Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang Oktober 2022! Ada Overwatch 2, CODMW2 Dan Banyak Lagi!

Maira by Maira
October 3, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Baru, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Senarai, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Barisan Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang Oktober 2022! Ada Overwatch 2, CODMW2 Dan Banyak Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti ramai yang sudah tidak sabar untuk bermain game yang keluar sepanjang Oktober 2022. Lebih-lebih lagi dengan entri terbaru daripada Call of Duty dan juga sekuel kepada Overwatch. Beberapa game daripada konsol juga akhirnya tersedia untuk pemain PC dan konsol lain setelah sekian lama. Ingin tahu game hebat yang dimaksudkan? Jom tengok senarai game yang anda boleh mainkan sepanjang Oktober 2022!

Overwatch 2 [PC, PS5, XSX, PS4, XBO, Switch] – Oktober 4

Overwatch ialah team-based shooter yang berlaku di bumi pada masa akan datang. Ia merupakan sekuel kepada game Overwatch yang telah dilancarkan pada 2016.

Dragon Ball: The Breakers [PC, PS4, XBO, Switch] – Oktober 14

DRAGON BALL: THE BREAKERS ialah game aksi asymmetrical dalam talian di mana sekumpulan 7 citizen cuba bertahan dari Raider — seperti Cell, Frieza dan Buu, yang akan memburu dan evolve sehingga menjadi sangat berkuasa!

Scorn [PC, XSX] – October 14

Scorn ialah game first-person seram di mana atmosferanya berlatarkan dunia yang mengerikan serta ganjil. Terpencil dan tersesat dalam dunia seperti mimpi, anda akan menerokai kawasan yang saling berkaitan dengan cara tidak linear.

A Plague Tale: Requiem [PC, XSX, PS5, Switch] – Oktober 18

Mulakan perjalanan yang menyayat hati ke dunia yang kejam dan menakjubkan, dan pengorbanan untuk menyelamatkan orang yang anda sayangi dalam perjuangan untuk terus hidup. Serang hendap atau gunakan pelbagai senjata, alatan dan kuasa yang hebat.

Marvel Snap [PC] – Oktober 18

MARVEL SNAP melancarkan multiverse MARVEL yang lengkap menjadi sebuah game kad fast-paced. Kumpulkan pasukan anda daripada senarai wira-wira dan penjahat tanpa had dan alami game hebat — semuanya dalam tiga minit sahaja.

Uncharted: Legacy of Thieves Collection [Steam, EGS] – Oktober 19

Bermain sebagai Nathan Drake dan Chloe Frazer dalam pengembaraan mereka tersendiri semasa mereka menghadapi masa lalu mereka dan menempa legasi mereka sendiri. Terdapat dua game dalam koleksi ini iaitu UNCHARTED 4: A Thief’s End dan UNCHARTED: The Lost Legacy.

Mario + Rabbids: Sparks of Hope [Switch] – Oktober 20

Bekerjasama dengan Mario, Luigi, Princess Peach, Rabbid Peach, Rabbid Luigi dan rakan mereka dalam perjalanan galaksi untuk mengalahkan entiti jahat dan menyelamatkan rakan Spark anda. Terokai planet di seluruh galaksi sambil anda menemui rahsia misteri dan pencarian yang menarik!

Gotham Knights [PC, PS5, XSX] – Oktober 21

Batman sudah mati. Kini terpulang kepada Keluarga Batman – Batgirl, Nightwing, Red Hood, dan Robin – untuk melindungi Gotham, membawa harapan kepada warganya, disiplin kepada polisnya, dan ketakutan kepada penjenayah. Daripada menyelesaikan misteri dalam sejarah bandar itu kepada mengalahkan penjahat terkenal dalam konfrontasi epik.

New Tales from the Borderlands [PC, PS5, XSX, PS4, XBO, Switch] – Oktober 21

Dalam metropolis Promethea yang sentiasa dilanda perang, anda akan mengawal Anu, Octavio dan Fran pada hari yang paling teruk dalam hidup mereka. Bantu mereka dalam mengubah dunia (dan mungkin juga menyelamatkannya)! Hadapi pencerobohan planet, raksasa yang ganas dan kapitalis dalam perjalanan sinematik yang mendebarkan ini! Temui watak beraneka ragam, bot pembunuh upahan dan senjata bercakap dalam perlumbaan ke puncak! Sudah tiba masanya untuk melawan eksploitasi dan ketamakan korporat.

Persona 5 Royal [PC, PS5, XSX, XBO, Switch] – Oktober 21

Terpaksa berpindah ke sekolah menengah di Tokyo, protagonis mempunyai mimpi yang aneh. “Kamu benar-benar tawanan. Dalam masa terdekat, sesuatu menanti anda.” Dengan “pemulihan” yang dihadapi, dia mesti menyelamatkan orang lain daripada keinginan yang memusnahkan dengan memakai topeng Phantom Thief.

Bayonetta 3 [Switch] – Oktober 28

Bayonetta melalui pelbagai lokasi dalam game aksi terbaru! Dengan rupa baharu, Umbra Witch yang terkenal ini mesti menghadapi kejahatan misteri menggunakan senjata khasnya dan kebolehan Witch Time yang memperlahankan masa. Kali ini, bioweapon buatan manusia yang dipanggil Homunculi mendapati diri mereka berada dalam crosshair protagonis kita.

Call of Duty: Modern Warfare 2 [PC, PS5, XSX, PS4, XBO] – Oktober 28

https://www.youtube.com/watch?v=tnsOrbljnK0

Selamat datang ke era terbaru CoD. Call of Duty: Modern Warfare 2 membawa pemain ke dalam konflik global yang belum pernah berlaku sebelum ini serta menampilkan kepulangan Operator ikonik, Task Force 141. Daripada operasi taktikal penyusupan berskala kecil sehingga kelas tertinggi, pemain akan ditempatkan dalam pertempuran yang mendebarkan.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Game mana yang anda tidak sabar untuk bermainnya. Boleh kongsikan di ruangan komen. Untuk mendapatkan segala liputan menarik tentang game, boleh klik di sini.

Tags: game barusenarai game Oktober 2022
Previous Post

Server Overwatch ditutup – Blizzard Entertainment buka ruang kepada Overwatch 2!

Next Post

Preview SD Gundam G Generation ETERNAL – Game taktikal mecha baru tapi banyak kelemahan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Preview SD Gundam G Generation ETERNAL – Game taktikal mecha baru tapi banyak kelemahan!

Preview SD Gundam G Generation ETERNAL - Game taktikal mecha baru tapi banyak kelemahan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd