Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Avengers: Doomsday Dalam Pembikinan – Senarai Pelakon Rasmi, Termasuk Kejutan Dari X-Men!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 27, 2025
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Avengers: Doomsday Dalam Pembikinan – Senarai Pelakon Rasmi, Termasuk Kejutan Dari X-Men!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Marvel Studios telah secara rasmi memulakan produksi Avengers: Doomsday, ansuran kelima yang dinanti-nantikan dalam saga Avengers, yang dijadualkan untuk tayang di pawagam global pada 1 Mei 2026. Pengumuman ini disertai dengan pendedahan barisan pelakon utama, mengesahkan watak-watak dari seluruh Marvel Cinematic Universe (MCU) dan banyak lagi.

Diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo—minda di sebalik Avengers: Infinity War dan Endgame—filem ini menjanjikan sebuah kisah multiversal megah, dengan Robert Downey Jr. sebagai penjahat ikonik, Doctor Doom. Di bawah, kami senaraikan setiap pelakon yang disahkan untuk Avengers: Doomsday serta peranan yang mereka akan mainkan.

Berikut adalah senarai penuh pelakon dan peranan mereka yang disahkan (atau diandaikan) mengikut sususan di dalam video:

  1. Chris Hemsworth sebagai Thor
  2. Vanessa Kirby sebagai Sue Storm / Invisible Woman
  3. Anthony Mackie sebagai Sam Wilson / Captain America
  4. Sebastian Stan sebagai Bucky Barnes / Winter Soldier
  5. Letitia Wright sebagai Shuri / Black Panther
  6. Paul Rudd sebagai Scott Lang / Ant-Man
  7. Wyatt Russell sebagai John Walker / U.S. Agent
  8. Tenoch Huerta sebagai Namor
  9. Ebon Moss-Bachrach sebagai Ben Grimm / The Thing
  10. Simu Liu sebagai Shang-Chi
  11. Florence Pugh sebagai Yelena Belova / Black Widow
  12. Kelsey Grammer sebagai Hank McCoy / Beast
  13. Lewis Pullman sebagai Bob / Sentry
  14. Danny Ramirez sebagai Joaquin Torres / Falcon
  15. Joseph Quinn sebagai Johnny Storm / Human Torch
  16. David Harbour sebagai Red Guardian
  17. Winston Duke sebagai M’Baku
  18. Hannah John-Kamen sebagai Ava Starr / Ghost
  19. Tom Hiddleston sebagai Loki
  20. Patrick Stewart sebagai Charles Xavier / Professor X
  21. Ian McKellen sebagai Erik Lehnsherr / Magneto
  22. Alan Cumming sebagai Kurt Wagner / Nightcrawler
  23. Rebecca Romijn sebagai Raven Darkhölme / Mystique
  24. James Marsden sebagai Scott Summers / Cyclops
  25. Channing Tatum sebagai Remy LeBeau / Gambit
  26. Pedro Pascal sebagai Reed Richards / Mr. Fantastic
  27. Robert Downey Jr. sebagai Victor von Doom / Doctor Doom

Ternyata, Marvel Studios membuatkan kita semua terujua, dengan mendedahkan pelakon satu persatu melalui kerusi yang dilabel dengan nama mereka. Acara ditutup dengan kemunculan Downey Jr. sendiri di skrin, mengusik ketibaan Doctor Doom.

Barisan yang disahkan terdiri daripada veteran-veteran MCU, hero dari filem akan datang seperti The Fantastic Four: First Steps, dan kepulangan geng X-Men (walaupun tidak semuanya hero) versi Fox.

Kredit: Marvel Studios

Dengan 27 pelakon yang disahkan, Avengers: Doomsday sedang dibentuk sebagai crossover besar-besaran. Fantastic Four berkait rapat dengan asal usul komik Doctor Doom, manakala veteran X-Men menandakan kemasukan mutant ke dalam MCU.

Watak dari Thunderbolts—seperti Yelena, Red Guardian, dan Sentry—pun akan menyumbang kepada naratif yang lebih besar ini. Sementara itu, ketiadaan beberapa nama besar (seperti Spider-Man atau Captain Marvel) mungkin disimpan untuk Avengers: Secret Wars pada 2027.

Tags: Avengers: Doomsdaymcu
ShareTweetSend
Previous Post

Cristiano Ronaldo Masuk ke Fatal Fury: City of the Wolves sebagai ‘Playable Fighter!’

Next Post

Re:ZERO – Starting Life in Another World Season 4 Rasmi Diumumkan – Kepulangan Rem?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Re:ZERO – Starting Life in Another World Season 4 Rasmi Diumumkan – Kepulangan Rem?

Re:ZERO - Starting Life in Another World Season 4 Rasmi Diumumkan - Kepulangan Rem?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd