Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Berita sedih! Lambat lagi untuk GTA 6 keluar! Masih dalam pembangunan awal!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 16, 2020
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Berita sedih! Lambat lagi untuk GTA 6 keluar! Masih dalam pembangunan awal!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, laporan baru tentang GTA 6 telah menular di atas talian. Laporan ini sebenarnya berita buruk bagi peminat Grand Theft Auto. Lebih khusus lagi, nampaknya GTA 6 tidak akan dikeluarkan dalam masa dekat, kerana GTA 6 dilaporkan masih dalam “pembangunan awal”. Berita ini muncul selepas khabar angin mengatakan bahawa permainan bukan sahaja akan diumumkan, tetapi juga akan dilancarkan tidak lama lagi. Sebenarnya, beberapa khabar angin ini menyatakan bahawa GTA 6 akan dikeluarkan seawal tahun ini.

Laporan itu datang daripada Kotaku, yang mengesahkan bahawa Grand Theft Auto 6 sememangnya akan menjadi game seterusnya oleh Rockstar Games, menurut salah satu sumber industri yang paling dipercayai, Jason Schreier.

“GTA seterusnya masih jauh, jadi ia akan mengambil masa yang lama sebelum kita dapat melihatnya.” – Jason Schreier

Pada saat ini, tarikh keluaran GTA 6 nampaknya akan mengambil sekurang-kurangnya beberapa tahun lagi. Namun, itu tidak bermaksud Rockstar Games tidak akan memberitahu peminat apa-apa. Saya tidak terkejut jika mereka akan mengumumkan sesuatu tentang GTA 6 pada hujung tahun ini atau pada awal tahun 2021. Ini hanyalah spekulasi berdasarkan beberapa maklumat yang saya dengar mengenai permainan dan perkembangannya.

Seperti biasa, janganlah percaya bulat-bulat. Walaupun semua perkara di sini betul, ia boleh berubah. Yang pasti, Schreier dianggap sebagai salah satu sumber paling dipercayai dalam industri ini. Jadi ini mungkin info paling sahih buat masa ini. Untuk lebih banyak berita tentang GTA 6, klik di sini.

Tags: grand theft autogta 6InfoLeakedrockstar games
Previous Post

Minecraft menerima adaptasi rasmi untuk manga! Siap dengan rambut pacak lagi!

Next Post

Mega Man X DiVE menyambut 1 Juta Muat Turun dengan acara Penghargaan pelbagai ganjaran untuk didapati!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Mega Man X DiVE menyambut 1 Juta Muat Turun dengan acara Penghargaan pelbagai ganjaran untuk didapati!

Mega Man X DiVE menyambut 1 Juta Muat Turun dengan acara Penghargaan pelbagai ganjaran untuk didapati!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd