Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Berkawan dengan raksasa dalam Dragon Quest Monsters: The Dark Prince! Info gameplay & edisi khas

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 10, 2023
in Artikel, Berita, JRPG, Nintendo Switch, RPG
0 0
0
Berkawan dengan raksasa dalam Dragon Quest Monsters: The Dark Prince! Info gameplay & edisi khas
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Square Enix telah mendedahkan info baharu untuk Dragon Quest Monsters: The Dark Prince, entri terbaharu dalam siri Dragon Quest Monsters yang dilancarkan pada 1 Disember 2023, hanya di Nintendo Switch. Secara khususnya, Square Enix telah menceritakan dengan lebih terperinci tentang jalan cerita, watak-watak yang kita bakal temui, raksasa yang kita bakal hadapi dan juga edisi game.

Sebelum saya menjelaskan dengan lebih lanjut, anda boleh melihat trailer di bawah untuk gambaran umum tentang game ini:

Sinopsis dan latar belakang

Kredit: Square Enix

Game ini menceritakan tentang Psaro, seorang watak yang ramai akan mengenali daripada game Dragon Quest IV: Chapters of the Chosen. Apa yang berbeza dalam Dragon Quest Monsters: The Dark Prince adalah kita akan bermain sebagai versi Psaro yang lebih muda.

Disumpah oleh bapanya sendiri, raja kepada alam raksasa Nadiria, Psaro tidak boleh mencederakan mana-mana makhluk yang berdarah raksasa. Untuk menentang perintah ayahnya, Psaro menjadi seorang “Monster Wrangler” dan tidak lama lagi memerintah tenteranya sendiri yang terdiri daripada raksasa-raksasa yang setia.

Dalam usaha untuk membalas dendam terhadap bapanya, dia bertemu dengan Rose, seorang wanita elf muda, dan seorang lelaki misteri bernama Toilen Trubble… Bersama, mereka pergi menghadapi bahaya yang menanti di Nadiria. Matlamat Psaro dalah membalas dendam, tetapi dia perlu berkawan dengan banyak raksasa dan menempuh banyak jalan gelap sebelum mampu memenuhi cita-citanya.

Gameplay umum

Kredit: Square Enix

Untuk mengekalan tradisi dalam siri Dragon Quest Monsters, watak utama handal dalam membentuk ikatan yang kuat dengan raksasa yang dia temui. Rakan raksasa ini kemudian akan menyertai wira dalam pengembaraan mereka, dan berperang menentang musuh yang mereka hadapi.

Dengan lebih 500 jenis raksasa berbeza dan sistem “synthesis” serba baharu, ada pelbagai kombinasi raksasa untuk ditemui bersama dengan pelbagai rakan lama – dan musuh ketat—daripada game lain dalam siri Dragon Quest.

Kredit: Square Enix

Majoriti game ini berlaku di Nadiria, domain underworld di mana raksasa memerintah. Nadiria dibahagikan kepada beberapa alam, dipanggil “Circles”, dengan setiap satu terdiri daripada tiga kawasan berasingan: lower echelon, middle echelon dan upper echelon.

Sama seperti dunia sebenar, masa masih berjalan di Nadiria. Musim akan berubah, begitu juga landskap dan raksasa yang mendiaminya. Musim baru akan memperkenalkan pelbagai rahsia unik dan lebih banyak raksasa untuk berkawan. Antaranya termasuk:

  • Goomulonimbus
  • Vegandragora
  • Ronin Raccoon
Kredit: Square Enix

Tiga set DLC akan tersedia pada hari pelancaran!

Tiga set DLC akan mula dijual pada hari pelancaran: The Mole Hole, Coach Joe’s Dungeon Gym dan Treasure Trunks! Maju melalui kandungan tambahan ini untuk mendapatkan ganjaran yang akan membantu anda dalam perjalanan, serta pakaian baharu untuk dipakai oleh Psaro. DLC ini tersedia untuk pembelian melalui My Nintendo Store.

  • The Mole Hole: Termasuk pakaian ‘gothic vestment’, masuk di bawah tanah untuk bertemu semula dengan jenis raksasa yang pernah anda berkawan sebelum ini. Anda juga berpeluang untuk mencari raksasa yang sebaliknya sangat sukar untuk mensintesis.
  • Coach Joe’s Dungeon Gym: termasuk pakaian ‘cake-maker’s clobber’, terokai dungeon yang dijana secara rawak dan berlawan pelbagai raksasa kuat. Tewaskan bos yang menunggu di bilik terakhir untuk mendapatkan barang-barang nadir yang membantu menjadikan rakan sekutu lebih kuat.
  • Treasure Trunks: termasuk pakaian ‘monstrous mail’, setiap kali anda membuka peti harta karun yang misteri, anda akan memperoleh ganjaran menarik. Cuma, anda perlu menunggu sebentar sebelum boleh membukanya semula, jadi jangan henti membukanya dan anda pasti akan mendapatkan beberapa item yang sangat eksklusif!
Kredit: Square Enix
Kredit: Square Enix
Kredit: Square Enix

Kandungan Ultimate Edition

Bersama dengan versi standard, Dragon Quest Monsters: The Dark Prince – Ultimate Edition turut tersedia. Pakej ini termasuk game penuh dan beberapaDLC tambahan.

Dragon Quest Monsters: The Dark Prince – Ultimate Edition (DL Edition)

  • Platform: Nintendo Switch
  • Bonus (In-game item)
    • Burgundy Gothic Vestment
    • Warrior’s Ring x1
    • Beastie Bites x10

Bonus pembelian awal untuk edisi fizikal

  • In-game item ” Wrangler’s Bundle” (rantau Asia original)
    • Silver Tiara x1
    • Bunny Tail x1
    • Bonus Ball x3

Bonus pre-order/pembelian awal untuk edisi muat turun

  • In-game item “Charcuterie Set”
    • Smoked Sirloin x5
    • Meaty Treat x5

Sekali lagi saya ingatkan, Dragon Quest Monsters: The Dark Prince akan dilancarkan pada 1 Disember 2023, hanya di Nintendo Switch. Baca segala berita kami tentang francais Dragon Quest di SINI.

Tags: Dragon QuestDragon Quest Monsters: The Dark Prince
ShareTweetSend
Previous Post

Pendaftaran RedGames Jam kini dibuka, Bakal dianjurkan oleh airasia Superapp pada 28 – 30 Julai!

Next Post

Lebih 350 creator dari 15 Negara di AFA CSF Singapore 2023 – tiket dijual sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Lebih 350 creator dari 15 Negara di AFA CSF Singapore 2023 – tiket dijual sekarang!

Lebih 350 creator dari 15 Negara di AFA CSF Singapore 2023 - tiket dijual sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd