Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BeastLink – Game Multiplayer Aksi Kaiju Di Mana Anda Boleh Jadi Raksasa!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 6, 2026
in Action, Artikel, Berita, Multiplayer, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
BeastLink – Game Multiplayer Aksi Kaiju Di Mana Anda Boleh Jadi Raksasa!
Share on FacebookShare on Twitter

Grove Street Games (studio yang terkenal dengan penghasilan port Ark: Survival Evolved dan Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition) telah mengumumkan BeastLink: sebuah game multiplayer aksi kaiju.

Bakal dilancarkan secara Early Access pada musim panas ini (sekitar Jun hingga September), game ini akan tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Bagi peminat yang tidak sabar, sesi closed beta untuk pemain PC akan bermula seawal Jumaat ini, 8 Mei.

Dari Manusia Menjadi Gergasi

Pemain akan memulakan perlawanan sebagai manusia biasa yang perlu meredah sisa-sisa runtuhan kota dalam dunia pasca-apokaliptik.

Untuk mengubah nasib dalam combat, anda perlu mengumpul sumber “serum.” Sebaik sahaja cukup, anda boleh melakukan “Link” dengan Kaiju yang sedang tidur. Setiap raksasa mempunyai gaya bertarung tersendiri; ada yang tangkas dan boleh terbang, manakala ada yang sangat besar dan direka untuk kemusnahan.

Namun, ada cabarannya: semakin kuat hubungan anda dengan raksasa tersebut, semakin tinggi risiko ia akan “memakan diri” pemain.

Ciri utama yang paling menonjol dalam BeastLink adalah “SuperDestruction.” Walaupun banyak game lain menawarkan persekitaran yang boleh dimusnahkan, Grove Street Games mendakwa sistem fizik rekaan mereka sendiri membolehkan hampir semua benda dalam peta diratakan ke tanah.

Bangunan tidak akan hilang begitu sahaja; ia akan runtuh, lantas mencipta laluan baharu, malah sisa runtuhan tersebut boleh dijadikan senjata.

Dengan peta yang menyokong sehingga 32 pemain dan beberapa raksasa aktif serentak, pemandangan bandar pada awal permainan pastinya akan berubah menjadi timbunan runtuhan pada akhir perlawanan.

Studio itu turut menyatakan bahawa setiap peta mengandungi beratus-ratus ribu barangan yang boleh dimusnahkan, daripada bangunan kecil hinggalah ke pencakar langit yang besar.

Jika tidak mengawal raksasa, anda bukanlah sekadar sasaran mudah. Game ini menekankan peperangan berasaskan pasukan di mana manusia memainkan peranan penting. Anda boleh memandu pelbagai kenderaan (termasuk kereta kebal, helikopter, dan jet pejuang) untuk memberikan bantuan udara atau menyerang kaiju musuh.

Matlamat pembangun adalah untuk mewujudkan medan perang yang seimbang, di mana pasukan manusia yang bekerjasama dengan baik mampu menumpaskan raksasa gergasi jika mereka menggunakan strategi dan kenderaan yang tepat.

Tags: BeastLink
ShareTweetSend
Previous Post

Horizon Hunters Gathering – Playtest Kedua Bermula 22 Mei, Pendaftaran Kini Dibuka!

Next Post

GPU 16GB Bakal Pintas 8GB Sebagai Standard Baharu, Menurut Data Steam

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
GPU 16GB Bakal Pintas 8GB Sebagai Standard Baharu, Menurut Data Steam

GPU 16GB Bakal Pintas 8GB Sebagai Standard Baharu, Menurut Data Steam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd