ASUS Malaysia telah mengumumkan versi 2024 untuk Zenbook S 13 OLED (UX5304M) semasa acara 2024 Transcend Beyond Grand Launch Event. Laptop tersebut kini dikuasakan oleh pemproses Intel® CoreTM Ultra 7 yang dikuasakan AI terkini.
Sangat nipis dan ringan
Zenbook S 13 OLED ialah Laptop OLED 13.3 inci paling nipis di dunia. Ia juga Zenbook paling mesra alam yang pernah ada, dan membawa kualiti jenama reka bentuk ultraportable, kemampanan dan prestasi semasa dalam perjalanan ke tahap baharu, membuktikan secara muktamad bahawa lebih sedikit boleh menjadi lebih.
Kemampanan menyeluruh
Dengan profil 1 cm super nipis yang menewaskan dunia dan casis 1 kg yang sangat ringan, Zenbook S 13 OLED yang canggih memberikan prestasi tanpa kompromi, ketersambungan dan hayat bateri, menjadikannya lambang reka bentuk ultraportable dengan kemasan Basalt Gray dan Ponder Blue.
Ia juga direka bentuk dengan mengambil kira alam sekitar dan neutraliti karbon, menggunakan logam dan plastik kitar semula dalam penghasilannya, pembungkusan diperakui FSCTM Mix, aluminium seramik plasma mesra alam baharu yang elegan untuk model Basalt Gray dan elektronik bebas halogen, untuk jadikan ini model Zenbook paling mesra alam yang pernah dihasilkan.
Prestasi premium
Zenbook S 13 OLED memanfaatkan kuasa pemproses Intel Core Ultra 7 sedia AI dengan 32 GB RAM LPDDR5 dan 1 TB PCIe® 4.0 x4 SSD. Terdapat set penuh port I/O untuk sambungan semasa dalam perjalanan dan bateri 63 Wh yang tahan lama.
Paparan ASUS Lumina OLED
Untuk visual sebenar yang mengasyikkan, Zenbook S 13 OLED mempunyai paparan 16:10 3K (2880 x 1800) ASUS Lumina OLED yang diperakui Dolby Vision, dengan pemaparan warna yang Disahkan Pantone® dan pensijilan VESA DisplayHDRTM True Black 500 yang boleh dipercayai, memastikan dalam terperinci dan tahap hitam terdalam.
ASUS Zenbook S 13 OLED (UX5304M) akan tersedia bermula 19 Februari 2024 dengan berharga RM 6499. Terdapat dua jenis kemasan yang anda boleh dapatkan iaitu Basalt Gray dan Ponder Blue.
ASUS ZenBook S 13 OLED (UX5304) | |
Processor | Intel® Core™ Ultra 7 processor 155U |
Graphics | Intel® Iris® Xᵉ Graphics |
NPU | Dual neural compute engine: dedicated low-power AI engine with broad software support |
Operating System | Windows 11 Home |
Display | 13.3″ 16:10 3K (2880 x 1800) ASUS Lumina OLED slim-bezel NanoEdge display with 85% screen-to-body ratio, 550 nits peak brightness, 100% DCI-P3 color gamut, DisplayHDR™ True Black 500 certification |
Memory | 32 GB LPDDR5X-7467 RAM |
Storage | 1 TB PCIe® Gen 4 SSD |
Kamera | FHD IR / 3DNR / ALS camera |
Touchpad | 129 x 81 mm ASUS ErgoSense Touchpad |
Audio | Built-in speakers Smart amplifier technology Built-in microphone Harman Kardon certified |
WiFi / Bluetooth | WiFi 6E (802.11ax) Bluetooth® 5.3 |
I/O Ports | 2 x Thunderbolt™ 4 Type-C® 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-A 1 x HDMI® 2.1 (TMDS) 1 x Audio jack |
Battery | 63 Wh |
AC Adapter | 65 W adapter Adapter Output: 5V~20V, 65 W Adapter Input: 100~240 V AC, 50 / 60 Hz universal |
Dimensions | 296.2 x 216.3 x 10.9 mm |
Weight | 1 kg |
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk ASUS daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post