Atelier Marie Remake: The Alchemist of Salburg, remake kepada game pertama untuk francais JRPG popular Atelier, akan dilancarkan pada bulan depan. Memang tidak lama lagi, jadi apa yang membuatkan game ini istimewa?
Atelier Marie asalnya dikeluarkan untuk PlayStation di Jepun pada tahun 1997 — di mana versi kemudian telah dibawa ke Sega Saturn, PC, Sega Dreamcast, PlayStation 2, Android dan iOS. Malangnya, Atelier Marie tidak pernah mengeluarkan versi global, sehinggalah pengumuman remake.
Memandangkan majoriti info tentang game pertama hanya tersedia Jepun, mungkin ramai peminat dan gamer ingin tahu lebih lanjut tentang Atelier Marie. Di sini, kami diberi peluang untuk menemu ramah produser Junzo Hosoi untuk belajar lebih mendalam tentang game ini dan perubahan yang diterapkan dalam versi remake.
Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah isi kandungan interview:
Game ini mempunyai reka bentuk ‘live 2D’ skala mini, tetapi Marie ditunjukkan sebagai model berskala penuh dalam “Nelke & the Legendary Alchemists: Ateliers of the New World”. Mengapa studio memilih untuk menggunakan watak chibi (versi mini) dan bukannya model skala penuh?
Junzo Hosoi: Falsafah reka bentuk/arah Remake; adalah untuk menghasilkan semula game ini dalam gaya moden tanpa menjejaskan perasaan/ciri-ciri yang dicipta oleh versi original. Dalam versi original, Marie dan yang lain mempunyai gaya chibi, jadi remake pun telah mengikut reka bentuk gaya chibi itu.
Sebenarnya, kami pernah bincang untuk menggunakan model berskala penuh seperti dalam Atelier Ryza, tetapi bimbang sama ada game itu masih memegang perasaan yang kuat (ikonik) seperti siri RPG “Atelier” pada zaman itu.
Berbanding dengan game baru-baru ini, warna Atelier Marie lebih terang, jadi jika kita menggunakan model berskala penuh, kontras antara visual dan kandungan akan menjadi terlalu ketara. Jadi kami berpendapat bahawa model chibi yang lebih mirip dengan game original adalah solusi terbaik.
Adakah anda menambah plot cerita baharu ke dalam remake?
Junzo Hosoi: Dalam remake ini, kami menambah 30 hingga 40% lagi plot naratif baharu ke dalam game. Kandungannya termasuk peluang untuk melihat sisi baharu tentang teman (yang tidak pernah dilihat dalam game lama) atau komen-komen guru tentang prestasi Marie.
Tujuannya adalah untuk membolehkan pemain belajar lebih lanjut tentang watak dan meningkatkan keasyikkan di dalam permainan.
Adalah pemain dapat melihat semua Social Event bagi setiap watak sepanjang tempoh 5 tahun dalam game (game ini memberi tempoh 5 tahun untuk menyelesaikan misi utama)?
Junzo Hosoi: Bergantung pada gaya permainan anda, ia boleh dilakukan. Sila manfaatkan sepenuhnya fungsi Event List, yang boleh dibuka dalam menu utama “Story”, untuk mengenal pasti syarat pengaktifan Event.
Saya memang suka dengan ciri ‘map overlay’ yang ditambahkan dalam Remake. Daripada mana idea ini terhasil?
Ciri ini sebenarnya datang daripada “Atelier Sophie 2: The Alchemist of the Mysterious Dream”. Kami muncul dengan idea menggunakan peta bertindih (overlapping map) untuk mencapai [reka bentuk] ini, berdasarkan keperluan mengawal pelbagai watak sambil meneroka peta yang lebih besar.
Game original telah dibawa ke platform mobile. Adakah versi remake mempunyai rancangan yang sama?
Junzo Hosoi: Tiada rancangan buat masa ini. Tetapi jika pemain sangat bersemangat, ia mungkin boleh dibuat.
Adakah anda pernah mempertimbangkan untuk menghasilkan remake bagi karya lain? Jika ya, remake manakah yang paling anda ingin melakukan?
Junzo Hosoi: Ia boleh dilakukan. Salah satu matlamat kami adalah untuk melihat karya “siri Atelier” bermula dari Marie. Pastikan anda terus menyokong kami! Secara peribadi, saya menantikan siri Mana Khemia!
Mesej kepada peminat?
Junzo Hosoi: Terima kasih atas sokongan berterusan dan cinta anda terhadap siri Atelier dan jenama GUST! Kerana sokongan anda, siri ini dapat diteruskan. Kami akan terus memberikan game berkualiti pada masa hadapan untuk anda – terima kasih!
Atelier Marie Remake: The Alchemist of Salburg akan keluar di PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam pada 13 Julai. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post