Electronic Arts (EA) telah menunda akan pelancaran Battlefield V yang sebelum ini diumumkan yang game tersebut akan dilancarkan pada Oktober 19. Dan sekarang, ianya mempunyai tarikh baru untuk hari pelancarannya, iaitu November 20 di kesemua platform, PlayStation 4, Xbox One dan juga PC. Apa sebab EA tunda eh? Nak tahu lagi lanjut, sila, korang teruskan bacaan korang ye.
“Kami percaya yang kami mempunyai salah satu game Battlefield yang terbaik yang akan datang untuk Battlefield V”
Kata Laura Mielle, Chief Studio untuk EA, di dalam Press Release. Katanya lagi, 10 ribu orang telah mencuba game tersebut (Close Alpha dan mereka yang telah mencuba di E3 dan juga Gamescom) dan mereka telah mendapat Best Multiplayer Awards untuk kedua-dua acara besar di E3 dan juga Gamescom yang dilangsungkan baru-baru ini.
Banyak feedback yang berharga telah mereka dapati dari komuniti Battlefield, dan mereka mengambil sedikit masa untuk sedikit ‘Final Adjustment’ demi untuk memberikan pemain, pengalaman yang lain dan yang menakjubkan semasa bermain Battlefield V nanti.
Sebenarnya, aku dah agak perkara ini akan berlaku. Cuma, tak nak disebut, kerana aku perlukan kepastian dan juga sumber. Walaubagaimanapun, aku pasti, ramai dah pemain veteran Battlefield mahupun yang baru ingin mencuba game ni, menunggu, akan kehadiran Battlefield V, lagi-lagi dengan Tides of War yang bagi aku, merupakan satu selling point yang kuat untuk EA.
Jom, kita layan balik Trailer Official untuk Battlefield V:
@gamersantaimy
Discussion about this post