Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Atomic Heart: Info lengkap tentang bonus pre-order & setiap edisi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 16, 2022
in Adventure, ARPG, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Atomic Heart: Info lengkap tentang bonus pre-order & setiap edisi!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara The Game Awards 2022, kami akhirnya dapat berita rasmi tentang tarikh keluaran Atomic Heart, yang kini dijadualkan untuk keluar pada 21 Februari 2023 di platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan Windows PC. Sempena itu, pemaju Mundfish dan penerbit 4Divinity menjemput kami untuk menghadiri salah satu acara pembentangan terhad di Thailand untuk maklumat lanjut tentang gameplay keseluruhan dan bonus pre-order bagi Atomic Heart serta edisi yang ditawarkan.

Sinopsis:

Kegagalan sistem global telah berlaku di Fasiliti Soviet №3826 yang menyebabkan mesin memberontak terhadap manusia. Anda ialah Major P-3 dan tugas anda adalah untuk menghapuskan kemalangan berskala besar ini dan mencegah kebocoran maklumat sulit yang mengancam untuk memusnahkan seluruh dunia. Hanya anda yang boleh menghalang mereka dan membongkarkan apa yang ada di sebalik dunia yang ideal.

Bagi mereka yang tidak tahu, Atomic Heart ialah game FPS dengan elemen ‘role-playing’. Menggunakan kebolehan tempur yang diberikan oleh sarung tangan kuasa eksperimental anda, senjata bilah dan persenjataan canggih, berjuang untuk bertahan hidup dalam pertarungan penuh aksi. Sesuaikan gaya pertarungan kepada setiap musuh yang unik. gabungkan kemahiran/sumber, dan gunakan persekitaran untuk mengatasi cabaran dan berjuang untuk kebaikan.

Selain itu, terdapat sistem crafting di mana senjata boleh dihasilkan daripada bahagian logam yang boleh ditanggalkan daripada robot atau diambil dari peralatan rumah. Senjata juga boleh dinaik taraf melalui mekanik yang dipanggil “casettes”. Cuma pemain perlu berhati-hati kerana peluru dalam game amat terhad, maka pilihan untuk menyelinap masuk ke markas musuh juga boleh dipertimbangkan.

Info lengkap pre-order Atomic Heart

Buat sesiapa yang berminat dengan Atomic Heart, boleh mendapatkan antara edisi: Standard, Gold dan Premium. Di bawah, kami telah menjelaskan semua yang disertakan dalam setiap edisi.

Pre-order/Standard Edition

  • Salinan game digital
  • Bonus pre-order Swede Weapon Skin eksklusif
  • Bonus pre-order Electro Weapon Skin eksklusif
    • Harga: RM189.00 (PC) / RM299 – PS Store, RM319.00 – Fizikal (PS4, PS5)

Atomic Heart Gold Edition

  • Salinan game digital
  • Atomic Pass: termasuk DLC & Polymer Glove Skin eksklusif
  • Bonus pre-order Swede Weapon Skin eksklusif
  • Bonus pre-order Electro Weapon Skin eksklusif
    • Harga: RM269.00 (PC) / RM419 (PS4, PS5)

Atomic Heart Premium Edition

  • Salinan game digital
  • Atomic Pass: termasuk DLC & Polymer Glove Skin eksklusif
  • Bonus pre-order Swede Weapon Skin eksklusif
  • Bonus pre-order Electro Weapon Skin eksklusif
  • Zvezdochka Weapon Skin eksklusif
  • AK Weapon Skin eksklusif
  • Buku seni digital dengan maklumat tambahan tentang game
  • Harga: RM299.00 (PC) / RM459 (PS4, PS5)

Atomic Heart Limited Edition – fizikal (PS5)

  • Salinan game fizikal
  • Atomic Pass: termasuk DLC & Polymer Glove Skin eksklusif
  • Bonus pre-order Swede Weapon Skin eksklusif
  • Bonus pre-order Electro Weapon Skin eksklusif
  • Zvezdochka Weapon Skin eksklusif
  • AK Weapon Skin eksklusif
  • Buku seni digital dengan maklumat tambahan tentang game
  • Casing steelbook
  • Kotak edisi terhad
  • Pelekat premium
  • RM489

Sekali lagi saya ingatkan, Atomic Heart akan dilancarkan pada 21 Februari 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan Windows PC melalui Steam. Untuk segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan SINI.

Tags: atomic heartBonusPre-Order
Previous Post

Review NBA 2K23 Arcade Edition – Bermain sebagai legenda NBA di mode The Greatest!

Next Post

Pengedar game PC ‘2Game.com’ diperoleh oleh syarikat hiburan besar GCL – Meluaskan pasaran gaming Asia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Pengedar game PC ‘2Game.com’ diperoleh oleh syarikat hiburan besar GCL – Meluaskan pasaran gaming Asia!

Pengedar game PC '2Game.com' diperoleh oleh syarikat hiburan besar GCL - Meluaskan pasaran gaming Asia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd