Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Baru Sebulan Ditayangkan, Siri-siri Anime Ini Telah Ditangguhkan Sebab Covid-19!

Maira by Maira
January 30, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Baru Sebulan Ditayangkan, Siri-siri Anime Ini Telah Ditangguhkan Sebab Covid-19!
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan Januari sudah hampir ke penamat dan kita telah disajikan dengan banyak siri anime yang menarik. Tetapi ada juga beberapa siri yang ditunda selepas beberapa episod ditayangkan. Buat masa sekarang masih tiada berita lagi bila siri-siri tersebut akan ditayangkan semula. Nak tahu siri anime tersebut? Anda boleh lihat di bawah:

NieR: Automata Ver1.1a

NieR: Automata berlangsung pada masa depan yang jauh, di mana manusia dihalau dari Bumi oleh warga mesin yang dibina oleh makhluk asing. Harapan terakhir umat manusia adalah “YorHA,” sekumpulan pahlawan android yang dihantar ke Bumi untuk membunuh semua mesin dan menuntut hak semula bagi planet ini. Game pertama memfokuskan pada tiga watak iaitu, 2B, 9S dan A2, di mana mereka mempersoalkan moral di sebalik misi dan kewujudan mereka.

Tayangan episod 4 ditangguhkan sehingga pengumuman lanjut.

Ayakashi Triangle

Ayakashi Triangle memfokuskan tentang seorang exorcist ninja bernama Matsuri Kazamaki, ketika dia cuba melindungi rakannya, Suzu Kanade atau Ayakashi Medium, daripada roh jahat yang dipanggil ayakashi.

Walau bagaimanapun, semasa menyelamatkan nyawa Suzu, Matsuri telah bertukar menjadi seorang gadis selepas disumpah oleh Shirogane, Raja Ayakashi. Tanpa cara untuk hapuskan sumpahan itu, Matsuri terpaksa hidup sebagai seorang gadis. Kini dia dan Kanade berusaha untuk membetulkan keadaan itu.

Tayangan episod 5 ditangguhkan sehingga pengumuman lanjut.

UniteUp!

anime

Akira Kiyose, seorang pelajar sekolah menengah yang suka menyanyi telah direkrut oleh agensi bakat yang dipanggil sMiLea Production. Akira mengetahui bahawa idola legenda “Anela”, juga datang daripada agensi tersebut. Bersama-sama dengan Banri Naoe dan Chihiro Isuzugawa yang juga direkrut oleh agensi itu, mereka membentuk kumpulan idola sambil mengejar impian mereka ke arah bintang hebat bersama kumpulan idola lain “LEGIT” dan “JAXX/JAXX”.

Siri ini akan bersambung pada 11 Februari dengan tayangan episod 4.

Kubo Won’t Let Me Be Invisible

anime

Junta Shiraishi hanya mempunyai satu matlamat: untuk menikmati zaman remajanya sepenuhnya! Tetapi ia lebih sukar daripada jangkaan. Junta yang tidak begitu bersosial seperti halimunan di sekolahnya. Segala-galanya berubah apabila Junta bertemu dengan Nagisa Kubo. Dia satu-satunya orang yang memberikan perhatian kepada Junta dan mengubah kehidupan sepi Junta.

Siri anime ini akan bersambung pada April 2023 dengan tayangan semula episod pertama.


Antara punca siri-siri anime di atas ditangguhkan ialah wabak Covid-19 yang masih melanda negara Jepun. Jadi kita harapkan yang terbaik sahaja kepada studio-studio yang terlibat. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Ayakashi TriangleKubo Won't Let Me Be InvisibleNieR: Automata Ver1.1aUniteUp!
Previous Post

Pengakhiran manga One Piece didedahkan oleh pakar teori – kisah lengkap! *SPOILER*

Next Post

[Review] SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake – 3D platformer mudah & sesuai untuk beginner!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
[Review] SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake – 3D platformer mudah & sesuai untuk beginner!

[Review] SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake - 3D platformer mudah & sesuai untuk beginner!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd