2020 akan bermula tidak lama lagi dan ini bermakna kemunculan beberapa siri anime baru. Senarai ini melihat kepulangan beberapa siri anime TERBESAR yang harus kamu tonton pada tahun 2020. Walaupun terdapat beberapa siri anime terkenal lain yang mendapat sekuel termasuk The Rising of the Shield Hero, Zombieland Saga: Revenge, dan Kaguya-sama: Love is War, sekuel mereka masih belum disahkan untuk 2020. Senarai ini hanya melihat anime yang telah disahkan.
DanMachi: Is It Wrong to Try To Pick Up Girls In A Dungeon? – Julai 2020
Memulakan senarai ini adalah musim ketiga DanMachi: Is It Wrong to Try to Pick Up Girls in a Dungeon. Dihasilkan oleh J.C. Staff, anime fantasy-adventure ini telah menamatkan musim keduanya baru-baru ini. Sambungan kepada musim kedua, Bell Cranel akan meneruskan usahanya untuk menjadi wira terhebat setelah mengalami pelbagai dugaan oleh Hestia Familia dan akhirnya, mendapat penghormatan yang sewajarnya. Musim ketiga DanMachi dijangka akan keluar pada Julai 2020.
Haikyuu!! – Januari 2020 / Julai 2020
Haikyuu!! akan menyiarkan musim keempat dan kelima pada tahun 2020 bertajuk Haikyuu!!: To The Top pada Januari 2020 dan Haikyuu!!: To The Top Second Season pada Julai 2020. Anime drama-sukan ini berkisarkan sukan bola tampar. Hinata Shouyou berminat dengan bola tampar sejak usia yang muda dan menyertai kelab bola tampar di sekolah menengah. Setelah kalah dalam kejohanan pertamanya, Hinata bersumpah akan menjadi yang terbaik dan berazam untuk bekerja lebih keras kerana dia lebih rendah berbanding atlet biasa.
My Teen Romantic Comedy SNAFU – April 2020
Lebih terkenal dengan nama Jepunnya – Oregairu, My Teen Romantic Comedy SNAFU adalah anime slice of life romantic-comedy. Anime ini akan masuk musim ketiganya selepas menamatkan musim kedua pada tahun 2015. Lama kan menunggu? Studio feel. akan mengambil alih untuk musim seterusnya selepas musim pertama yang hebat daripada studio Brain’s Base. My Teen Romantic Comedy SNAFU mengikuti kisah Hachiman Hikigaya, seorang pelajar yang ingin kehidupan sekolahnya agar selesa. Apabila dipaksa menyertai Volunteer Service Club bersama Yukino Yukinoshita, Hachiman terlibat dengan lebih banyak masalah daripada yang dia jangka. My Teen Romantic Comedy SNAFU akan disiarkan pada April 2020.
Re:Zero Starting Life in Another World – April 2020
Salah satu adaptasi paling hebat oleh White Fox, Re:Zero Starting Life in Another World adalah anime drama fantasi berkisarkan Subaru Natsuki. Dia dicampak ke dunia fantasi di mana dia mempunyai kuasa untuk kembali ke masa silam jika dia mati. Selepas menewaskan spirit demon bernama Betelgeuse Romanee-Conti di musim pertama, Subaru berjaya menyelamatkan Emilia dan lain-lain daripada mati. Dia juga meluahkan cintanya kepada Emilia. Apakah yang akan terjadi pada musim kedua ini? Re: Zero Second Season akan live pada April 2020.
Evangelion: 3.0 + 1.0 – Jun 2020
Salah satu filem anime paling dinanti-nantikan, Evangelion 3.0 + 1.0 adalah filem keempat dalam siri Evangelion Rebuild. Filem ini akan menjadi filem terakhir dalam siri ini dan merupakan sekuel Evangelion: 3.0 yang dikeluarkan pada 17 November 2012. Dihasilkan oleh Studio Khara, Evangelion 3.0 + 1.0 akan keluar pada bulan Jun 2020. Untuk faham jalan cerita filem ini, anda disyorkan untuk bermula dengan Neon Genesis Evangelion > NGE: Death and Rebirth > End of Evangelion > Evangelion Rebuild.
Attack on Titan Final Season – Oktober 2020
Anime terakhir dalam senarai adalah salah satu anime terbesar untuk dekad ini, iaitu Attack on Titan dan dijangka akan keluar pada Oktober 2020 Bermula pada tahun 2013, sudah perjalanan Eren, Mikasa, dan rakan-rakan lain dalam dunia di mana Titans berjalan liar atas bumi. Selepas memecahkan dinding yang melindungi manusia, segalanya menjadu huru-hara dan tanggungjawab jatuh kepada Survey Corps untuk menyelamatkan umat manusia. Selepas ibu Eren dimakan secara zalim oleh seorang Titan, Eren menyertai Survey Corps untuk berjuang demi kemanusiaan.
@gamersantaimy
Discussion about this post