vivo hari ini melancarkan telefon pintar V20 SE Aquamarine yang sebahagian daripada siri V20 serba baru seperti yag pernah kami kongsikan sebelum ini di Malaysia. V20 SE Aquamarine menawarkan keupayaan selfie inovatif yang membolehkan pengguna menangkap dan merakam momen-momen penting dalam hidup mereka. Dengan teknologi kamera canggih, reka bentuk yang bergaya, dan prestasi serba kuat, peranti siri V20 dengan sempurna melengkapkan gaya hidup pengguna yang muda, bergerak pantas, dan pandai berfesyen.
V20 SE adalah aksesori reka bentuk yang ramping dan telefon pintar selfie yang hebat dari siri V20 vivo dan sangat sesuai untuk pengguna muda yang selalu bergerak kemana sahaja. Pengenalan warna Aquamarine baru mengukuhkan komitmen vivo terhadap reka bentuk dan inovasi estetik yang meletakkan pengguna sebagai teras. Selain itu, vivo Malaysia telah bekerjasama dengan Sttoke, Instea dan TNTCO untuk menawarkan barang dagangan edisi terhad yang melayani individu yang selalu dalam perjalanan, suka berpetualang dan menyukai fesyen, mendorong semua orang untuk menjadi Mer-Mazing, Be The Focus.
3 barang dengan kerjasama Sttoke, Instea dan TNTCO adalah:
- [ vivo x TNTCO ] Premium leather handmade shoulder pouch
- [ vivo x Sttoke ] Sttoke Lite double wall insulated reusable cup
- [ vivo x Instea ] Be Mer-mazing limited collection drink
Spesifikasi V20 SE Aquamarine
Prestasi | Qualcomm Snapdragon 665 |
Paparan | 6.57 inches (16.69 cm) |
Storan | 128 GB |
Kamera | Main, Wide, Micro, Super Night Mode 48 MP + 8 MP + 5 MP + 2 MP
Selfie 32 MP |
Bateri | 4000 mAh (Fast Charging 33 Watt) |
Memori | 8GB |
Harga | RM1199 |
Jadi anda boleh dapatkan V20 SE Aquamarine yang dibuka pre-order bermula 1 Disember hingga 4 Disember di kedai jualan rasmi vivo, atau secara online di Shopee atau Lazada untuk harga RM1,199 dan anda berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM499. Anda beli secara rasimi di vivo anda juga akan mendapat waranti tambahan dan waranti screen crack tambahan! Juga ada Cabutan Bertuah gaiss jika anda beli pada awal pelanacaran! Apa lagi yang dinantikan? Ikuti Facebook rasmi vivo Malaysia untuk lebih informasi!
@gamersantaimy
Discussion about this post