Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Soal jawab Lycoris Recoil bersama Adachi Shingo & pelakon suara Takina, Shion Wakayama di AFA 2022

safwan by safwan
November 26, 2022
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Soal jawab Lycoris Recoil bersama Adachi Shingo & pelakon suara Takina, Shion Wakayama di AFA 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan dengan acara Anime Festival Asia (AFA) 2022 di Singapura, kami telah berpeluang untuk menghadiri sesi soal jawab mengenai Lycoris Recoil. Di sana, mereka menampilkan pelakon suara yang membawa watak Takina iaitu Shion Wakayama dan pengarah iaitu Adachi Shingo. Nak tahu apa yang kami bualkan semasa berjumpa dengannya? Jom teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Perasaan berada di Singapura

Sejak anime Lycoris Recoil ditayangkan, ini merupakan kali pertama untuk Adachi Shingo muncul di khalayak orang ramai dan juga berada di Singapura. Walau bagaimanapun, dia sangat risau tentang jangkaan yang kurang semasa AFA dijalankan tetapi apabila telah sampai ke sana, biliknya terus dibanjiri dengan peminat.

Bukan sahaja Adachi Shingo sahaja yang baru menjejakkan kaki di Singapura buat kali pertama, pelakon suara bagi Takina iaitu Shion Wakayama juga sama sepertinya. AFA juga adalah acara luar negara pertama yang dihadirinya. Dia yang baru sahaja tiba di sana tidak sampai 24 jam telah meneroka Singapura dan mencuba pelbagai makanan tetapi masih tidak berpeluang untuk merasa nasi ayam lagi.

Sebelum pergi ke Singapura, dia telah diajar satu perkataan Singlish. Dan perkataan itu adalah “Syok”. Lalu dia pun mengenalkan dirinya dengan berkata “Anda boleh panggil saya Wakayama Syok!”

Disebabkan penampilan Lycoris Recoil di AFA ini adalah yang pertama selepas anime itu selesai ditayangkan, anda sendiri boleh mendengar kata-kata yang keluar daripada pencipta. Mereka sendiri pun tidak pasti sama ada orang menonton anime itu ataupun tidak tetapi dengan respons positif yang diperolehi, ia dapat membuatkan rasa gembira.

Pendedahan rakaman awal pembikinan

Selepas menceritakan pengalaman berada di Singapura, Adachi Shingo mendedahkan rakaman awal pembikinan buat kali pertama dengan menampilkan pelbagai babak dan cabaran yang dilalui oleh dia, pasukan dan juga pelakon suara.

Dia juga memberitahu bahawa terdapat animasi draf awal yang ditunjukkan kepada pelakon suara seperti Shion Wakayama untuk menjiwai watak tersebut dengan lebih mendalam dan juga memberikan pengalaman yang lebih baik semasa proses itu dijalankan.

“Anda boleh lihat betapa bersemangatnya animasi dan ekspresi untuk membantu Wakayama-san melakukan adegan itu”.

Selain itu, Adachi mengatakan yang lakonan suara untuk anime Lycoris Recoil adalah agak sukar kerana tidak mempunyai sebarang konsep atau bahan tambahan original yang boleh diambil daripada sumber terdahulu. Dia memberitahu bahawa yang dia cuba untuk membuat dialog di mana Takina dan Chisato sedang mengenali satu sama lain dengan menampilkan lawak yang bersahaja.

Apabila tiba adegan yang lebih serius, dia membayangkan bagaimana pasangan tadi, Takina dan Chisato bertindak balas antara satu sama lain. Ini mungkin jadi adegan yang agak janggal.

Lakonan suara Takina

Berkenaan dengan lakonan suara Takina oleh Shion Wakayama, dia berkata yang dia sebenarnya telah menyediakan suara dengan lebih awal tetapi terdapat beberapa barisan skrip telah berubah pada hari itu. Jadi dia terpaksa menyesuaikan dirinya dengan cepat untuk mendapatkannya.

Semasa membuat lakonan suara Takina, dia merasakan yang dia dan Anzai San, pelakon suara Chisato sedang membuat Lycoris Recoil bersama-sama.

Sebelum merakam suara, Shion Wakayama akan menyatukan watak Takina dan dirinya untuk menjadi satu. Dia merasakan yang Takina mempunyai aspek yang berbeza daripada dirinya. Apabila sedang berfikir untuk melakukan skrip, dia selalu berfikir yang Takina ada dalam fikirannya.

Kesimpulan

Ia berakhir dengan kedua-dua mereka mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana menghadiri sesi soal jawab Lycoris Recoil di AFA Singapura 2022.

“Terima kasih kerana datang ke peringkat Lycoris Recoil, ingat Shoin Wakayama adalah gadis tulen, bukan yabai!”

Walaupun Shion Wakayama melakonkan watak yang tabah, sudah pasti dia mempunyai personaliti yang lebih meriah secara peribadi. Jadi, ini betul-betul menunjukkan yang Shion Wakayama adalah seorang pelakon suara yang bagus.

Adachi Shingo juga dapat menzahirkan rasa gembira kerana dia telah melihat ramai cosplayer yang berpakaian seperti anime Lycoris Recoil. Ada juga yang menjual lukisan mereka dan nampaknya semua laku-laku belaka. Dengan melihat pelbagai sokongan dan reaksi yang diberikan oleh peminat, dia sangat gembira dapat melihatnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Anime Festival Asia (AFA) 2022, sila klik pautan ini.

Tags: Adachi Shingo lAFA 2022Lycoris RecoilShion Wakayama
Previous Post

Preview Arknights: Prelude to Dawn – Game mobile ke anime [AFA 2022]

Next Post

Bertemu Hololive! Pengalaman Hebat Semasa Hololive Meet di AFA 2022!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Bertemu Hololive! Pengalaman Hebat Semasa Hololive Meet di AFA 2022!

Bertemu Hololive! Pengalaman Hebat Semasa Hololive Meet di AFA 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd