Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Auntie’ 59 Tahun Dari China Mampu Tumpaskan Pemain Pro Counter-Strike!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 19, 2026
in Artikel, Berita, Shooter, Streamer/influencer
0 0
0
‘Auntie’ 59 Tahun Dari China Mampu Tumpaskan Pemain Pro Counter-Strike!
Share on FacebookShare on Twitter

Zhong Juanjuan, seorang nenek berusia 59 tahun dari China yang lebih mesra dipanggil “Auntie Juan” oleh para peminat, kini menjadi tumpuan dunia gara-gara kehebatannya dalam game Counter-Strike.

In a moment that blurred the line between grassroots livestreaming and elite esports, 66的娟姨 (Auntie Juan) — a 59-year-old streamer from China’s southern Guangdong province — did the unthinkable. During a friendly exhibition match, she landed a fatal blow, or “one-tap,” on… pic.twitter.com/9nWdvkLVyJ

— Sixth Tone (@SixthTone) January 29, 2026

Kisahnya begini…

Auntie Juan terlibat dalam perlawanan exhibition di mana beliau berhadapan dengan nama-nama besar dalam industri, termasuklah “Donk,” pemain muda berusia 19 tahun yang dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia pada 2024, serta “Sh1ro,” pemain veteran profesional yang telah mengumpul pendapatan lebih $1 juta sepanjang kerjayanya.

Dalam perlawanan, Auntie Juan berjaya melakukan satu tembakan “one-tap” headshot yang sangat tepat terhadap Donk, sekaligus membunuhnya serta-merta. Tidak lama selepas itu, beliau sekali lagi mengejutkan penonton apabila menembak Sh1ro yang ketika itu sedang melompat di udara.

Kehebatannya itu membuatkan pemain profesional lain tergamam, manakala siaran langsung tersebut dipenuhi dengan komen-komen seolah-olah tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.

Minat Auntie Juan dalam dunia gaming sebenarnya tidak bermula sejak usia muda. Beliau hanya mula menyentuh game apabila dunia dilanda pandemik beberapa tahun lalu. Akibat rasa bosan teramat sangat ketika perintah berkurung, beliau meminta anak lelakinya mengajar asas-asas bermain game.

Anaknya menceritakan betapa terujanya ibunya walaupun hanya tahu cara menggerakkan watak ke depan. “Masa baru-baru mula dulu, saya asyik terlanggar dinding saja,” kata Auntie Juan sambil ketawa “Ada masa itu saya berjalan sambil watak saya asyik memandang ke langit.”

Malah, Auntie Juan berlatih tanpa henti sehingga anaknya terpaksa menetapkan pemutus automatik pada router internet bagi memastikan ibunya berhenti bermain dan masuk tidur.

Untuk belajar lebih lanjut, tontonlah video di atas.

[Semua gambar di atas diambil daripada pemilik asal video, Sixth Tone.]

Tags: AuntieCounter-Strike
ShareTweetSend
Previous Post

Demam ‘Mewgenics’ – Game Indie Ini Berjaya Jual Sejuta Unit Dalam Masa Seminggu!

Next Post

Sonic the Hedgehog 4 – Siapakah Amy Rose, Landak Pink Yang Disuarakan Oleh Kristen Bell?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Sonic the Hedgehog 4 – Siapakah Amy Rose, Landak Pink Yang Disuarakan Oleh Kristen Bell?

Sonic the Hedgehog 4 - Siapakah Amy Rose, Landak Pink Yang Disuarakan Oleh Kristen Bell?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd