Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[BIC 2024] Empat Game ‘Aksi Indie’ Menarik Yang Menarik Perhatian Kami!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 19, 2024
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, Preview, Soulslike, Steam
0 0
0
[BIC 2024] Empat Game ‘Aksi Indie’ Menarik Yang Menarik Perhatian Kami!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, rakan kami telah singgah di Busan Indie Connect (BIC) Festival 2024 di Korea Selatan, yang bermula sejak Jumaat lalu dan berlangsung selama tiga hari. Merangkumi pelbagai pameran besar dan aktiviti hands-on, anda boleh bertemu macam-macam game indie daripada pelbagai genre yang biasanya sukar untuk diakses. Di sini, rakan kami berpeluang mencuba beberapa game aksi dan soulslike indie, dan ingin berkongsi pengalamannya bersama anda semua.

Berikut adalah pilihan game aksi indie kegemarannya di BIC 2024!

Detained: Too Good for School

Kredit: Digital Braves

“Detained: Too Good for School” ialah RPG aksi 2D moden di mana pemain bermain sebagai seorang gadis sekolah menengah yang baru dibebaskan daripada juvana. Ingin membalas dendam, dia kembali ke bandar selepas abangnya mati dalam konflik gengster.

Game ini menggabungkan elemen kehidupan sekolah dan penerokaan bandar, menawarkan pilihan kepada pemain untuk menumpukan pada hal berkaitan akademik, meningkatkan abiliti fizikal, atau menavigasi hidup melalui pelbagai cara seperti bekerja sambilan dan juga merompak. Lebih menarik lagi, setiap keputusan akan mempengaruhi hala tuju permainan.

Sistem sosial turut membolehkan anda membina hubungan dengan pelbagai watak, termasuk merapatkan diri dengan rakan yang sudi bertarung dengan anda atau mencari kekasih romantik. Sistem pertempuran termasuk bergaduh di jalan dan penerokaan ala dungeon, di mana 10 dungeon berbeza tersedia untuk dicabar oleh pemain.

VELASTER

Kredit: Digital Braves

“VELASTER” ialah game 3D side-scrolling action brawler yang terletak di dunia Malum yang gelap dan mengerikan. Pemain memulakan jalan balas dendam, dengan melibatkan diri dalam pertempuran sengit dengan pelbagai raksasa dan bos yang berkuasa.

Game ini menawarkan tiga watak unik, setiap satu dengan gaya pertempuran, kemahiran dan kombo yang berbeza, yang secara tidak langsung, meningkatkan aspek replayability dan strategik.

Anda boleh memilih untuk bertarung sebagai kesatria sword-and-shield, pahlawan dual-wield yang tangkas, atau watak sasa yang memegang tukul, untuk menghadapi musuh dan bos mencabar. Seakan sama seperti soulslike, walaupun pertempuran bos terasa sukar, pemain dapat hidup semula sehingga berjaya menang pertarungan.

Keyboard Key Character KeyCap (KKCKC)

Kredit: Digital Braves

“Keyboard Key Character KeyCap (KKCKC)” ialah game ‘rogue-like keyboard action’ unik di mana pemain menjadi sekumpulan watak dalam dunia keyboard, lalu menghadapi pelbagai cabaran.

Pemain mengawal watak mereka menggunakan kekunci anak panah dan melancarkan serangan dengan menekan kekunci lain, setiap satu mewakili jenis serangan dan abiliti yang berbeza.

Sepanjang permainan, pemain bertarung dengan pelbagai peranti dan aksesori komputer seperti kabel, USB dan mikrofon, dan boleh memperoleh keycap khas untuk meningkatkan abiliti mereka, untuk menghadapi musuh yang semakin kuat. Elemen rogue-like bermakna musuh, corak serangan dan item keycap dijana secara rawak setiap kali, menawarkan pengalaman baharu dengan setiap playthrough.

Pemain yang tidak biasa dengan keyboard mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, kerana game ini sangat menguji refleks.

Echoes of Yi: Samsara

Kredit: Digital Braves

“Echoes of Yi: Samsara” ialah game aksi seni wuxia hardcore yang diselitkan dengan budaya tradisional Cina. Pemain memainkan peranan sebagai seorang ahli wuxia yang ditugaskan untuk mencegah malapetaka dunia dan memulihkan keamanan.

Game ini mempersembahkan pelbagai gaya dan teknik seni kungfu secara autentik, seperti Tai Chi, seni pertempuran pedang, dan teknik lembing, menonjolkan intipati dan semangat budaya seni pertempuran dari China.

Untuk menambah realisme, muzik dihiasi oleh alunan opera tradisional Cina, yang menggunakan instrumen seperti suona, pipa dan guzheng untuk mencipta runut bunyi yang realistik pada zaman itu. Dilengkapi dengan kostum opera dan reka bentuk yang cantik, ia memberikan pengalaman budaya China yang mengasyikkan.

Tags: BIC 2024indie
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS Menjelaskan Strategi PC AI dan Posisi Pasaran di Malaysia

Next Post

[BIC 2024] Empat Game ‘Kasual Indie’ Yang Menarik Perhatian Kami!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
[BIC 2024] Empat Game ‘Kasual Indie’ Yang Menarik Perhatian Kami!

[BIC 2024] Empat Game 'Kasual Indie' Yang Menarik Perhatian Kami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd