Digelar sebagai salah satu daripada ‘Big Three’ bersama One Piece dan Naruto, Bleach kini dalam proses menghasilkan musim terakhir untuk siri anime yang bakal mengadaptasikan arc Thousand-Year Blood War. Tetapi bukan itu sahaja dalam rancangan kerana pencipta Bleach, Tite Kubo mungkin telah terlepas cakap bahawa Bleach akan ada game baru di konsol.
Menurut ‘Daily Bleach Scans’, seorang peminat telah bertanya jika Bleach akan mengeluarkan game, di mana Kubo memberi respon yang samar-samar. Melalui pengguna Reddit ‘Jasonvsfreddyvs‘, kita dapat melihat bahawa jawapan penuh Kubo kepada soalan itu ialah:
“Saya rasa saya pernah mendengar berita macam itu daripada orang yang bertanggungjawab…/ I feel like I heard such a story from the person in charge… “
Seperti yang korang dapat lihat, jawapan yang diberi oleh Kubo tidaklah konklusif. Tetapi, memandangkan sebanyak 25 game Bleach telah dihasilkan selama dua dekad ini, saya sendiri tidak terkejut jika mereka mengadaptasikan story arc finale ke versi permainan video.
Game konsol terakhir yang dikeluarkan untuk siri ini adalah Bleach: Soul Resurrección. Walaupun ada beberapa game baru, tetapi majoritinya adalah untuk mobile/peranti mudah alih dan bukannya konsol. Jadi, saya faham mengapa ramai peminat konsol amat kecewa.
Andai kata betul memang ada game konsol Bleach dalam pembikinan, siapa yang akan bertanggungjawab untuk bahagian produksi? Pertama sekali, kita ada CyberConnect2 yang memang popular kerana menghasilkan banyak game anime hebat seperti siri Naruto: Ultimate Ninja Storm, Dragon Ball Z: Kakarot dan paling baru sekali, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles.
Kemudian kita ada Arc System Works, yang cemerlang dalam genre fighting game selepas menghasilkan siri BlazBlue dan Guilty Gear, serta Dragon Ball FighterZ.
Bergantung pada mana yang mereka pilih, salah satu daripada studio ini mempunyai potensi untuk mengetuai game Bleach seterusnya dan membuatkannya sebagai siri game yang berjaya seperti Naruto: Ultimate Ninja.
Buat masa sekarang, itu sahaja info yang kami tahu. Anime Expo 2022 akan tiba awal bulan depan dan katanya akan ada maklumat baru tentang adaptasi anime Bleach: Thousand-Year Blood War serta “mesej istimewa dari Jepun” dan “kandungan eksklusif baru”. Sehingga itu, kita hanya mampu “wait-and-see” dahulu.
Untuk segala liputan kami tentang Bleach, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post