Pada saat penulisan, Rockstar Games belum mendedahkan atau mengesahkan GTA 6, dan nampaknya peminat Grand Theft Auto pasti akan kecewa jika membaca. Bekas producer Rockstar Games, Darion Lowenstein, telah menjelaskan mengapa pencipta Grand Theft Auto masih belum mendedahkan sekuel terbaru dalam siri ini, dan seperti yang anda semua jangkakan, Lowenstein berteori bahawa ada banyak sebab mengapa sedang mengusahakan GTA 5 pada PS5 dan Xbox Series X pada tahun depan, dan bukan GTA 6.
@darionlSeriously THO ##gta5 ##gtav ##ps5 ##grandtheftauto ##gta6 ##learnontiktok ##tiktokpartner
“Disebabkan saya pernah menghasilkan permainan video untuk Rockstar, ramai orang bertanya mengapa, di acara PlayStation 5, mereka mengumumkan tentang GTA 5 yang dikemas kini, dan bukan GTA 6. Daripada aspek pembangunan, ada beberapa alasan yang baik. Saya telah menghasilkan banyak permainan video untuk konsol baru, dan ia sungguh sukar. Teknologi sentiasa berubah, dan sangat susah untuk membuat permainan video AAA semasa pelancaran.” -Lowenstein.
Lowenstein meneruskan penjelasannya dan membincangkan bagaimana mengadaptasi GTA 5 ke PS5 adalah cara yang lebih mudah dan selamat untuk Rockstar Games:
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, mengemas kini sebuah permainan video yang sudah wujud ialah cara yang jauh lebih murah dan mudah daripada mencipta yang baru. Oleh itu, jika saya perlu meneka, GTA 6 masih tidak bersedia, dan GTA 5 akan memberikan lebih banyak pendapatan, dan sebuah pengalaman yang sudah terkenal dan disukai oleh semua orang, dalam setahun pelancaran PS5.
Lowenstein tidak mempunyai maklumat dalaman mengenai perkembangan semasa GTA 6, tetapi info di atas adalah yang paling baru. Rockstar mungin ingin mengkaji sepenuhnya kebolehan PS5 untuk memanfaatkan kuasanya dan memang benar bahawa pembangunan permainan video AAA sangat sukar, apatah lagi jika ramai ingin permainan dilancarkan bersama konsol.
Walaupun Grand Theft Auto 6 belum diumumkan secara rasmi, ia mungkin sedang dalam pembangunan untuk PS5 dan Xbox Series X. Untuk lebih banyak berita, khabar angin, kebocoran, dan setiap jenis maklumat lain tentang francais GTA, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post