Bandai Namco telah melancarkan satu website baru yang bertajuk ‘Summer Horror Project’. Adakah Bandai Namco nak lancarkan game horror yang baru? Nak tahu lebih lanjut? Jom, teruskan bacaan korang!!!!
Meta keywords yang didapati di dalam website tersebut adalah “Zombie” dan juga “Horror”. OG nya pula menerangkan “A mysterious website appears? This summer, what will happen…?”. Selain daripada itu, website itu juga mempamerkan video recording sebuah rumah. Video itu pula dilabelkan “domas-SCENE01” dan bertarikh Ogos 31, 2018.
Hurmmm, korang rasa apa ye? Adakah ianya game bergenre horror baru dari Bandai Namco? Nampak macam menarik. Kemungkinan, pada tarikh Ogos 30 ni, mungkin akan dipamerkan perkara yang lain pula. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat juga, aku akan update lagi ye.
@gamersantaimy
Discussion about this post