Black Clover telah memberikan Asta satu kemenangan terbesarnya dalam bab terbaharu siri ini! Arc Spade Kingdom Raid dalam siri manga Black Clover telah mencapai kemuncaknya apabila Asta dan Liebe berusaha habis-habisan untuk menumpaskan Supreme Devil Lucifero (Devil terkuat).
Mereka berdua telah berjaya memperoleh “Devil Union” yang sempurna dan ianya sudah cukup untuk menentang kuasa Devil. Tetapi seperti yang diketahui peminat sekarang, pertarungan masih jauh dan belum berakhir.
Amaran: Berikut mengandungi spoiler untuk Black Clover bab 329 “The Devil King and the Magicless Boys”
Pada awal bab 329 Black Clover, Lucifero mengamuk kerana dia tidak percaya yang dia telah kalah dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai kuasa magik dan Devil bawahan. Lucifero menggunakan kuasa gravitinya untuk menghentam Asta dan Liebe ke tanah dan tidak mampu untuk bangun serta melawan kuasanya.
Lucifero berkata yang separuh daripada kuasanya masih berada di Underworld yang menunjukkan yang Lucifero masih belum dapat kuasanya yang penuh.
Walaupun begitu, Yami dan Nacht bergabung kuasa untuk menghilangkan kuasa graviti tersebut yang membolehkan Asta untuk bangun kembali. Melihat Asta bangun, Lucifero mula panik dan lari dalam ketakutan. Sedang melarikan diri, dia berkata yang dia akan kembali satu hari nanti.
Dengan adanya bantuan daripada Yuno, Asta dapat teleport ke Lucifero untuk melepaskan serangan terakhir dan mengakhiri pertarungan tersebut dengan kemenangan terbesar.
Walaupun Lucifero telah tewas, terdapat satu Devil misteri yang menonton pertarungan tersebut sejak awal lagi. Kami pun tidak mempunyai sebarang info tentang Devil misteri ini sama ada dia berpihak kepada Asta atau Devil. Jadi, apa pendapat korang tentang perlawanan Asta dan Lucifero ini? Kongsi pendapat di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Black Clover, sila klik pautan ini.
Sumber: Shueisha
@gamersantaimy
Discussion about this post