Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo HARVESTELLA kini tersedia di Nintendo Switch

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2022
in ARPG, Artikel, Berita, Demo, Nintendo Switch
0 0
0
Demo HARVESTELLA kini tersedia di Nintendo Switch
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Square Enix dan pemaju Live Wire telah mengeluarkan demo muat turun percuma untuk HARVESTELLA bagi platform Nintendo Switch melalui Nintendo eShop. Para pemain boleh memulakan perjalanan mereka terlebih dahulu dalam dunia game dan andai kata berminat, anda boleh membawa save data kepada game penuh apabila ia dilancarkan secara rasmi.

Dalam dunia yang bersemangat dan berwarna-warni, pemain harus menjaga tanaman mereka, berkawan dengan penduduk bandar, mengatasi ancaman, menemui asal usul dunia dan kebenaran di sebalik bencana yang berlangsung di sepanjang jalan.

Kisah ini bermula apabila pemain bangun di tengah-tengah “Quietus,” malapetaka yang datang dengan setiap perubahan musim dan mengancam semua kehidupan.

Ciri-ciri utama:

  • Dunia – Pemain dapat menerokai pelbagai bandar dan dungeon di dalam dunia game. Untuk membolehkan pemain mencapai “Seaslight”, empat kristal gergasi yang mengawal musim, mereka mesti melalui pengembaraan yang indah tetapi berbahaya.
  • Kehidupan harian– Sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan boleh ditanam di ladang dan dihantar untuk mendapatkan wang atau digunakan sebagai bahan crafting. Ia juga boleh digunakan untuk memasak, di mana resipi boleh memberi efek memulihkan HP atau meningkatkan statistik buat sementara waktu, yang amat berguna semasa mengembara. Di rumah, pemain menjaga haiwan mereka: burung “Cluffowl,” kambing “Woolum,” dan haiwan peliharaan “Totokaku,” yang boleh membawa ganjaran baik.
  • Rakan seperjuangan – Pemain akan bertemu rakan baharu, seperti “Shrika,” seorang mubaligh yang mencari kepercayaan baharu, “Heine,” seorang mekanik yang gatal dan kacak, “Asyl,” salah satu keturunan Winder Read dan “Aria,” seorang gadis misteri yang menurutnya datang dari masa depan.
  • Pertempuran – Semasa pertempuran, bertukar serta-merta antara pelbagai jenis job, seperti “Fighter”, yang melancarkan teknik pedang pantas, “Shadow Walker”, yang melakukan pukulan maut dengan pedang kembar, atau “Mage”, yang pakar dalam sihir menyerang. Lawan musuh yang kuat dengan menyasarkan titik lemah mereka dan kemudian hapuskan mereka dengan serangan Double Break yang kuat.

HARVESTELLA bakal keluar untuk Nintendo Switch dan PC melalui Steam pada 4 November di seluruh dunia dan jika berminat, korang boleh download dulu versi Demo sekarang!

Tags: DemoHARVESTELLAnintendo switch
Previous Post

Hogwarts Legacy – The Haunted Hogsmeade Shop, “quest” eksklusif PlayStation diumumkan!

Next Post

Atelier Ryza 3: Alchemist of the End & the Secret Key akan keluar Feb 2023

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Atelier Ryza 3: Alchemist of the End & the Secret Key akan keluar Feb 2023

Atelier Ryza 3: Alchemist of the End & the Secret Key akan keluar Feb 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd