Tidak dinafikan, Mobile Legends adalah salah satu permainan mudah alih yang paling popular di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara. Malah, tidak kira mana di kita lepak pada masa kini, mesti dapat melihat seseorang yang menatap skrin telefon mereka dan bermain permainan video. Namun, nasib malang untuk budak lelaki Filipina yang gemarkan permainan ini, kerana dia tidak boleh lagi menatap skrin seperti yang diinginkan selepas akaunnya kena ban selama 10949 hari, 1 hour dan 23 minit!
Sepatutnya menenangkan anaknya, bapa kepada budak ini hanya tertawa dengan kuat pada tingkah laku anaknya. Kemudian, dia membuat post dan memuat naiknya di rangkaian sosial Facebook. Ianya tidak jelas mengapa akaun permainan budak itu telah kena ban untuk masa yang sangat lama.
Namun, dalam kes sebegini, apabila akaun kena ban selama 30 tahun , ia pastinya mempunyai sebab yang jelas. Ia menunjukkan bahawa akaun ML budak ini menggunakan aplikasi ketiga atau ‘cheat’, sementara Moonton sebagai pembangun sangat menekankan pemain supaya tidak menggunakan cheat untuk bermain Mobile Legends. Sekiranya ini berlaku, akaun akan serta merta kena ban sebagai akibatnya.
Apa pendapat korang dengan ban yang sangat panjang ini? Pernahkah korang melihat sesiapa yang telah kena ban untuk jangka masa yang lama dalam permainan atau bahkan mengalaminya sendiri? Kongsikan dengan kami!
Sumber: World of Buzz
@gamersantaimy
Discussion about this post