Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Atomic Heart Preview — Hadir Dengan Gameplay Yang Seronok dan Unik, Tetapi Perlu Sedikit Penambahan

Maira by Maira
January 17, 2023
in Action, Artikel, Berita, Game, PC, Platform, Preview
0 0
0
Atomic Heart Preview — Hadir Dengan Gameplay Yang Seronok dan Unik, Tetapi Perlu Sedikit Penambahan
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 12 Januari yang lalu, kami telah berpeluang untuk pergi mencuba game terbaru yang dinantikan oleh ramai gamer, Atomic Heart. Masa yang diberikan hanyalah dua jam sahaja, tetapi kami berasa tidak puas bermainnya. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca!

Penceritaan di sebuah dunia alternatif

Berlaku dalam sebuah dunia alternatif pada tahun 1950, di mana Soviet Union telah menjadi negara terkuat selepas memenangi Perang Dunia kedua. Mereka kini masyarakat yang maju dengan manusia dan robot hidup dalam harmoni. Tetapi ianya tidak kekal lama apabila beberapa eksperimen rahsia serta konspirasi telah berlaku dalam negara itu.

Atomic Heart

Dengan hanya dua jam, tentu banyak benda lagi yang belum didedahkan. Apa yang kami boleh ceritakan ialah, kita akan bermain sebagai ejen peribadi P-3 atau Major Nechaev yang bekerja di bawah Profesor Sechenov yang telah menyelamatkannya. Dia ditugaskan untuk menguruskan situasi yang sukar dan operasi black ops, tetapi perjalanannya kini bukanlah lagi berseorangan dengan kehadiran Polymer Glove. Dialah yang menjadi peneman serta senjata hebatnya sepanjang perjalanan.

Sejujurnya, kami tidak begitu gemar peneman yang banyak berborak. Glove seperti Cuff dalam game Forspoken, di mana anda akan selalu dengar watak utama bergaduh dengan senjata mereka. Mungkin kami hanya ingin ia menjadi senjata biasa. Tetapi itu hanyalah pendapat kami. Mungkin ada anda yang mungkin suka padanya. Selain itu, tidak banyak watak yang telah diperkenalkan sepanjang dua jam kami main. Tetapi ada juga yang meninggalkan kesan yang kepada kami iaitu “The Twins”.

Kami betul-betul terkejut apabila bertemunya. Mereka juga kelihatan seperti watak yang akan membawa sesuatu yang besar kepada penceritaan dan kami rasa pasti ramai yang akan menyukainya. Terdapat bahagian cutscene khas dalam demo yang bertajuk “The twins” untuk memperkenalkan mereka. Daripada situ sahaja kami telah menyukai mereka.

Atomic Heart

Gameplay

Bercerita tentang gameplay, kami memang tidak menyangka bahawa game ini akan berfokus pada melee. Pada awal game, kita diperkenalkan dengan pelbagai jenis senjata untuk kita sesuaikan sepanjang bermain. Terdapat pelbagai pilihan yang anda boleh gunakan untuk menyerang musuh dan melee memberikan memberikan range yang lebih baik semasa berlawan dengan sekumpulan musuh yang ramai. Sebagai contoh, anda boleh hold butang RMB (Right Mouse) dengan lama dan lepaskannya untuk melakukan serangan 360 darjah.

Atomic Heart

Kami juga sukakan cara mereka membawa robot dalam pertarungan ini. Mereka sememangnya hebat dan sukar untuk dikalahkan. Robot humanoid biasa seperti Vova juga sangat kuat dan mampu memberikan saingan sengit kepada pemain, tidak kiralah dalam gameplay ataupun cutscene. Inilah yang menjadikan Atomic Heart lebih sukar. Kami telah mati beberapa kali ketika melawan satu Vova biasa. Selepas itu muncul pula versi warna hitam yang jauh lebih kuat malah ia boleh menembak pancaran laser.

Atomic Heart

Walaupun bermain dengan kesukaran “normal”, game ini agak susah juga pada mulanya. Kami telah cuba untuk bermain bahagian-bahagian lain, di mana watak kita mempunyai banyak senjata dan upgrade. Ianya membuatkan game terasa jauh lebih mudah dan kita tidak mudah untuk kehilangan HP walaupun kita tukar kesukaran kepada “hard”. Pada mulanya, kami ingat ia akan menjadi lebih susah pada awalnya tetapi ia menjadi lebih mudah dan seronok dimainkan selepas itu.

Kita boleh lakukan quick dodge yang mempunyai cooldown dan boleh stack sehingga tiga, tetapi kita tidak boleh spam. Jadi kalau nak dodge, kenalah mengira. Ada beberapa musuh yang kami lawan agak tangkas, jadi agak seronok juga untuk elak serangannya serta membalas balik kepada mereka. Sebagai tambahan, terdapat juga warna oren berkelip untuk menunjukkan apabila musuh ingin memberikan serangan kuat yang perlu anda elak, tetapi selain daripada itu semuanya tidak boleh diramalkan.

Walaupun kami rasa seronok bermainnya, kami rasa seperti ada sesuatu yang tidak lengkap padanya. Antaranya ialah butang sprint yang kebiasaan menggunakan butang “Shift” digantikan kepada butang dodge. Banyak juga masa kami habiskan di tetapan tetapi kami tidak boleh buat key binding. Ada kemungkinan juga butang tersebut disorokkan ataupun sprint mungkin menjadi salah satu skill yang boleh dibuka oleh pemain kemudian.

Atomic Heart

Satu lagi benda yang kami perasan, tiada sebarang penunjuk untuk menentukan kehadiran musuh. Jadi apabila mereka hilang daripada pandangan, anda perlu melihat sekeliling secara manual untuk mencari mereka. Masalahnya ialah musuh sangat tangkas dan boleh bergerak dengan sangat cepat, jadi senang sangat hilang jejak mereka ini.

Lebih-lebih lagi apabila kami berlawan dengan sebuah robot gergasi di Arena. Robot tersebut bukan sahaja terlalu pantas, malah kena tunggu ia dedahkan kelemahannya, baru boleh berikan damage. Memang makan masa juga untuk habiskan perlawanan itu. Jadi kalau anda memang jenis tidak sabar, anda mungkin berasa bosan selepas itu. Kami harap sangat robot seperti ini tidak muncul dalam game utama nanti.

Eksplorasi dan puzzle

Daripada segi penerokaan, game ini sangat linear tetapi anda akan selalu berpatah balik untuk menyelesaikan beberapa teka-teki. Bagi kami puzzle dalam Atomic Heart direka dengan kemas, jadi pemain tidak perlu membuang masa terlalu banyak untuk menyelesaikannya. Tetapi perlu ingat, ini hanyalah demo. Mungkin reka bentuknya akan berubah dalam versi akhir game. Selain itu, terdapat sistem crafting dan upgrade yang sememangnya penting kerana ia membuatkan perjalanan anda lebih mudah. Tetapi itu semua masih bergantung kepada senjata yang anda gunakan.

Lebih penting sekali, anda boleh sesuaikan Glove untuk melakukan pelbagai skill unik dan berguna. Benda biasa seperti loot juga boleh dilakukan oleh Glove, di mana ia boleh menyedut item seperti vakum. Ia sememangnya cara looting yang menyeronokkan tetapi pada masa yang sama, ia tidak memberikan kejelasan visual yang mencukupi tentang item yang anda pilih melainkan ianya item paling penting.

Kesimpulan

Sejujurnya, ada banyak benda yang kami rasa pemain akan suka mengenai Atomic Heart. Ianya seperti sebuah game ala-ala BioShock baru yang mempunyai identitinya tersendiri. kami betul-betul menyukai gaya kombat serta penceritaannya. Walaupun begitu masih ada beberapa kekurangan yang kami rasa perlu ditambah dan diperbaiki untuk versi akhir game. Pemain pasti akan menghargainya dan mempunyai pengalaman yang lebih baik. Kalau anda suka peneman sepanjang game, anda pasti akan sukakan Glove. Memang anda akan banyak berborak bersamanya.

Dengan hanya dua jam bermain, ada banyak lagi benda yang kami tidak sempat cuba. Tetapi kalau sudah berasa seronok, memang cepat betul masa berlalu. Buat masa ini, pandangan kami terhadap Atomic Heart sangat baik cuma perlu sedikit penambahbaikan pada reka bentuk gameplay sahaja. Apa pun tidak sabar untuk bermainnya nanti apabila ia dilancarkan.

Atomic Heart akan dilancarkan pada 21 Februari 2023 di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Atomic Heart daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: atomic heartPreview
Previous Post

Kempen “The Year of Play” – Beli PS5 untuk dapatkan lebih banyak hadiah!

Next Post

Anime Attack on Titan Final Season Part 3 Akan Tayang Pada Mac Ini! Ada Dua Bahagian!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Anime Attack on Titan Final Season Part 3 Akan Tayang Pada Mac Ini! Ada Dua Bahagian!

Anime Attack on Titan Final Season Part 3 Akan Tayang Pada Mac Ini! Ada Dua Bahagian!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd