Penerbit Koei Tecmo dan pemaju Gust telah mengumumkan Atelier Ryza 3: Alchemist of the End & the Secret Key untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC (Steam). Ia akan dilancarkan pada 22 Februari 2023 di Jepun dan 24 Februari di seluruh dunia.
Ryza dan rakan-rakannya menjalani kehidupan di Kurken Island dengan aman damai sehingga mereka mendengar berita bahawa sejumlah pulau misteri tiba-tiba muncul di perairan berhampiran.
Untuk mencari jalan bagi menyelamatkan pulaunya, Ryza dan rakan-rakannya akan memulakan pengembaraan terakhir berkaitan “roots of alchemy.”
Ciri-ciri utama
- Latar untuk pengembaraan ini ialah dunia terbuka yang luas – Medan ini terdiri daripada pelbagai peta yang bersambung sesama sendiri. Nikmati pengembaraan ini dalam dunia yang luas dan “hidup” yang merupakan salah satu peta terbesar dalam siri Atelier.
- Lakukan banyak perkara dengan kunci – Dapatkan pelbagai jenis kunci yang boleh digunakan dalam pelbagai contoh penerokaan, sintesis dan pertempuran. Setiap kunci mempunyai efek yang berbeza, jadi gunakannya untuk menikmati pengembaraan dengan mudah!
- Seramai 11 ahli parti – Bertemu semula dengan watak-watak daripada game terdahulu dan bertemu watak baharu yang akan menjadi kunci kepada jalan cerita. Campur dan padankan ahli kegemaran untuk nikmati pengembaraan!
Buat masa ini, itu sahaja info yang kita ada tentang Atelier Ryza 3. Koei Tecmo janji akan menayangkan trailer “Pandangan Pertama” untuk game itu melalui halaman YouTube mereka manakala studio Gust pula akan berkongsi maklumat tambahan semasa siaran khas Ulang Tahun ke-25 Siri Atelier.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Atelier Ryza, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post