Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Rupa kapten original Gotei 13 didedahkan! Mungkin muncul di “story arc” manga!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 21, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Bleach: Rupa kapten original Gotei 13 didedahkan! Mungkin muncul di “story arc” manga!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama keluaran episod terbaru untuk anime Bleach TYBW, pencipta manga Kubo Tite telah mendedahkan visual eksklusif yang menunjukkan seluruh kapten original Gotei 13. Selepas menjadi viral, ramai peminat membuat spekulasi bahawa ahli-ahli dalam visual itu akan kembali dalam manga sekuel Bleach.

Korang boleh lihat imej di bawah:

Kubo Tite mencipta poster “double-spread” ini untuk majalah Weekly Shonen Jump bagi tujuan promosi. Seperti yang korang dapat lihat, poster itu menampilkan semua ahli pengasas Gotei 13 secara terperinci termasuk kapten komander Genryusai Shigekuni Yamamoto dan Retsu Unohana aka Kenpachi pertama. Selebihnya adalah watak baru yang dicipta oleh Kubo dan tidak pernah dilihat sebelum ini.

AMARAN! SPOILER BLEACH DI BAWAH

Identiti ahli pengasas Gotei 13

Walaupun latar belakang ahli original Gotei 13 tidak didedahkan, kita tahu bahawa organisasi itu diasaskan oleh Genryusai Shigekuni Yamamoto, yang juga bertindak sebagai ketua.

Generasi pertama Gotei 13 terdiri daripada Yamamoto, Yachiru Unohana (namanya sebelum ditukar ke Retsu) dan 11 kapten lain (identiti tidak diberitahu) di mana Shunsui Kyoraku menganggap generasi ini sebagai versi terkuat Gotei 13.

Menurut Yhwach, orang luar mengenali Gotei 13 original sebagai “pasukan pembela” tetapi hakikatnya, setiap ahli adalah pembunuh kejam. Ini juga merupakan sebab mengapa ramai musuh amat takut kepada Gotei 13, terutamanya Yamamoto. Namun, organisasi ini mengalami perubahan besar selepas “kepupusan [hampir] puak Quincy”, yang membuatkan dunia kembali tenang.

Maka, muncul lah generasi baru Gotei 13 yang lebih aman damai, seperti yang kita lihat sekarang dalam anime dan manga; bukan niat hanya untuk membunuh, tetapi demi keadilan.

Apakah kaitan Gotei 13 original dengan manga baru Bleach?

Asalnya, Bleach menamatkan jalan cerita pada 22 Ogos 2016. Walau bagaimanapun, sempena sambutan ulang tahun ke-20, Kubo telah mengeluarkan sebuah one-shot bernama No Breaths From Hell pada Ogos 2021.

Memandangkan ini hanya one-shot, tiada bab baru ditambah untuk story arc ini – lantas membuatkan ramai peminat kecewa kerana penghujung one-shot berakhir secara cliffhanger dan mengusik story arc baru untuk Bleach.

Di sini, izinkan saya jelaskan apa kaitan one-shot ini dengan kapten original Gotei 13.

Dalam No Breaths From Hell, pembaca dapat tahu bahawa semua Shinigami, bertaraf kapten dan ke atas, akan masuk ke neraka. Oleh itu, jika Kubo meneruskan “Hell arc”, kita mungkin dapat melihat kapten Gotei 13 yang mati, termasuk Yamamoto, Retsu Unohana, Jushiro Ukitake, dan kapten lain dari Gotei 13 original.

Dan ada kemungkinan, mereka akan jadi musuh terbaru.

Szayelaporro Granz

Semasa Szayelaporro Granz muncul daripada gerbang neraka, dia mendakwa roh-roh di neraka kini mempunyai cukup kuasa untuk membuka jalan sendiri ke dunia manusia. Oleh itu, sambungan manga mungkin akan menunjukkan pertarungan antara Shinigami di mana Ichigo cuba mengalahkan roh-roh yang ingin melarikan diri supaya dapat menjaga keseimbangan alam.

Tetapi apa pendapat korang? Buat masa ini, kita tidak ada apa-apa maklumat tentang sambungan manga jadi anggap sahaja poster ini sebagai ilustrasi istimewa dahulu.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Bleach termasuk info terkini tentang anime, manga, fakta, trivia dan lain-lain, sila tekan pautan ini.

Tags: bleachGotei 13manga
Previous Post

Manga Dragon Ball Super akan kembali, kali ini fokus pada Goten & Trunks!

Next Post

Dead or Alive masih mengancam, reboot sedang dibikin Team Ninja!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Dead or Alive masih mengancam, reboot sedang dibikin Team Ninja!

Dead or Alive masih mengancam, reboot sedang dibikin Team Ninja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd