Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Attack Titan merupakan Titan paling diminati oleh peminat di Jepun!

Maira by Maira
March 17, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Attack Titan merupakan Titan paling diminati oleh peminat di Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime merupakan salah satu industri besar di Jepun, malah pelbagai acara dan perkara menarik yang dilakukan bersama-sama peminat. Salah satu syarikat siaran TV di Jepun iaitu NHK TV telah menjalankan poll dalam kalangan peminat siri anime Attack on Titan. Kalau anda ingin tahu, NHK TV sebenarnya rakan penyiaran untuk siri tersebut. Poll yang dilakukan mereka adalah untuk mengetahui watak Titan yang paling disukai oleh peminat.

Terdapat lebih daripada 3000 peminat yang mengambil bahagian dalam poll tersebut. Berikut adalah keputusan yang dikeluarkan oleh NHK TV.

  1. Attack Titan
  2. Female Titan
  3. Colossal Titan (seri)
  4. Warhammer Titan (seri)
  5. Armored Titan
  6. Founding Titan
  7. Jaw Titan
  8. Beast Titan
  9. Cart Titan
Attack on Titan

Kalau diperhatikan dariapda keputusan itu, nampaknya kebanyakan peminat Attack on Titan di Jepun lebih sukakan Titan yang berwajah bagus. Memang dalam banyak-banyak titan, kedua titan yang berada di atas mempunyai rupa paras yang elok berbanding Beast dan Cart Titan. Bukan setakat itu, ada lagi dua poll yang dilakukan untuk peminat. Salah satunya ialah watak AOT kegemaran mereka. Jom kita tengok hasil daripada poll itu.

  1. Levi Ackerman
  2. Eren Yeager
  3. Mikasa Ackerman
  4. Armin Arlert
  5. Sasha Blouse
  6. Reiner Braun
  7. Historia Reiss
  8. Jean Kirstein
  9. Hange Zoe
  10. Annie Leonhart

Rata-rata memang semua sudah agak bahawa Levi masih lagi memegang tempat pertama untuk watak yang paling disukai dalam siri tersebut. Tapi agak mengejutkan juga kerana tiada Erwin Smith dalam keputusan itu, memandangkan dia selalu berada dalam kedudukan teratas dalam poll sebelum ini.

Poll terakhir yang diundi oleh peminat ialah lagu tema AOT yang digemari. AOT memang salah satu anime yang mempunyai lagu yang hebat bersemangat patriotisme. Itu juga antara perkara yang menarik perhatian peminat anime seluruh dunia. Berikut adalah keputusan yang dilepaskan oleh NHK TV:

  1. Guren no Yumiya
  2. Shinzou wo Sasageyo!
  3. My War
  4. Akuma no Ko
  5. Jiyuu no Tsubasa
  6. This Beautiful Cruel World
  7. Shock
  8. Shoukei to Shikabane no Michi
  9. Great Escape
  10. Yuugure no Tori
Attack on Titan

Siapa sahaja yang tidak menyukai lagu opening pertama siri AOT. Semasa siri ini pertama kali ditayangkan, ramai peminat anime telah mendengar dan ulang lagu ini. Jika pergi ke acara anime seperti Comic Fiesta dan Animangaki, memang akan dengarlah lagu ini dipasang. Rindu pula nak pergi ke acara seperti ini.

Apa pendapat anda mengenai poll yang dijalankan ini? Adakah anda setuju dengan peminat AOT di Jepun atau mempunyai sedikit perbezaan pada senarai tersebut? Boleh kongsikan pendapat anda kepada kami di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Attack on Titan, sila klik pautan ini.

Sumber: Twitter

Tags: Attack on TitanrankingTitan
Previous Post

WrestleQuest – Apabila game wrestling bertemu RPG

Next Post

Senarai game eksklusif PlayStation yang kini ada di PC

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Senarai game eksklusif PlayStation yang kini ada di PC

Senarai game eksklusif PlayStation yang kini ada di PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd