Sepanjang beberapa minggu yang lalu, Ubisoft telah menawarkan pelbagai game percuma dan promosi lain dengan harapan dapat memberi keselesaan dan hiburan tambahan pada masa-masa sukar ini. Khas untuk pemilik Just Dance 2020 di Xbox One, Switch, PS4, dan Stadia, Ubisoft menawarkan langganan Just Dance Unlimited percuma untuk membantu mereka yang berada di rumah kekal aktif dan cergas. Bagi mereka yang tidak tahu, Just Dance Unlimited ialah servis langganan versi streaming dengan lebih daripada 500 lagu Just Dance daripada game sebelum-sebelum ini.
Get ready for some serious dance battles! Access 500+ songs for free for one month with Just Dance Unlimited on #JustDance2020. #JustDanceAtHome 😍
— Just Dance 2020 (@justdancegame) April 7, 2020
Pemain yang mempunyai tidak mempunyai langganan Just Dance Unlimited boleh cuba promosi ini selama satu bulan. Malangnya, tempoh percubaan percuma tambahan tidak boleh ditambah ke langganan yang sudah berlangsung.
Pemain yang tidak memiliki Just Dance pada mana-mana platform boleh menuju ke halaman Youtube rasmi Just Dance dan mendapat akses kepada pelbagai playlist. Daripada Just Dance Kids hingga Just Get Fit serta playlist Katy Perry– terdapat banyak lagu untuk kita menari. Playlist ini akan disediakan secara percuma selama sebulan.
Jom kita muat turun dan bermain Just Dance 2020 sekarang pada Switch, Xbox One dan PS4 sambil menari kepada lagu-lagu popular seperti “Kill This Love” oleh Blackpink atau “Talk” oleh Khalid. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran percuma lain, klik di sini untuk lihat promosi Ubisoft!
@gamersantaimy
Discussion about this post