Black Clover telah mula diterbitkan pada 2016 dan kini telah mencapai sehingga 35 jilid. Bersempena dengan pengeluaran jilid terbaru, manga Black Clover akhirnya telah terjual lebih daripada 19 juta salinan di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, pencapaian yang diperolehi itu sebenarnya adalah baik tetapi mungkin kerana terdapat banyak lagi manga yang lebih baharu telah mencapai jualan tersebut dengan lebih cepat. Disebabkan perkara tersebut, ramai peminat anime dan manga telah mengejek pencapaian tersebut.
Black Clover has reached 19.000.000 copies in circulation worldwide with 35 volumes. pic.twitter.com/iRvh24NqVk
— Shonen Jump News (@WSJ_manga) June 1, 2023
Kebanyakan peminat merasakan yang 19 juta salinan terjual diseluruh dunia itu adalah nombor yang kecil kerana manga Black Clover ini telah mula dijilid 8 tahun lepas. Dalam masa yang sama, prestasi yang dicapai ini sebenarnya agak kurang jika nak dibandingkan dengan manga yang lain seperti My Hero Academia dan Jujutsu Kaisen. Mereka masing-masing telah pun terjual lebih 85 juta dan 70 juta salinan di seluruh dunia.
Black clover in the mud!!!! Get the garbage outta here Lmfaooooo pic.twitter.com/KoPARvHT0W
— JALEX (SLASH)⚡ (@7SLASHLIGHTNING) June 1, 2023
Terdapat juga peminat anime yang menunjukkan bagaimana manga Black Clover mencapai jualan 18 juta salinan pada tahun lepas dan hanya menjual 1 juta salinan selepas 1 tahun. Ini adalah satu lagi rujukan yang menunjukkan prestasi manga ini rendah.
Walau bagaimanapun, terdapat juga peminat yang tertanya-tanya kenapa manga yang sebahagian daripada Shounen Jump ini mempunyai lebih 30 jilid dan masih tidak mendapat jualan seperti manga mereka yang lain. Dengan menjadi sebahagian daripada Shounen Jump, manga ini sepatutnya menjual lebih banyak salinan di seluruh dunia.
Walaupun diejek teruk, terdapat beberapa peminat yang berkongsi rasa teruja selepas melihat pencapaian yang diperoleh Black Clover. Salah seorang daripadanya mengatakan yang 19 juta salinan terjual adalah jumlah yang agak tinggi memandangkan banyak lagi siri manga yang masih tidak terjual sehingga 1 juta salinan.
Berikutan dengan filem dan game Black Clover akan dikeluarkan tidak lama lagi, saya rasa jualan manga mungkin akan meningkat dengan lebih tinggi lagi selepas ini. Jika satu manga itu tidak berjaya, tidak mungkin pihak Shueisha akan melaburkan wang mereka dalam francais tersebut. Ini membuktikan yang syarikat tersebut masih menganggap yang manga Black Clover adalah satu francais yang berjaya.
Congratulations to Yuki
— Bakasta (@slut4fuji) June 1, 2023
Dalam masa yang sama, ramai peminat Black Clover gembira dengan pencapaian ini dan mengucapkan tahniah kepada Yuki Tabata kerana berjaya mencapai 19 juta salinan di seluruh dunia. Mereka juga mengharapkan yang Black Clover akan terjual lebih daripada 20 juta salinan sebelum siri ini habis.
Filem Black Clover: Sword of the Wizard King bakal tiba di Netflix pada 16 Jun 2023 manakala game mobile Black Clover M: Rise of the Wizard King kini dibuka untuk pra-pendaftaran di Malaysia melalui Play Store dan App Store.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post