Shazam! Fury of the Gods bakal mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 16 Mac 2023. Jadi, kami ingin kongsikan kepada anda serba sedikit latar belakang Marvel Family yang original dan bagaimana mereka mendapatkan kuasa Shazam.
Pada asalnya, Shazam Family atau lebih dikenali sebagai Marvel Family hanya terdiri daripada 3 orang sahaja iaitu Billy Batson sebagai Captain Marvel (Shazam), Mary Batson sebagai Mary Marvel dan Freddy Freeman sebagai Captain Marvel Jr.
Selepas menyelongkar latar belakang Captain Marvel ataupun Shazam, rupa-rupanya Shazam telah membuat debut pertamanya pada tahun 1940 dengan menggunakan nama Captain Marvel. Selepas mengalami krisis di Bumi Infinite yang mengubah sejarah watak dengan ketara, Captain Marvel membuat penampilannya lagi pada tahun 1985 melalui Modern Age of Comic Books.
Apa yang kita lihat sekarang merupakan reboot kali kedua di mana DC Universe telah diubah semula (post-Flashpoint) dengan memperkenalkan kembali watak tersebut sebagai Shazam melalui komik Justice League (Volume 2) #7. Dan dalam universe DC Rebirth, mereka menambah lagi 3 orang dan wujudnya Shazam Family!
Billy Batson/Captain Marvel/Shazam
Billy dan kakak kembarnya Mary merupakan anak kepada ahli arkeologi dan mereka berdua telah kehilangan ibu bapanya semasa berada di Mesir. Dia juga telah terpisah dengan kakaknya yang ikut sama ke Mesir tetapi dia tidak mati namun diculik oleh Teth Adam.
Lalu, dia yang tinggal keseorangan terpaksa mengikut bapa saudara mereka iaitu Ebenezer. Malangnya, Billy telah dibuang olehnya dan mencuri semua wang tabung amanah belia yang telah disimpan untuk penjagaan dan kebajikan Billy.
Selepas dibuang oleh bapa saudaranya, dia yang tinggal sebatang kera tanpa duit dan tempat tinggal, Billy terpaksa bermalam di terminal kereta api bawah tanah hampir setiap hari.
Pada suatu malam, terdapat seseorang yang menyerupai bapanya muncul dan Billy berasa sangat yakin untuk mengikutinya jauh ke dalam terowong bawah tanah sehingga menaiki kereta api dan tiba di sebuah gua yang menampilkan patung-patung Seven Deadly Enemies of Man termasuk Envy, Lust, Greed, Pride, Wrath, Sloth dan Gluttony.
Di dalam gua tersebut, dia telah berjumpa dengan wizard Shazam, seorang champion kepada umat manusia selama beribu-ribu tahun. Wizard Shazam yang semakin tua duduk di atas takhta mendedahkan yang dia telah memilih Billy untuk menjadi Champion untuk berjuang demi kebaikan sebagai lelaki terkuat di dunia iaitu Captain Marvel.
Sebelum dikenali sebagai Shazam, dia telah dikenali sebagai Captain Marvel. Magic yang diperolehi oleh Shazam terdiri daripada S bermaksud Wisdom of Solomon; H untuk Strength of Hercules; A untuk Stamina of Atlas; Z bermaksud Power of Zeus; A untuk Courage of Achilles; dan M untuk Speed of Mercury.
Selain itu, dia juga telah memperolehi kawan superhero baharu seperti Mary Marvel (Mary Batson) dan Captain Marvel Jr (Freddy Freeman). Bersama-sama dengan Mary dan Captain Marvel Jr, mereka bertiga telah menubuhkan Marvel Family (Shazam Family).
Mary Batson/Mary Marvel
Mary Batson merupakan kakak kembar kepada Billy Batson dan telah hilang hubungan bersama selepas pergi ke Mesir bersama ibu bapanya. Selepas ibu bapanya dibunuh oleh Theo Adam (Black Adam), dia telah diculik olehnya dan dibawa ke rumah. Adik kepada Theo Adam, Sarah Primm mengambil alih dan memberikan Mary secara haram kepada keluarga Nick dan Nora Bromfield. Lalu, dia bertukar nama kepada Mary Bromfield.
Dia yang hidup dengan serba mewah memasuki pertandingan “Spelling Bee” di Fawcett City dan sebenarnya telah berjumpa dengan adiknya Billy. Tetapi selepas sekian lama tidak berjumpa, mereka berdua langsung tidak kenal. Tetapi Billy telah menyelamatkan Mary Bromfield sebanyak 2 kali dan dia sebenarnya perasan yang itu sebenarnya adalah kakak kembarnya.
Dengan menyelongkar keluarga Bromfield, Billy akhirnya dapat tahu yang keluarga angkat Mary itu adalah palsu. Jadi, dia terbang ke rumah Bromfield dengan membawa surat pengesahan anak angkat bersama mainan kegemaran Mary iaitu patung “Tawky Tawny”.
Namun, Billy telah diculik oleh orang yang membantu Primm memalsukan rekod anak angkat kakaknya itu. Mary membuka bungkusan tersebut dan mendapat bahawa patung Tawky Tawny itu hidup. Patung tersebut mengarahkannya untuk menyebut perkataan ajaib “Shazam” dan menyelamatkan adiknya.
Mary telah memperolehi kuasa Shazam bermula daripada situ dan kuasa Shazam yang digunakan olehnya adalah sama seperti adiknya.
Magic yang diperolehi oleh Shazam terdiri daripada S bermaksud Wisdom of Solomon; H untuk Strength of Hercules; A untuk Stamina of Atlas; Z bermaksud Power of Zeus; A untuk Courage of Achilles; dan M untuk Speed of Mercury.
Freddy Freeman/Captain Marvel Jr.
Dia pada mulanya pergi memancing ke sebuah tasik bersama datuknya Jacob Freeman. Dalam masa yang sama, Shazam sedang berlawan dan melepaskan tumbukan kepada Captain Nazi. Lalu, Captain Nazi itu mendarat di atas tasik yang Freddy sedang memancing.
Datuk Freddy menyelamatkannya tetapi apa yang dibalas oleh Captain Nazi adalah menolak Jacob Freeman masuk ke dalam tasik sehingga menyebabkan meninggal dunia manakala Freddy pula dipukul dengan menggunakan dayung sehingga tidak menyedarkan diri.
Freddy dibawa ke hospital oleh Captain Marvel untuk mendapatkan rawatan yang segera tetapi terdapat seorang jururawat mengatakan bahawa dia tidak mungkin akan bertahan pada malam itu. Captain Marvel yang mendengar perkara tersebut lalu membawa Freddy ke “Throne of the wizard Shazam” di bawah tanah.
Billy (Captain Marvel) meminta untuk wizard Shazam memulihkan Freddy dan menyelamatkan nyawanya. Dia mengatakan yang dia tidak boleh berbuat sedemikian, sebaliknya wizard Shazam mengarahkan Captain Marvel untuk menyalurkan kuasanya kepada Freddy supaya dia dapat meneruskan kehidupannya.
Jadi, bermula daripada sini, Freddy telah mendapatkan kuasa Shazam dan diberi nama Captain Marvel Jr. Tetapi, tidak seperti Captain Marvel yang menukarkan badan budak remaja kepada dewasa, Captain Marvel Jr masih kelihatan seperti budak remaja. Kostum yang diperolehi Freddy juga sangat berbeza di mana dia menampilkan warna biru muda dan kuning pada baju dan untuk cape pula berwarna merah.
Memandangkan dia diberikan kuasa daripada Captain Marvel, dia dapat magic yang hampir sama seperti Shazam tetapi dia mempunyai kaki yang sakit, jadi dia mempunyai magic Healing daripada Apollo. Magic yang diperolehi oleh Shazam terdiri daripada S bermaksud Wisdom of Solomon; H untuk Strength of Hercules; A untuk Healing of Apollo; Z bermaksud Power of Zeus; A untuk Courage of Achilles; dan M untuk Speed of Mercury.
Jadi, itu adalah serba sedikit macam mana mereka bertiga mendapatkan kuasa Shazam dan tertubuhnya Marvel Family. Memandangkan filem Shazam adalah adaptasi daripada komik DC Rebirth, jalan penceritaan adalah sangat berbeza dan nantikan perkongsian kami pada masa akan datang.
Shazam! Fury of the Gods akan ditayangkan di Malaysia pada 16 Mac 2023.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post