Vtuber sekarang memang popular di seluruh dunia. Semasa acara AFA 2022, Hololive membawa beberapa talent mereka untuk bertemu dengan peminat, malah siap ada concert lagi. Boleh tahan besar juga dewan yang digunakan dan padat dengan peminat. Nasib baik ada banyak skrin yang tersedia, jadi mudah untuk melihat apa yang terjadi. Sebelum kami lupa, talent Hololive yang hadir ke AFA 2022 ialah Moona Hoshinova, Anya Melfissa, Gawr Gura, Mori Calliope dan Tsunomaki Watame. Ingin tahu apa yang terjadi sepanjang acara Hololive di AFA 2022? Teruskan membaca!
Acara bermula dengan Moona dan Anya, di mana mereka menunjukkan benda menarik yang dipegang peminat. Selepas itu mereka terus memulakan trivia game bersama peminat yang hadir. Cara bermainnya adalah senang, di mana terdapat soalan yang perlu dijawab oleh peminat. Kalau mereka salah, terdapat denda yang menanti. Tetapi kalau betul, Vtuber pula yang akan kena denda. Denda tersebut ditentukan dengan “Wheel of Punishment”.
Antara denda yang ada pada roda tersebut agak memalukan juga untuk dilakukan. Antaranya, menjadi tsundere, berkelakuan seperti adik dan “simp” kepada peminat selama 30 saat. Memang kelakar habis sepanjang game ini berlangsung.
Selepas itu, kita beralih pula kepada Gura dan Calli. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak pernah ke Singapura dan teringin untuk ke sana suatu hari nanti. Gura ada juga cakap bahawa dia teringin untuk makan nasi ayam dan ketam cili di negara itu.
Berbeza dengan HoloID, Gura dan Calli lebih kepada mini concert di mana mereka berdua melakukan persembahan dengan nyanyian lagu mereka. Ada juga beberapa lagu J-pop lain yang dinyanyikan sekali. Kalau anda pernah mendengar nyanyian mereka, sudah tentu anda sedar bahawa mereka memang lancar sungguh menyanyi dalam dua bahasa. Ditambah pula dengan sistem bunyi acara, memang enjoy habis! Dewan juga terang dengan glow stick.
Habis sahaja persembahan Gura dan Calli, kita beralih pula ke concert oleh Watame. Sebelum mulanya concert tersebut, sempat juga Watame jawab beberapa soalan yang ditanyakan. Antaranya anime kegemarannya: Overlord, Osama Ranking, Isekai Tensei, lagu yang ingin dinyanyikan, pengalaman berada di Singapura dan macam-macam lagi. Dia juga berterima kasih kepada semua peminat yang membeli tiket untuk melihat persembahannya.
Bercerita tentang concert itu, Watame sememangnya comel dan lagu yang dinyanyikan juga catchy. Untuk menambah hype, hos siap meminta peminat di kawasan VIP untuk berdiri. Kalau anda pernah melihat konsert VOCALOID, begitulah konsep yang digunakan untuk konsert. Model Watame kelihatan seperti menari di pentas dewan dan kelihatan sangat betul. Senang cerita, kami juga sangat gembira untuk berada di acara ini.
Bukan senang untuk berjumpa dengan Vtuber daripada Hololive. Dengan adanya acara seperti AFA, ia semestinya menggembirakan peminat di rantau ini. Kalau anda ingin tahu apa lagi yang menarik sepanjang acara, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post