Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Attack on Titan: Pengorbanan Terakhir, Perginya Watak Satu Lagi Watak Kegemaran

Maira by Maira
March 7, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Game
0 0
0
Attack on Titan: Pengorbanan Terakhir, Perginya Watak Satu Lagi Watak Kegemaran
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lalu, bahagian pertama untuk Attack on Titan The Final Season Part 3 telah pun ditayangkan. Selepas lama menunggu, akhirnya dapat juga kita menonton “Rumbling” dengan penuh gemilang. Sejujurnya, MAPPA telah memberikan kerja yang sangat baik dalam menghasilkan episod khas ini.

Attack on Titan

Bukan Attack on Titan kalau tiada adegan yang sedih, betul tidak? Dalam episod terbaru ini seorang lagi watak kegemaran ramai, Hange telah meninggalkan skuad tersebut. Tetapi pemergiannya itu bukanlah sia-sia kerana itu akan memberikan masa kepada skuadnya untuk melepaskan diri dengan flying ship mereka. Mereka hanya perlu memenuhkan minyak sahaja sebelum berlepas. Mahu atau tidak, seseorang perlu berkorban untuk melengahkan perarakan Titan yang menghampiri mereka.

Attack on Titan

Kita sudah biasa melihat perkara-perkara gila yang pernah dilakukan Hange, jadi memang tidak pelik mengapa dia memilih untuk menyerang gergasi-gergasi yang semakin menghampiri. Apa yang lebih menyentuh hati apabila Hange dan Levi bercakap antara satu sama lain buat kali terakhir. Ayat yang dikatakan oleh Levi sememangnya membuatkan peminat sendiri sebak.

Attack on Titan

Selepas itu kita melihat Hange menumbangkan satu per satu Titan yang masih lagi maju mendekati Survey Corps. Bukan selalu kita dapat melihat Hange beraksi sehebat ini. Kemahiran serta ketangkasannya boleh tahan hebat juga. Tetapi memandangkan Rumbling penuh dengan Titan mempunyai suhu yang tinggi, cape yang dipakai Hange akhirnya terbakar dan mula merebak ke seluruh badannya. Bekas komander itu tidak pernah berhenti menyerang sehinggalah kapal terbang yang dinaiki oleh Armin dan lain-lain berlepas dengan selamat.

Attack on Titan

Adegan seterusnya membawa kita melihat Hange tanpa sebarang kecederaan bangun. Dia yang risau mengenai skuadnya itu diberitahu bahawa flying boat mereka telah berlepas dan dia telah selesaikan misinya. Hange terkejut mendengar suara tersebut dan melihat Erwin serta ahli-ahli Survey Corps lain bersamanya. Dia memandang semula ke arah kapal terbang tersebut dan berasa lega. Boleh pula dia merungut kepada Erwin mengenai tugasnya dan nampaknya dia akan bercerita segala perkara yang terjadi kepada rakan-rakannya itu.

Selepas itu kita melihat Armin, Mikasa dan lain-lain dipanggil semula di The Paths, di mana mereka semua memujuk Eren supaya pulang kembali kepada mereka. Tetapi Eren telah menolak dan berkata bahawa dia apa yang boleh menghentikan rancangannya itu serta mencapai kebebasan yang sering dikatakan daripada awal siri. Pada penghujung episod, mereka berjaya mengejar Eren dan mulakan serangan mereka kepadanya.

Nampaknya bahagian seterusnya kita akan melihat lebih banyak aksi daripada skuad kita ini. Ada kemungkinan besar juga ia akan menjadi episod terakhir untuk siri Attack on Titan. Apa pun, kita tunggu sahaja penghujung tahun ini tiba untuk melihat penamat kepada siri hebat ini. Buat anda yang masih belum menonton bahagian Attack on Titan The Final Season Part 3 Part 1, bolehlah singgah ke platform seperti Netflix dan iQIYI.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Attack on Titan daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Attack on TitanAttack on Titan The Final SeasonAttack on Titan The Final Season: Part 3
Previous Post

WWE 2K23 akan tambah 24 ahli gusti ke DLC & Season Pass – senarai lengkap!

Next Post

Theatrhythm Final Bar Line (PS5) Review — Entri Yang Penuh Muzik Dan Lebih Kompetitif!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Theatrhythm Final Bar Line (PS5) Review — Entri Yang Penuh Muzik Dan Lebih Kompetitif!

Theatrhythm Final Bar Line (PS5) Review -- Entri Yang Penuh Muzik Dan Lebih Kompetitif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd