Black Clover telah memberi penampilan baru untuk Yuno dalam bab terbaru manga! Walaupun anime secara rasmi akan memulakan story arc Spade Kingdom pada bulan Januari, versi manga kini mengambil langkah pertama ke pertarungan besar bersama Dark Triad dari Spade Kingdom.
Black Clover, Ch. 276: Yuno faces a boastful enemy! Can he take him down a notch? Read it FREE from the official source! https://t.co/XrJNmjqxAX pic.twitter.com/VzZuDUdm8O
— Shonen Jump (@shonenjump) December 20, 2020
Story arc Spade Kingdom adalah naratif yang sangat penting bagi Yuno kerana ia bukan sahaja mendedahkan kisah silam dan hubungan watak ini dengan kerajaan tersebut, malah membuatkan Yuno rasa dirinya tidak berguna selepas gagal menyelamatkan kaptennya, William Vangeance, yang ditangkap lalu dijadikan tribut untuk membuka laluan ke Underworld.
Bab sebelumnya daripada manga berakhir dengan “cliffhanger” yang menyaksikan Yuno dan Langris bersiap sedia untuk bertarung dengan Zenon manakala wira-wira lain dari Clover Kingdom bersiap untuk melawan baki anggota Dark Triad. Dalam bab terbaru, akhirnya Yuno menunjukkan apa yang dia berlatih selama ini untuk menghadapi kekuatan Spatial Magic milik Zenon.
Bab 276 daripad manga memulakan menyambung pertarungan Yuno dan Langris melawan Zenon, di mana Yuno pernah kalah sebelum ini semasa menghadapi sihir tulang Zenon yang menciptakan pertahanan sempurna.
Untuk menghasilkan pertahanan ini, Zenon mendedahkan bahawa dia menutupi seluruh kawasan dengan sihir sebenarnya iaitu Spatial Magic. Bagi menembusi sihir tersebut, Yuno menyeru Sylph, yang telah lama mengumpul tenaga semasa berehat di dalam grimmoire Yuno sepanjang tempoh Training Arc.
Dengan bantuan Sylph, mereka berdua berjaya membuka bentuk evolusi baru. Transformasi ini lebih kuat daripada Spirit Dive, dan diberi nama Spirit of Boreas. Transformasi ini bukan sahaja melengkapkan sihir Spirit Dive, malah mengubah senjata utamanya daripada sebuah pedang kepada kapak. Dengan transformasi baru ini, Yuno menerima peningkatan dalam kuasa di mana sihir Zenon kini tidak lagi memberi kesan kepadanya.
Bab ini berakhir dengan Yuno melakukan serangan unggul pada Zenon ketika dia menembusi pertahanan ajaib yang sebelum ini dianggap sempurna. Pada masa ini, ia tidak jelas jika bentuk baru ini cukup untuk mengalahkan Zenon sepenuhnya, tetapi ini adalah langkah yang besar untuk Yuno yang ingin menjadi Wizard King pada masa depan.
Apa pendapat anda tentang bentuk Spirit Dive baru milik Yuno? Adakah ia cukup kuat untuk mengalahkan ahli lain daripada Dark Triad? Beri tahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post