Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Beta 0.14.0 PUBG MOBILE menampilkan Mod Zombi Terbaru!

Agak korang Mod Zombi baru ke yang hadir ni?

Nyny.A by Nyny.A
August 6, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Beta 0.14.0 PUBG MOBILE menampilkan Mod Zombi Terbaru!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita gembira buat peminat tegar PUBG Mobile, Tencent Games secara rasminya telah melepaskan kemaskini beta versi 0.14.0 untuk pemain! Nampaknya dalam kemaskini yang akan datang ini sekali lagi menjadi perubahan besar buat PUBG Mobile. Yang menariknya kemaskini terbaru ini termasuk mod Zombie terbaru! Selain itu turut ada perubahan UI, penambahbaikan misi harian, barangan baru termasuk kosmetik dan beberapa perbaikan bug untuk permainan.

Bagi yang ingin memuat turun versi beta ini boleh ikuti caranya dibawah boleh tekan di link ini : Android; iOS. Paling penting jangan lupa untuk membenarkan ‘unknown source’ dalam tetapan telefon anda dan untuk iOS pastikan anda telah ada aplikasi TestFlight.

Beta terbaru PUBG Mobile ini akan memakan memori yang agak tinggi, pada yang rasa tidak muat memori di telefon anda untuk memuat turun, jangan risau versi 0.14.0 ini tetap akan hadir kemudian dan boleh dikemas kini melalui Google Play Store atau iOS.

Pada yang tertanya-tanya mod zombi terbaru ini sebenarnya macam mana? Kemungkinan besar ianya adalah kolaborasi antara PUBG Mobile x The Walking Dead seperti yang diumumkan pada PMCO Global Final dua minggu lalu. Dikatakan dalam mod ini pemain juga boleh bermain sebagai zombi!

Jadi ini adalah patch note selebihnya bagi versi 0.14.0 ini;

  • Pek tambahan Android Resources – Mengurangkan saiz pakej pemasangan Android dan menambah Pek Ekspansi Sumber, yang mengandungi beberapa peralatan dan sumber yang jarang digunakan.
  • Perubahan Mod UI – Termasuk informasi tier ditambah; Tetapan dan Matchmaking kini dalam halaman yang sama; Kesan visual bertambah baik;
  • Misi harian diubah suai (akan hadir didalam versi sebenar 0.14.0 bukan di beta);
  • Ciri Terbaru : Infection Mode – Mod versi asimetri PVP yang dikatakan ini akan memilih secara rawak antara pemain menjadi Zombi atau Defenders. Defenders dapat menggunakan senjata manakala Zombi hanya boleh menggunakan serangan melee dan kebolehan dengan masa cooldown. Bukan itu sahaja, Zombi hanya boleh dihidupkan semula walaupun dibunuh Defenders, dan Defenders pula akan berubah menjadi Zombi selepas dibunuh mereka.

  • Level V dan ganjaran ditambah untuk beberapa pencapaian – Terdapat pelbagai ganjaran baru yang boleh didapati dengan misi pencapaian (title) terbaru. Antaranya pemain harus menyelesaikan misi EVO Tactican untuk mendapatkan ganjaran skin senjata M24 terbaru.
  • Sistem UI dan Bug dibaikpulih – Beberapa interaksi dibetulkan; Ciri Zoom terbaru untuk pemain melihat lebih dekat barangan yang boleh didapati di dalam PUBG Mobile dan pelbagai lagi!

Jadi apa lagi? Pada yang rasa tidak sabar untuk mencuba sendiri bolehlah memuat turun versi beta ini sekarang di Android dan iOS. Kalau rasa nak tunggu pun tiada masalah, ianya akan hadir tidak lama lagi. Jangan lupa untuk lawati laman web PUBG Mobile dan Facebook untuk pelbagai kemaskini menarik mereka!

Sumber: Express; Mr.GhostGaming

Tags: mobile gamespubg mobilePUBG Mobile BetaPubg Mobile Beta 0.14.0
Previous Post

Becky Lynch & Roman Reigns menjadi muka depan WWE 2K20!

Next Post

5 Watak Anime yang Terlalu Kuat sampai Tak Masuk Akal!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
5 Watak Anime yang Terlalu Kuat sampai Tak Masuk Akal!

5 Watak Anime yang Terlalu Kuat sampai Tak Masuk Akal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd