Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bandai mengumumkan Wireless Earbud bertema Kamen Rider! Siap bunyi Henshin!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 6, 2021
in Artikel, Audio, Berita, Tokusatsu
0 0
0
Bandai mengumumkan Wireless Earbud bertema Kamen Rider! Siap bunyi Henshin!
Share on FacebookShare on Twitter

Saya ada berita baik untuk peminat Kamen Rider di Malaysia! Pada 3 September lalu, Bandai telah mengumumkan wireless earbud bertema Kamen Rider yang dihasilkan dengan kerjasama syarikat audiovisual Jepun, Aviot. Earbud ini dapat berinteraksi dengan sebuah aplikasi mobile yang memainkan efek bunyi “Henshin” (transformasi) dari semua Kamen Rider pada era Heisei.

Produk ini adalah berdasarkan model popular TE-BD21j yang dihasilkan oleh Aviot dan mempunyai Bluetooth, pengecasan pantas Type C, dan sokongan kodeks AAC dan SBC serta kalis air dengan penilaian IPX4. Sebagai produk eksklusif, TE-BD21j diberi penampilan baru supaya lebih “kena” dengan imej Tokusatssu di mana earbud kini memiliki reka bentuk putih, lambang Kamen Rider, dan perkataan “HENSHIN”.

Seperti yang saya kata di atas, pengguna dapat memuat turun aplikasi mobile bertajuk Henshin Voice Changer dan seterusnya memilih salah satu dari 20 suara Kamen Rider di era Heisei (dari Kamen Rider Kuuga hingga Kamen Rider Zi-O). Earbud tersebut kemudian akan memainkan kesan bunyi terpilih apabila ia disambungkan ke peranti. Untuk saja-saja suka, pengguna juga dapat memainkan kesan bunyi ini sekali lagi dengan menekan butang logo di earbud kanan.

Bandai sudah membuka pra-pesanan untuk Wireless Earbud “Kamen Rider” sejak 3 September 2021 dan akan menutup tempoh pra-pesanan pada 12 September 2021, atau apabila pesanan mencapai jumlah yang ditetapkan. Produk ini akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember 2021. Jadi kenapa saya sebut ini berita gembira untuk peminat Malaysia? Itu kerana halaman P-Bandai menunjukkan bahawa mereka mungkin akan menjual earbud yang sama di luar Jepun.

RelatedPosts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

Sebelum ini, kami telah mengongsikan yang PREMIUM BANDAI telah membuka laman rasmi Shopee di Malaysia. PREMIUM BANDAI atau lebih dikenali sebagai P-Bandai merupakan sebuah kedai dalam talian yang menjual koleksi dari siri-siri anime popular termasuk Gundam. Mereka juga sering berkolaborasi secara eksklusif bersama syarikat Jepun lain termasuk Bandai Hobby, Candy Toy, Gashapon dan banyak lagi. Jika sumbernya betul, pengguna Malaysia pun akan mendapat peluang untuk membeli wireless earbud Kamen Rider ini.

Untuk segala liputan kami tentang Kamen Rider, sila tekan pautan ini.

Tags: AviotbandaiHenshinkamen riderwireless earbud
Previous Post

Unboxing review MobaPad M073 Game Controller – Selesa, mudah digunakan, berbaloi!

Next Post

Zangief dah berumur 65 tahun?! Dah tua rupanya geng Street Fighter!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Zangief dah berumur 65 tahun?! Dah tua rupanya geng Street Fighter!

Zangief dah berumur 65 tahun?! Dah tua rupanya geng Street Fighter!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd