Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bauhütte memperkenalkan pakaian gaming “Ninja Onesie”! Sesuai untuk mereka yang tidak mahu meninggalkan selimut!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 25, 2021
in Artikel, Berita, Fesyen
0 0
0
Bauhütte memperkenalkan pakaian gaming “Ninja Onesie”! Sesuai untuk mereka yang tidak mahu meninggalkan selimut!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja diumumkan beberapa hari lepas, syarikat Bauhütte (yang berpusat di Osaka, Jepun) telah mendedahkan pakaian gaming “Ninja Onesie” yang kini tersedia untuk pembelian di seluruh dunia bermula Februari 2021. Ia dicipta khas untuk kalangan “gamers” di mana matlamat adalah untuk menggabungkan keselesaan dan kemudahan gaming. Oleh itu, Ninja Onesie dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri unik untuk memberi pengalaman terbaik dalam keadaan paling selesa.

Lengan Ninja Onesie mempunyai lubang untuk ibu jari dan sarung tangan di mana kita boleh menggayakan lengan dalam 4 variasi berlainan. Sebagai contoh dalam Gaming Mode, anda boleh menyarung sarung tangan sehingga menutup jari supaya ia sentiasa hangat dan ia tidak memberi sebarang masalah ketika kita mengendalikan papan kekunci dan tetikus.

Hoodie dan neck warmer pula akan menumpukan kepada bahagian kepala dan leher. Hoodie dibuat supaya lebih besar dari biasa dengan tujuan supaya boleh menutup kepala walaupun pengguna memakai headset. Untuk mengelakkan udara sejuk masuk ke leher, terdapat neck warmer yang membolehkan kita zip sehingga menutup muka (sama seperti ninja)!

Sekiranya anda anggap onesie adalah pakaian yang leceh untuk pergi ke tandas, ternyata kamu semua salah! Mereka telah meletakkan zip istimewa di bahagian bawah supaya kita tidak perlu membuka semua pakaian, dan proses selebihnya, anda tahulah apa patut buat. Dengan ini, urusan tandas pun boleh selesai secepat mungkin dan kita dapat kembali gaming dalam masa yang singkat.

Ninja Onesie boleh dicuci dengan mesin basuh 100%, jadi pengguna tidak perlu bersusah payah. Selain daripada ciri di atas, ia juga mempunyai ciri lain seperti stokin dan butang yang membolehkan kita menggulung lengan baju dengan lebih. Tersedia dalam saiz M, L, dan XL, harganya tanpa cukai adalah $135 USD (anggaran RM 545.20). Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi di sini. Untuk segala liputan kami tentang produk Bauhütte, sila tekan pautan ini.

Tags: BauhutteGamingNinja Onesie
Previous Post

[Review] Mouse paling sesuai untuk gamers MMO, ini lah dia Razer Naga X!

Next Post

Qualcomm® Snapdragon™ 888 chipset yang mengagumkan untuk platform mobile 5G!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Qualcomm® Snapdragon™ 888 chipset yang mengagumkan untuk platform mobile 5G!

Qualcomm® Snapdragon™ 888 chipset yang mengagumkan untuk platform mobile 5G!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd