Hari ini, Bethesda Softworks, Arkane Studios Lyon, dan Marvel Games telah mengumumkan Marvel’s Blade – sebuah “game matang single-player perspektif third-person” dengan jalan cerita original berdasarkan wira buku komik Blade. Malangnya, platform dan tarikh keluaran tidak diumumkan dan proses pembangunan pun baru sahaja bermula.
Berikut adalah trailer pengumuman:
Dalam kenyataan akhbar, Bill Rosemann selaku naib presiden dan pengarah kreatif Marvel Games, berkata:
“Sebagai penghormatan kepada ulang tahun ke-50 Blade, kami telah menemui padanan yang sesuai untuk Daywalker itu di Arkane Lyon, sebuah studio dengan artis tanpa kompromi yang sentiasa menolak sempadan reka bentuk dan inovasi gaming.”
“Selain bakat mereka yang memenangi anugerah, keghairahan peribadi dan visi berani mereka untuk ikon separuh manusia, separuh vampire kami yang menjadikan kolaborasi ini padanan yang sempurna.“
Dinga Bakaba selaku Pengarah permainan Arkane Studios Lyon pula berkata:
“Sebagai kanak-kanak dari asal-usul campuran, saya rasa ada hubungan istimewa dengan Blade—seorang wira yang mempunyai dua warisan. Peluang untuk meletakkan gaya kami pada watak ini adalah impian saya dan cabaran yang pasukan terima dengan semangat.”
Walaupun info sedikit tetapi kita tahu Marvel’s Blade akan berlangsung di lokasi kuarantin di Paris semasa huru-hara supernatural. Vampire telah muncul, mengganas di bandar itu dan memaksa semua orang di Paris untuk berlindung di dalam rumah mereka pada waktu malam sehinggalah matahari terbit.
Sebastien Mitton sebagai pengarah kreatif dan seni Arkane Studios Lyon, turut menambah:
“Daripada kot hingga ke cermin mata hitamnya yang ikonik, Blade ialah watak yang menarik, bergaya dan bersemangat. Projek ini adalah peluang terbaik untuk menolak gaya seni Arkane ke kawasan yang lebih moden dan berani. Intipati kerja kami hidup di persimpangan idea yang memberi kesan dan pengetahuan inovatif.”
Seperti saya kata tadi, Marvel’s Blade masih dalam pembangunan dan tiada info diberikan tentang tarikh keluaran, platform dan gameplay.
Dapatkan segala berita kami tentang pengumuman TGA di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post