pada tahun lepas ialah cara bagaimana pemain memperoleh dan upgrade gear. Sistem Azerite Armor memang dengar macam cool, tetapi pemain dengan cepat mula benci sistem ini. Bayangkan betapa payahnya untuk grinding level up Heart of Azeroth Necklace semata-mata untuk membuka ciri-ciri Azerite di armor baru anda- terutamanya apabila ciri-ciri yang disebut tadi sudahpun dibuka sebelum ini. Memang ini satu sistem yang teruk. Blizzard telah meluangkan masa 8 bulan untuk membaiki sistem ini dengan mengubahsuai sikit-sikit sini sana dengan ciri-ciri yang lebih menarik. Kesimpulannya, patch 8.2 World of Warcraft akan overhaul seluruh sistem- dan memang lebih bagus lah daripada sistem sebelum ini.
Watch Rise of Azshara Content Preview from Warcraft on www.twitch.tvKetika di livestream, senior game designer Jeremy Feasel memberi pemain pandangan pertama patch 8.2, Rise of Azshara. Patch besar ini akan memperkenalkan zone, dungeon dan raid baru. Update yang peminat paling tunggu ialah rework sepenuhnya Heart of Azeroth, yang dijelaskan oleh Feasel dengan penuh butiran.
Apabila Rise of Azshara dilancarkan pada musim panas ini, Azerite Armor tidak akan terikat dengan level Heart of Azeroth. Sebaliknya, ciri-ciri Azerite akan di-unlock secara automatik supaya pemain boleh bebas memilih ciri yang paling mereka ingin. The Heart of Azeroth kini akan menjadi Artifact Weapon daripada Legion, dengan skill tree yang boleh dibuka sambil anda mengumpul Azerite dan meningkatkan level-nya. Paling best sekali ialah kehadiran sebuah active ability yang pemain boleh guna di dalam pertempuran.
Sini saya terangkan. Pemain boleh customize abiliti yang dimiliki oleh Heart of Azeroth mereka. Seperti yang dijelaskan oleh Feasel, pemain akan memperolehi Titanic Essences yang setiap satu ada kuasa major dan minor. Kuasa major ialah abiliti aktif unik yang akan mengubah rotasi pertempuran anda manakala kuasa minor ialah buff pasif. Apabila diletakkan di slot major Heart of Azeroth, kedua-dua kuasa major dan minor Titanic Essence akan diaktifkan manakala minor slot hanya aktifkan kuasa minor sahaja, Jadi, Heart of Azeroth yang lengkap seharusnya memberi pemain satu kuasa major dan empat kuasa minor.
Titanic Essences datang daripada pelbagai bentuk aktiviti- daripada dungeon dan quest sehingga ke PvP- dan juga hadir dalam pelbagai jenis tahap yang mampu boost dan mengubah fungsi abiliti pemain.
Ini ialah satu perubahan yang bagus dan boleh menjadikan progression system Battle Azeroth lebih seronok dan berbaloi. Saya sendiri pun tidak sabar untuk cuba. Jika korang nak butiran yang lebih terperinci tentang Heart of Azeroth baru ini, korang boleh check di blog Blizzard atau tonton livestream Twitch. Patch 8, Rise of Azshara masih tiada tarikh keluaran, tetapi server beta boleh didapati pada minggu depan.
Sumber – PCGamer
@gamersantaimy
Discussion about this post