Attack on Titan: Sejarah tragis Zeke Yeager didedahkan!

Anime Attack on Titan akhirnya mendedahkan sejarah tragis Zeke Yeager yang kemudian menjadi motivasi di sebalik rancangan jahatnya! Selaku peminat AOT, pasti ramai yang tahu hubungannya dengan Eren, dan bagaimana Zeke mengkhianati ibu bapanya dan para Eldian lain pada penghujung Musim 3. Tetapi ramai tidak tahu mengapa dia berbuat demikian dan apa yang mendorongnya untuk mengkhianati ibu bapanya. Sekarang, semua soalan akhirnya dijawab dalam episod ke-15 musim 4.

Amaran! Spoiler untuk anime Attack on Titan Musim 4, Episod 15 di bawah!

Zeke lahir kepada Dina Fritz dan Grisha Yeager di Liberio – sebuah kem tahanan untuk warga Eldian di Marley. Zeke dibesarkan dengan pengetahuan bahawa para Eldian termasuk keluarganya dianggap sebagai “syaitan” yang melakukan jenayah-jenayah kejam terhadap umat manusia. Tetapi ibu bapanya mendidik Zeke tentang kisah sebenar asal usul keturunan Eldian serta memberitahu tentang kewujudan dunia sebenar.

Tidak lama kemudian, Zeke mendaftar diri untuk menjadi seorang Warrior (unit khas di bawah militari Marley). Secara fizikal, Zeke tidak dapat menandingi calon-calon lain dan ditinggalkan dengan cepat. Pegawai atasan dan juga ibu bapa Zeke sendiri mempersoalkan kemampuannya untuk menjadi askar, yang lama-kelamaan merendahkan semangat Zeke.

Dia mula menghabiskan masa dengan Tom Ksaver, pemilik Beast Titan pada masa itu. Semakin banyak masa yang dia habiskan dengan Tom, semakin rapat mereka berdua di mana kedua-dua Zeke dan Tom berkongsi pendapat tentang banyak perkara.

Ketika Zeke mula ketinggalan lebih jauh dalam latihan askar, dia terdengar perbualan ibubapanya yang memberitahu bahawa Zeke amat penting dalam rancangan mereka sebagai pewaris Titan. Dia menyedari bahawa ibu bapanya adalah sebahagian dari “Eldian Restorationists” (sebuah kumpulan radikal Eldian yang merancang untuk menghancurkan Marley).

Ketika dia menceritakan rahsia ini kepada Tom, Tom mendesak Zeke untuk menyerahkan ibu bapanya. Tom berpendapat bahawa warga Marley akan mula memandang tinggi pada Zeke kerana tindakan itu akan menunjukkan kesetiaan sepenuhnya kepada negara, lantas mendapatkan kedudukan sebagai Warrior. Dengan berbuat demikian, Zeke juga akan menyelamatkan nyawanya, bersama dengan datuk dan neneknya. Zeke mendengar nasihat Tom dan mengkhianati ibu bapanya lalu menjamin keselamatannya.

Sekarang kita akhirnya tahu mengapa dia melakukan perkara terkutuk ini. Tetapi bagaimana Zeke mewarisi kuasa Beast Titan sedangkan dia bukan yang terkuat? Ternyata Tom pun mempunyai beberapa masalah sendiri. Dia berpura-pura menjadi warga Marley untuk mempunyai kehidupan yang lebih aman bersama isteri dan anaknya tetapi selepas isterinya mengetahui bahawa Tom adalah orang Eldian, isterinya membunuh anak mereka dan kemudian diri sendiri. Disebabkan itu, Tom memandang Zeke seolah-olah dia adalah anaknya sendiri.

Tom mendedahkan kepada Zeke bahawa Founding Titan memiliki kemampuan untuk mengubah fisiologi keturunan Ymir, bahkan menjadikan mereka kebal terhadap virus tertentu. Oleh itu, Founding Titan juga boleh mengubah keturunan Ymir supaya tidak dapat melahirkan anak, lantas menghapuskan bangsa Eldian.

Selepas memikirkan tentang penderitaan yang dialami selama ini, Zeke bersetuju dengan idea Tom dan memutuskan untuk “menghapuskan” semua warga Eldian sehingga para Titan akhirnya pupus, kerana tidak ada orang untuk teruskan generasi seterusnya. Apabila tiba masanya untuk mewariskan kuasa Beast Titan, Zeke dipilih dan berjanji akan melaksanakan rancangan Tom.

Walaupun kita sudah tahu tentang sejarah tragis Zeke Yeager, adakah ia yang masuk akal sehingga terpaksa mengorbankan begitu ramai nyawa yang tidak bersalah. Apa pendapat anda? Jom kongsikan di ruang komen sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.